Chapter 24

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 24

Oleh kerana si Atan merupakan orang suka ramai malam ni, dan dia juga bermulut paling lancang antara kami, dia dipilih sebulat suara untuk mula dulu. Abu macam biasa jadi moderator, aku urut kaki, Ali urut dahi. Abang Karkun dan brader Joe duduk atas sofa, ushar kami yang berada atas lantai. Lampu ruang tamu dah dipadam tapi lamu kat dapur masih on. Suasana malap. Dan berasap. Sebab brader Joe dengan Abang Karkun tengah isap rokok.

“OK, sekarang Angah nak Along rilekskan diri” kata Abu memulakan. Aku dan Ali mula mengurut kaki dan dahi Atan. Atan membetul-betulkan posisinya. Dua tiga kali jugak dia tergaru sana-sini sampailah Abu mengetuk tangannya. Brader Joe dan Abang Karkun ketawa melihat gelagat mereka.

“Along rasakan Along semakin relax bermula dari kaki” Abu berenti sebentar. Dia kasi Atan ambik feel. Atan dah kurang bergerak-gerak.

“Kemudian rasakan relax tu menjalar dari tumit ke betis, lutut dan paha. Along rasakan seluruh bahagian bawah badan sungguh relax dan tenang” kata Abu yang seolah dalam nada berbisik. Atan bergerak sedikit. Nampaknya masih ada bahagian yang tak tenteram.

“Along tarik nafas dalam-dalam. Dan dalam setiap tarikan, Along rasa Along semakin tenang, semakin aman, semakin relax. Jangan fikir pasal apa-apa. Fokus pada merehatkan badan” kata Abu lagi. Aku mula terasa lenguh mengurut tumit Atan. Celaka betul Atan ni. Cepat la sikit. Ngengada betul.

“OK” kata Atan. Dia kelihatan series.

“Sekarang rasakan relaks tadi menjalar dari bahagian bawah badan ke perut dan memenuhi rongga dada. Tarik nafas perlahan-lahan dan rasa diri semakin tenggelam dalam ketenangan” Aku pandang pada Ali. Ali series dalam urutannya. Aku baru perasan yang aku terberenti mengurut tumit Atan sekejap. Aku pun sambung urut semula.

“Sekarang, Along berasa sangat relaks. Tenangkan fikiran. Jangan fikir apa-apa” Kata Abu tiba-tiba.

“Bayangkan kaki, sekarang”

“Dah” kata Atan hampir spontan. Abang Karkun merapatkan badannya ke arah kami sedikit. Abu mengisyaratkan agar aku berenti mengurut. Fuhhh. Aku bangun dan duduk di belah kanan Atan.

“Bayangkan kaki Along memanjang ke bawah”

“Dah”

“Sekarang kembali ke bentuk asal”

“Dah”

“OK, Sekarang bayangkan Along memanjang dari kepala pulak” Atan senyap seketika sebelum memberi respons yang dia dah bersedia. Bila Atan kata dah, Ali pun berenti mengurut dahi Atan. Kemudian Abu buat latihan visualisasi kaki dan kepala tu macam biasa sampai Atan rasa dia dah cukup bebas nak kontrol pemanjangan dan pemendekan ‘diri’nya dalam imaginasinya itu. Kemudian mereka beralih ke latihan ‘pintu’ dan ‘taman bunga’, hinggalah ke bahagian Atan terbang di awan.

“Fuh! Kalini lagi cun, sial!” kata Atan yang sedang terbaring di lantai. Abang Karkun bangkit dari sofa dan duduk menghampiri kami. Dia duduk sebelah aku, mengadap Abu, dan Atan yang sedang terbaring. Ali dah dok kat sofa sebelah brader Joe, minum air.

“Aku nampak awan gemuk-gemuk, cantik-cantik. Aku rasa titisan air masa aku melalui sekawan awan masa nak naik tadi. Real betul. Sejuk” kata Atan. Senyuman menguntum di bibirnya.

“Along naik lagi tinggi” kata Abu.

“OK. Fuh. Awan semakin menghilang dan sekarang langit makin membiru dan gelap. Aku mula nampak kerlipan bintang-bintang. Ada tahi bintang!” kata Atan dalam suara teruja.

“Naik lagi tinggi” kata Abu. Aku pandang Abu. Abu pandang aku. Lain macam pulak style malam ni? Bukan patut kena kontrol siang malam dulu, pastu dive, ke? Soalan mula terbit dalam hatiku.

“Aku, aku takut la Ngah. Aku tak pakai suit angkasawan, ni” kata Atan. Dahinya berkerut tanda dia series.

“Along sedang dalam imaginasi, lah” kata Abu dan melepuk perut Atan. Dia menahan ketawanya. Begitu juga Abang Karkun. Aku cuma rasa macam Atan sedang tipu-tipu jer kat lantai tu. Ishh, tak baiknya aku.

“Eh, ye, laa. Ok. Aku rasa aku semakin laju, ni Ngah. Sebab aku tengok bintang-bintang semua semakin bergerak laju dan semakin panjaaaaaaaaaangggg. Buuu” suara Atan bertukar cemas. Kedua tangannya yang tadi cuma bergerak-gerak lemah di jari, sekarang mengepak-ngepak macam orang kelemasan. Aku memegang tangan kanan Atan, mengelakkannya dari terkena Abang Karkun. Abang Karkun tak berganjak. Dia cuma senyum jer.

“Apasal, Long? Apasal?” Abu dalam suara cemas.

“Aku sedang laju. Macam dalam time-warp dalam movie tu. Ni masih, lagi ni. Camana aku nak berenti ni? Nak muntah laaa...”kata Atan. Kini suaranya betul-betul dalam cemas.

“Tenang, tenang. Kontrol pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam. Ingat, ni semua khayalan...” Abu cuba menenangkan Abangnya. Tangan Atan yang tadi merewang-rewang, dah tenang sedikit. Aku menarik nafas lega. Abang Karkun yang kat tepi aku, rilek jer senyum yang dah seakan ketawa. Begitu juga brader Joe. Aku berpandangan pada Ali. Ali juga kelihatan cemas.

“Aku-aku dah stop. Aku berada kat depan sebuah planet warna kelabu. Besar, Ngah” kata Atan. Aku perasan macam ada nada kekaguman di situ. Dia dah kembali tenang. Aku melepaskan tangannya semula.

“Apa yang kau nampak lagi? Cuba tengok sekeliling” kata Abu.

“Aku nampak tahi bintang menembak-nembak di kejauhan. Sesekali aku nampak kerlipan bintang berwarna warni, melintas kat belah sana-sana tu. Aku nampak gelap. Sekarang aku mengadap planet tu lagi”

“Cuba Along hampiri planet tu”

“OK...OK, aku bergerak menghampiri planet tu. Warna kelabu tu semakin berpecah kepada kelompok-kelompok awan berwarna kelabu kehitaman. Aku semakin laju. Aku tengah dive ke planet tu ni Ngah. Ngah?”

“Apa”

“Kat planet camni ada hidupan ke? Takkan aku dive masuk dalam batu, kot? Boring arr” kata Atan dengan muka series, masih terbaring di lantai. Aku rasa macam nak lepuk jer budak ni.

“Along dive ajer. Along jangan pikir sangat lojik apa semua. Ni semua imaginasi. Layan jer” kata Abu sambil melirik kepada Abang Karkun. Abang Karkun angguk-angguk sikit lagak macam orang impress dengan apa yang berlaku.

“Along tak boleh la Ngah. Gua rasa penat sangat. Ishh. Penat Bu” kata Atan. Dia berkerut seolah menahan kesakitan atau keletihan seperti yang dia katakan.

“OK, lah. Nak balik semula?” kata Abu yang bermuka macam lebih penat dari Atan.

“OK”

“OK, Along tarik nafas dan pejam mata Along yang dalam bayangan tu” Atan senyap. Seketika kemudian, kelihatan kerut di dahinya semakin renggang. Abang Karkun bangun dan duduk semula di sofa. Brader Joe offer air kat dia. Abang Karkun sambut.

“Sekarang bayangkan Along berdiri di taman tadi. Nampak?”

“OK” jawab Atan.

“Sekarang, Along lihat keindahan taman, tenangkan fikiran, layan pemandangan yang mengasyikan itu”

“OK. Haah. Gua rasa amat lega dan lapang” kata Atan.

“Sekarang, Angah akan kira sampai tiga dan lepas tu Angah akan sentuh bahu kiri Along dan Along akan buka mata perlahan-lahan. Along akan ingat apa yang memberi faedah dan makna kepada fizikal dan mental Along, hasil dari apa yang Along alami tadi. OK?” kata Abu panjang lebar tanpa ambik nafas.

“OK”

“1...2...3” Abu menyentuh bahu kiri Atan yang terbaring.

“Bukak mata perlahan-lahan. Tengok sekeliling. Adjust mata dengan ambience. Kasi kepala tune dengan surrounding. Baru bangun” kata Abu lagi. Atan dah bukak mata. Abu bangun dan menggeliat membetulkan ruas belikatnya.

“Amacam?” kata Abu pada Abang Karkun. Brader Joe geleng kepala.

“Macam hipnotisma jer aku tengok?” kata brader Joe.

“Lebih kurang jugak, laa” kata Abu. Abang Karkun diam ajer. Ali hulur rokok kat dia. Dia menolak. Ali ambik sebatang sebelum offer pada aku. Aku juga geleng kepala. Atan yang baru bangun dari tempat dia baring tadi pulak yang menyambut kotak rokok. Brader Joe dah ke dapur nak topap air.

“Entah. Susah nak cakap. Tapi menarik. Boleh kita buat dengan orang lain pulak?” kata Abang Karkun. Tiba-tiba aku rasa macam nak angkat tangan. Tapi Atan angkat dulu. Semua orang ketawa.

“Ali?” aku mengusik Ali yang kurang ceria malam ni. Dia kurang ceria sejak dia kena rasuk di masjid pagi tadi.

“Hisshhh, tak nak aku. Tobat” kata Ali sambil geleng kepala. Kami ketawa lagi.

“Abang Karkun, laa” kata Abu sambil melontar pandangan pada beliau. Abang Karkun geleng kepala cuma senyum saja.

“Kalau semua taknak, bagi aku yang pegi. Aku pun nak kena jumpa mak sedara aku kat Pekan. Kalau dapat jumpa, senang takyah aku sesusah nak drive” kata Brader Joe yang baru kembali dari dapur dengan sedulang berisi gelas dan minuman.

“Tapi sebelum tu, kita minum dulu” katanya lagi. Kami semua membasahkan tekak masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience