Chapter 17

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 17

Hmmphh-hmmmphh” kata-kata Ali tersekat seolah ada orang menutup mulutnya. Padahal mana ada. Dia sedang berbaring di depan kami semua di beranda rumahnya. Kami mula cemas.

Badan Ali bergoncang kuat. Ali tak cakap apa-apa selain meronta-ronta dengan kasar seolah cuba melepaskan diri dari sesuatu yang memegangnya tadi. Abu bangkit dari duduknya dalam keadaan cuak. Begitu juga aku dan Atan. Kami semua cemas. Kami tak tau apa yang berlaku pada Ali.

“Ali! Ali! Bangun, Li! Ni semua khayalan ajer” kata Abu dengan nada yang tegas tapi cemas. Aku dan Atan dah memegang tubuh Ali yang bergetar semakin kuat. Macam nak terbang ke atas pun ada. Ali tak menjerit atau berkata apa-apa selain bergetar dengan kuat. Tiba-tiba dia senyap. Kemudian badannya jadi berat dan jatuh ke lantai semula. Ali berhenti meronta-ronta. Kemudian dalam lelap tu, kami lihat dia tersenyum. Kemudian dia buat muka series. Dia buka matanya.

“Aku kat mana?” kata Ali sambil memandang pada jari-jari di tangannya. Matanya bulat memerhati keadaan sekeliling. Kemudian dia meraba-raba tubuhnya. Aku curiga melihat tingkahlaku Ali. Abu lagi cuak dari aku. Atan jer nampak cool. Aku tau dia pun goyang jugak tu, tapi dia tak tunjuk. Aku tau. Aku kenal lama dengan diorang ni. Tapi aku agak sangsi dengan perangai Ali yang sedang duduk depan kami ni.

“Kau sapa?” tanyaku pada Ali. Atau benda tu. Atan memandang padaku dan pada Ali. Kami semua berundur perlahan-lahan dari Ali yang baru bangkit dari berbaring. Dia tak berganjak dari merenung tepat pada Abu. Kemudian Atan. Kemudian berpaling memandang pada aku. Berderau darah masa mata aku bertentangan dengan mata Ali.

“Cakap! Siapa kau?” jerit Atan. Dia menghampiri Ali dan terus mengelar koler baju Ali. Aku tak tau nak halang Atan atau tengok jer dulu. Dadaku masih berdegup pantas. Abu dah terduduk.

“Aku Ali, lah! Hahaha” kata Ali sambil buat muka bersalah dan tahan tangan Atan. Atan melepaskan tangannya. Dia dan Ali kini berdiri. Aku masih dalam jarak yang selamat kalau apa-apa berlaku.

Atan menepuk belakang leher Ali seolah-olah gaya menghalau hantu. Ali berpaling dan melempang Atan kembali. Lepas tu diorang menggeletek each other dan ketawa-ketawa. Lepas tu dua ekor tu bergasak kat beranda tu macam budak kecik. Hishh.

Buat saspen ajer Ali ni.

Giliran seterusnya ialah aku. Aku pun berbaring di tengah beranda rumah Ali dengan Ali di kaki dan Atan di dahi. Abu memang kat tengah cam biasa. Aku tutup mata. Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan fikiran.

Latihan visualisasi memanjang dan menguncupkan badan berlaku dengan pantas sekali. Aku tak ambik masa yang lama untuk membayangkan imej kakiku, kemudian memanjangkannya ke bawah, dan kemudian memendekkannya. Hinggalah ke proses membayangkan diri di hadapan pintu.

Tanpa susah payah, aku terus ternampak sebuah pintu yang aku rasa mengarah ke arah serambi sebuah rumah. Aku nampak pintu itu tidak berdaun tetapi berlangsir putih dan ia diselak dan diikat pada kedua-dua bendul pintu. Oleh kerana pintu itu agak jauh, dan imej dalam bayanganku seakan bercahaya, aku menghampiri pintu itu sambil terus memberikan perinciannya kepada Abu yang dah tak banyak bertanya.

Aku nampak bingkai pintu yang diperbuat dari kayu ni, cat hijau padanya sudah lusuh. Di celah langsir, aku nampak engsel yang separa tercabut dengan lubang paku, bekas dari daun pintu yang mungkin telah dialihkan. Aku mengamati lagi daun pintu itu. Sedang aku leka, badanku yang seakan terapung, tiba-tiba melayang perlahan-lahan ke luar pintu. Aku menyeberangi pintu itu. Oh? Kini aku berada di serambi rumah Ali.

“Apa yang kau nampak?” suara Abu kembali jelas pada pendengaranku.

“Aku nampak aku sedang duduk kat tempat aku baring tadi, aku nampak kau kat tepi aku, aku nampak kau tengah cakap dengan Atan. Aku nampak Ali kat kaki aku. Tapi pelik”

“Pelik apasal?”

“Sebab aku nampak badan Ali macam pelik sikit”

“Pelik camana?”

“Taktau camana nak cerita. Aku sedang tengok kita semua dari belakang Ali, mengadap aku. Aku lambai-lambai, tapi korang semua tak nampak aku”

“Kita kat mana masa tu?”

“Kat beranda ni, laa. Aku nampak kau pakai baju belang-belang polo. Aku nampak Atan pakai baju putih. Aku nampak Ali…Ali, jap. Aku tak nampak…”

Aku menggerakkan badan dalam bayanganku itu untuk melihat dengan jelas pakaian Ali sebab dari belakang tak berapa clear.

Aku nampak aku yang sedang dikelilingi oleh Atan, Ali dan Abu, sedang leka bercerita kepada mereka bertiga. Aku terbang ke celah-celah kami dan kelihatan yang kami tak nampak aku.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience