Chapter 27

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 27

“Tuhan dah jadikan alam ni sempurna. Sempurna apa yang ada dalam alam itu, malah sempurna juga akan pertindihan antara alamnya. Rahsia dalam rahsia”

“Bukan rahsia lagi yang dalam alam ini, terdapat malaikat, jin, syaitan, manusia, haiwan dan tumbuhan. Semua berada dalam alam masing-masing, lengkap dengan serba-serbinya untuk hidup, belajar dan beribadat kepada yang satu”

“Kau mula dari jauh sangat, tu. Cuba kau fast-forwardkan ke depan sikit” sampuk brader Joe. Abang Karkun ketawa mendengar komen penonton.

“OK-OK. Biar aku ceritakan apa yang aku tengok dan paham dari apa yang korang tunjuk tadi” Abang Karkun meneguk minumannya sebelum membuka serbannya seketika untuk garu kepala.

“Ada beberapa teknik yang yang telah digunakan dalam eksperimen korang ni. Pertama ialah teknik menenangkan diri menggunakan kaedah meditasi dan urutan. Dalam meditasi, seseorang tu diajar teknik menenangkan badannya dengan menumpukan perhatian pada sesuatu. Biasanya pernafasan la. Apa yang berlaku ialah, kita menstabilkan denyutan jantung, seraya menenangkan kembali gelombang otak kita melalui kawalan ke atas pernafasan. Bila dah stabil, barulah tumpuan otak dialihkan dari mengumpul data dari deria-deria, kepada menyediakannya untuk menerima rangsangan baru”

“Pada masa yang sama, kaki dan dahi kita diurut. Mengurut dua tempat serentak, menghasilkan rasa disorientasi dan leka kepada badan dan ini aku rasa membantu dalam mempercepatkan lagi proses merelakskan badan dan minda tu”

Abu yang memang bersifat akademik, sibuk menyalin setiap butir yang keluar dari mulut Abang Karkun. Brader Joe, Ali dan Atan termasuk dengan aku-akunya sekali melopong mendengar penjelasan Abang Karkun pasal benda ni. Walaupun aku tak berapa nak paham, aku rasa macam aku mula nampak apa yang berlaku.

“Bila otak dah dilapangkan dari mengawal deria yang lima, ia kemudian disibukkan dengan menumpukan perhatiannya kepada visualisasi. Kebolehan visualisasi pada aku, adalah segalanya dalam pengkajian ilmu-ilmu sebegini. Sebab melalui grafiklah, manusia berkomunikasi. Perkataan dan simbol hanyalah garisan yang cuba mewakili apa yang terlihat dek grafik tadi”

“Masa korang membayangkan diri korang memanjang dan memendek tu, aku rasa itu ialah proses nak biasakan korang dengan pengetahuan nak mengawal ‘badan ghaib’ korang tu, disamping memperhalusi lagi penglihatan korang dalam makrifat tu. Bila dah boleh kawal bentuk badan, barulah korang diajarkan dengan point X”

“Point X?” tanya Atan, Ali dan aku serentak.

“Dalam bahasa omputehnya dipanggil ‘home’. Home ni ialah tempat yang korang akan kembali bila korang rasa nak akhiri pengembaraan korang tersebut. Atau ia adalah tempat di mana korang akan rasa selamat. Ia juga adalah simbolik kepada ‘pintu keluar’ yang akan membawa korang ke pengalaman baru”

Abu kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya. Taktau itu tanda setuju atau paham. Aku rasa ia adalah kedua-duanya. Atan dan Ali dah berenti mengurut kaki-kaki Abang Karkun.

“Dari point X, korang kemudian diajar untuk mengawal alam imaginasi tersebut. Korang diajar untuk terbang ke langit, diajar kawal siang dan malam, dan benda-benda yang mungkin dikira ‘survival’ untuk mendapatkan satu pengembaraan yang dikira berjaya”

By this time, aku mula syak dengan Abang Karkun. Dan tah kenapa, aku rasa dia tahu pasal perasaan baruku terhadapnya sebab sedetik tadi, dia pandang sekejap padaku. Dan dia senyum jer.

“Pengembaraan korang bermula bila korang dive tu. Apa, siapa, bila dan bagaimana korang landing dalam watak baru tu, bergantung kepada kebolehan masing-masing dalam mengawal diri dalam alam tersebut”

“Jadi, adakah apa yang kami alami masa terbaring tu, hanyalah imaginasi?” tanya Ali.

“Err, tak jugak. Bergantung kepada ke mana korang endup setelah korang dive tu” jawab Abang Karkun yang sekarang tampak lebih expert dari Ali. Seolah-olah dia juga pernah buat Christos Experiment ni masa dia muda-muda dulu ke apa.

“Untuk kebanyakan kes aku rasa, semua yang korang nampak, ada kena-mengena dengan apa yang ada dalam hati dan memori korang. Apa yang korang nampak, ialah apa yang sistem kepercayaan korang dah anggap sebagai ‘fakta’. Maka walaupun otak korang sedang beroperasi dalam kuadaran ‘separa sedar’, apa yang korang nampak tu adalah berdasarkan dari apa yang ada dari alam sebenar. Cuma mungkin magnitud, impak atau lain-lain elemen materialistiknya tampak lebih extravagan dari dunia realiti”

Aku semakin pening. Kalau semua yang berlaku hanyalah dalam minda, camana pulak ada jin boleh masuk dalam badan Ali tadi? Dan camana pulak nak jelaskan apa yang Abu dan aku alami? Atau si Atan yang bertukar jadi lebah masa first time try dulu? Otakku ligat mencantumkan fragmen-fragmen klu.

“Boleh ke benda ni buatkan kita nampak masa depan?” tanya Abu seolah-olah boleh membaca fikiran aku.

“Tang tu agak kompleks sikit. Masa depan dan takdir, esok atau minggu depan, adalah dalam pengetahuan Yang Maha Esa. Kita boleh bersedia dengan pelbagai kemungkinan tapi hakikatnya, hanya Dia saja yang tahu”

“Tak jawab soalan” kata brader Joe.

“Tang tu, ia sebenarnya adalah rahsia. Tapi sebab korang sendiri dah alaminya aku cakaplah sikit; memang boleh” kata Abang Karkun dalam nada berbisik.

“Abes tu, kita bolehlah ke masa silam?” Ali berbisik dengan muka series.

“Time-travel? Cool” kata Atan dalam suara berbisik juga.

“Semua tu ilusi” jawab Abang Karkun dalam suara berbisik lagi.

“Kenapa kita cakap bisik-bisik, ni?” kata brader Joe dan kami semua ketawa. Dan baru teringat nak ambil nafas.

“Abang Karkun nampak macam tak heran jer dengan Christos Experience kau Bu?” kata Ali dari sebelahku. Aku pandang Ali. Dia series nampaknya. Aku perasan Abu yang dok kat depan, dengar apa yang Ali cakapkan tadi.

“Itulah. Aku tengah pikir, ni” kata Abu.

“Gua pun pikir jugak. Adakah gua pernah jadi kelicap dalam kehidupan sebelum ini? Atau roh kelicap tu yang ada dalam diri gua sekarang sebab dia tak buat sesuatu dalam hidupnya? Hmmm” kata Atan yang sedang memandu. Aku menepuk bahunya. Dia ketawa. Aku tengok Ali masih series.

“Lek arr brader” kataku, cuba menceriakan Ali.

“Masa duduk kita dalam masjid sementara nak tunggu Abang Karkun, time azan Isyak tu, tadi, tiba-tiba aku teringat sesuatu” kata Ali.

“Ingat apa?” tanyaku. Abu berpaling ke belakang nak dengar dengan lebih jelas. Atan yang sedang memandu pun sibuk nak dengar sekali. Kejap-kejap dia pandang belakang. Tapi Ali belum start cerita lagi.

“Baru aku teringat yang aku ada jugak dengar bunyi azan”

“Azan?” Atan dan Abu berkata serentak.

“Ye. Sebab bunyi azan tulah aku dapat agak yang aku dahada kat sana lebih kurang seminggu. Enam hari, la. Itu yang pasti” sambung Ali lagi. Aku tak paham.

“Kan aku dah cerita yang masa aku kristos tu, aku kena ikat kat tiang” Ali memulakan.

“Semuanya gelap. Tapi aku sentiasa dengar bunyi-bunyi. Macam sekarang pun aku boleh bayangkan bunyi-bunyi tu. Bunyi macam loceng berdengung. Aku berpandangan dengan Abu. Ali dah duduk menyandar. Dia memakai tali pinggang keledar untuk seat belakang. Keningnya berkerut, cuba mengingat kembali cebisan memorinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience