Chapter 5

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 5

“Ok. Sekarang bayangkan Along berdiri di atas bumbung rumah”

“Hmm..Ni susah sikit”

“Ingat. Ini semua hanyalah visualizing exercise, nak kasi mata tune kepada pemikiran. Jangan pikirkan spesifik lojik arahan Angah. Terus bayangkan apa yang terlintas masa Angah bagi arahan. Sekarang, bayangkan Along berada di atas bumbung sebuah rumah”

“Hmm….OK. Rumah kampung OK tak?”

“OK jer”

“Dah”

“Cerita apa yang Along nampak”

“Gua nampak pokok kelapa, pokok rambutan dan pokok kundang kat rumah belakang. Gua nampak reban ayam dan seekor ibu ayam sedang bawak anak-anaknya makan. Waahh”

“Macamana keadaan langit pada masa tu?”

“Gua nampak langit kemerahan macam nak senja. Matahari dah terbenam tapi cahayanya masih tinggal di longgokan awan di ufuk, memberikan biasan warna kemerahan kepada langit sekitar. Sungguh indah” kata Atan. Ali dan aku berpandangan antara satu sama lain mendengar penerangan Atan. Seribu satu persoalan timbul, tapi kami diamkan dulu.

“Sekarang, Angah mau Along rasakan diri Along semakin ringan, bayang dan rasa kan yang Along semakin terapung naik ke atas”

“OK, gua terapung dan bergerak ke atas”

“Cerita apa yang Along nampak. Cuba tengok atap rumah tadi”

“Ye. Ia semakin mengecil. Reban dah tak kelihatan. Dan cahaya dari matahari yang dah terbenam, semakin memancar semakin tinggi gua terapung. Semakin terang. Mata gua silau” Atan yang sedang berbaring di lantai, menggerakkan tangannya perlahan-lahan seolah mahu menyelindungkan matanya dari sesuatu.

“Tukar semua jadi malam” kata Abu. Ini tak boleh tahan. Atan berhenti menahan silau.

“Ok dah” Atan kembali tenang. Aku semakin tak paham. Ali dah geleng kepala.

“Gua semakin tinggi. Bumi kat kaki semakin mengecil dan langit di atas semakin gelap dan bintang-bintang semakin jelas. Sungguh cantik. Macam dalam movie, siot!” kata Atan excited.

“Ok, stop jadi semakin tinggi. Sekarang, Angah mahu Along turun semula. Tapi Along kena lupakan tentang apa yang tadi ada di bawah. Sebab bila Along turun ni, Along akan masuk ke dalam dunia baru, ke kesedaran baru, ke identity baru” kata Abu. Semua senyap.

“Now, dive!” kata Abu.

“Adakah ini bermakna dalam kehidupan sebelum ini, gua seekor lebah?” tanya Atan kepada adiknya, Abu.

“Manalah Angah tau? Dah yang Along tetiba jadi lebah, apasal? Lenkali, jadila kereta kebal ke, jet pejuang ke” kata Abu sambil menahan ketawa. Aku dah ketawa siap keluar air mata.

“Siot lu. Next, turn sapa pulak? Ali? Lu gelak kemain kuat lagi?”

“Eh…Aku tak main semua benda ni. Ni semua benda lagho” kata Ali. Dan sebagai tuan rumah, dia berhak untuk menolak. Maka mangsa Abu dalam ujikaji seterusnya ialah; aku. Walaupun aku amat skeptik yang benda-benda macam ni akan berkesan terhadap aku, aku tetap layankan jugak si Abu. Sebab dia adalah yang paling bijak antara kami.

Aku berbaring di atas karpet. Atan mengurut di bahagian kaki, sementara Ali di dahi. Abu, tetap menjadi guide, duduk belah kiri, area pinggang aku.

“OK, sekarang kau tenangkan fikiran. Fokus pada pernafasan kau” kata Abu. Aku lelapkan mata. Tiba-tiba aku rasa kakiku geli. Atan mengeletek telapak kakiku rupanya. Aku tendang dia perlahan. Aku boleh dengar suara dia tersengih dan terasa libasan tangan Abu menghalang Abangnya dari mengganggu, agaknya.

“Kau rasa kau semakin tenang dengan setiap hela nafas yang kau hirup” kata Abu. Aku kembali fokus. Urutan di dahi dan kaki yang diterima serentak amatlah melekakan. Pandangan aku pun gelap dan susah aku nak fikir apa-apa yang tetap dalam stimulasi serentak sebegini. Dan secara automatiknya, tumpuanku tertumpu pada pernafasan. Aku tarik nafas panjang, dalam-dalam.

“Rasakan kesegaran alam memasuki rongga peparu, dan ia menjalar ke seluruh tubuh kau. Kau rasa semakin tenang, lepas, relaks…” suara Abu seakan semakin kabur. Aku masih fokus pada pernafasan. Aku hembus.

“Rasakan diri kau seolah bersatu dengan alam dengan tiap hembusan nafas kau. Kau semakin relaks. Kaki kau mula terasa berkaren sikit” suara Abu semakin kelam. Aku dapati aku juga menghadapi kesukaran nak fokus pada pernafasan, kaki dan suara Abu pada masa yang sama membuatkan aku rasa macam terdesak. Tapi sebab aku kena tenangkan fikiran, aku hiraukan tak perasaan tersebut. Urutan di dahi terasa kuat sedikit dan aku ternampak kelibat percikan umpama bunga api merebak sebentar ke seluruh peripheral pandangan dan kemudian hilang dalam kegelapan. Diikuti oleh bentuk-bentuk berupa gumpalan awan atau longgokan bintang-bintang kecil berwarna merah yang melintas-lintas dalam kegelapan mataku. Sukar aku nak fokuskan benda-benda tu bagi dia still dok tetengah kasi aku boleh tengok dengan teliti.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah mereka semua sedang berkhayal dengan lamunan sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience