Chapter 43

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 43

Yoga, psikik, reiki, kristalism, environmentalism, UFO dalah hasil dari fahaman ini. Dalam budaya Melayu lama, orang macam ni kita panggil bomoh. Ia bermula dengan pengenalan kepada meditasi dan perubatan, dua topik yang amat menarik pada zaman manusia hilang pedoman dan mudah sakit. Mereka yang ‘telah dibukakan cakranya’ akan berupaya mengubati orang lain dan tekniknya amatlah mudah. Apa yang berlaku ialah, setan mengusik jin-jin yang terganggu dek pertembungan antara alam jin dengan manusia hingga jin tersebut memasuki tubuh manusia hingga menyebabkan kesakitan. Kemudian setan akan menemukan tukang sembuh dengan pesakit dengan cara ‘kebetulan’. Penyembuhan yang berlaku sebenarnya adalah tipu helah jin. Si pesakit akan tertarik dengan ilmu ini, sementara si penyembuh pula terdedah kepada takabur. Jika orang yang tiada pengetahuan Islam, setan akan guna taktik yang buatkan mereka sangka mereka tuhan. Bagi yang ada pengetahuan tentang tauhid, dan tidak tertipu dengan takabur atau tamak, setan akan mendatangi mereka dalam alam khayalan itu dan menawarkan akan mengajarkan lebih banyak ilmu lagi jika orang itu bersetuju memenuhi beberapa syarat. Dan sudah tentulah syarat-syarat itu adalah menduakan Allah.

Jika kita lihat dengan teliti, Iblis mendedahkan teknoloji nuklear kepada kuasa-kuasa besar. Kemudian Iblis menakut-nakutkan mereka seperti yang dilakukan sejak dulu kala. Akibatnya manusia akan berperang dan perang nuklear akan mengoyakkan tabir antara dimensi dan mengakibatkan jin-jin terlepas ke dunia manusia. Manusia yang sedang berperang dan huru-hara pada masa itu, akan mula hilang nilai-nilai norma dan ini membolehkan jin masuk ke dalam rongga mereka.

Menggunakan apa yang telah mereka pelajari sejak beribu tahun bekerjasama dengan manusia, jin dari puak setan berkeupayaan untuk duduk dalam badan manusia untuk jangkasa masa yang lama dan hidup seperti manusia biasa. Bahkan sekarang pun mereka ada di antara kita tetapi mereka berpura-pura kerana mereka tidak boleh mendedahkan identiti sebelum masanya. Dan masa itu ialah apabila dajal, benar-benar telah keluar di Jerusalem di mana mereka akan keluar dan membantu Iblis dan dajal menyesatkan lebih ramai lagi manusia. Semua ini amat penting demi menjamin tipu daya dajal nantik berjalan dengan lancar.

Kami semua terdiam mendengar cerita Abang Karkun yang panjang lebar. Semua dah alihkan kerusi masing-masing dan duduk berkumpul keliling Abang Karkun.

“Fuh! Kompleks giler, rancangan Iblis tu ek?” kataku.

“Yang aku paham, sebenarnya dia preparekan Jerusalem untuk kehadiran dajal dengan menggunakan sentimen keyahudian yang terkandung dalam ayat Al-Quran. Sementara tu, dia pecah-belahkan manusia dengan menuduh itu dajal, ini dajal. Saya nampak sekarang kenapa Iblislah musuh dan bukan manusia” kata Abu. Aku dan Ali mengangguk. Abang Karkun tersenyum. Tasbihnya dah siap.

“So, mana Abang tau semua ni? Jin Islam bagitau ke?” tanya Atan. Abang Karkun yang berdiri membetulkan lenguh di pinggangnya, memandang Atan.

“Tak lah Apa kelas main jin-jin? Kita orang Islam, lah!” kata Abang Karkun dengan muka series. Tiba-tiba kami semua rasa bersalah. Abang Karkun tenung mata kami semua. Muka dia terasa besar dalam ruang serba putih itu.

“Aku baca kat internet” jawabnya. Kami semua ketawa macam nak pengsan.

“Apa yang aku nak tunjukkan ialah betapa mendalamnya penipuan Iblis. Bukan dalam dunia manusia ajer, habis sampai ke jin dan ifrit-ifrit pun, dia dah sediakan perangkap.

Kedua, alam ghaib itu memang ada, dan memang ada makhluk yang lebih kuat dari kita. Tapi kita ni manusia yang datang dengan batasan, maka kita kena kenal siapa diri kita, kelebihan dan kekurangan kita. Jika mahukan kuasa ke atas mereka, bawa mereka ke dalam bentuk fizikal. Ilmunya adad. Dan kalau pun terpaksa pergi ke alam ghaib, jangan hilang fokus.

Ketiga, penipuan Iblis di alam ghaib pula, bergantung kepada situasi kita pada masa itu. Selain masa sakaratulmaut, Iblis dan tenteranya agak berhati-hati ketika mendekati manusia maka mereka datang dengan watak ‘baik’ dan harmoni. Mereka akan tanamkan semangat percaya diri sendiri dan keyakinan dalam hati manusia itu dan kemudian membuat tipu daya yang menampakkan seolah-olah manusia itu mempunyai kuasa. Setakat ini kita tahu bahawa Iblis kalah kepada tauhid dan sesiapa yang kuat tauhidnya, Iblis akan cucuk arah kemanusiaan. Sedikit demi sedikit, mereka menyucuk jarum mereka dalam sfera kepercayaan kita dan mengeluarkan semua jus rahmat hinggakan kita kehausan disaat sakaratul maut. Pada masa sakaratulmaut, syaitan akan datang lagi dan disaat-saat genting, mereka akan ditipu agar menduakan tuhan yang satu.

Keempat, kalau nak teroka alam ghaib, biarlah belajar melalui guru yang berpengalaman. Sebab alam ghaib ini berubah-ubah macam lenggok lalang di padang yang ditiup angin. Tiada satu pemandangan yang sama. Bahkan pemandangan yang satu juga berubah-ubah setiap saat.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience