Chapter 11

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 11

Tapi, cerita aku kena berdasarkan data-data. Takpe. Sampel semua ada kat meja. Aku masuk jer kilang kang, straight focus pada mengumpul data-data yang jelas. Ada lagi dua jam. Dan aku masih terhegeh-hegeh mengundurkan kenderaanku dari garaj, baru nak pergi kerja.

Nak sampai ke ofis aku dalam kilang ni, aku perlu melintasi kawasan production. Kena lalu dan tegur akak-akak kat line 35, yang dah masuk shift sejak pukul enam tadi. Hari ni, hari kedua shift C keje petang. Dan aku kena ikut jalan lain sebab Kak Sally keje harini. Kalau tidak kang, alamat jahanamlah plan aku nak kumpul data nak cover bontot time morning meeting nantik.

Semuanya berjalan dengan lancar. Masa aku lalu depan mesin ATF45 yakni mesin yang Kak Sally jaga, dia sedang sibuk bercerita dengan Kak Normah dari ATF46. Ni mesti pasal anak Kak Normah yang baru lepas habis SPM tu, ni. Aku menyelinap di celah mesin AutoTrim and Form, mengelakkan Kak Sally, lantas terus mengelinap ke dalam ofis. Alhamdulillah, aku selamat. Baru pukul tujuh setengah. Takde sapa dalam ofis. Cuti ke apa harini? Aku bukak hemfon tengok haribulan. Aku tak pikirkan sangat. Aku terus buat kerja aku.

Kes low-yield kalini agak mencurigakan. Aku jaga division bahagian Radio Frequency. Dan prodak-prodak ni, ada spesifikasi yang perlu dipatuhi agar prodak tu berfungsi dan tahan seperti yang dijamin. Dalam dua puluh lima bijik yang kilang ni dah buat, lapan bijik tak cukup spesifikasi. Maka aku kena tau apa bezanya lapan bijik ni dari yang lagi tujuh belas yang menyebabkan dia gagal.

“Apahal pepagi buta lagi kening dah berkerut macam nak kiamat, tu Mir?” tanya suara yang seakan suara Abang Mahadi. Betul. Abang Mahadi berdiri kat tepi aku. Langsung aku tak perasan.

“Owh, laaa. Assalamualaikummm” kataku sambil bangun menghulurkan salam sambil buat gaya bagaikan nak mencium tangan Abang Mahadi. Beliau ketawa melihat gelagatku.

“Takde bang, ni haa masalah low-yield yang hari Jumaat hari tu” kataku sambil mengangkat sepeket mikroprocesor yang fail test.

“Tak kisahlah apa sebabnya pun. Kita pepagi Isnin ni kena muka ceria. Dari wajah tu, akan memberi kesan kepada hati dan orang yang melihat kita, untuk menjangkitkan kuasa keceriaan, serta...” Abang Mahadi mula nak berceramah pasal kuasa keceriaan. Lepas tu mesti masuk ke kaitan ceria dengan kesihatan. Lepas tu betapa kita hidup tak sihat. Lepas tu suruh aku beli loket kristal ceria, dia. Sengaja aku buat muka takde perasaan dan kembali berpaling mengadap skrin komputerku.

“Bang, kejap bang eh. Saya nak kaji kes ni kejap nak present time morning meeting kejap lagi. So…”

“Ok-ok, morning meeting. Abang dengar Quality Manager yang baru akan join meeting pagi ni”

“Itu pasal, laaa” Semakin berdebar jantungku. Aku klik-klikkan mouse di tangan. Abang Mahadi terus bergerak ke kubikelnya. Siew Mei, Abang Hisam dan John pula masuk ke ofis. Ofis mula bising sedikit. Abang Hisam on kan lampu dan ofis jadi terang benderang. Berpinar kejap mataku dek cahaya lampu. Sibbaik tak migraine. Aku kembali fokus pada kes…

Masalahnya sekarang, setiap bijik dari yang lapan tu, dia fail lain-lain spec. Yang lima tu, fail spec yang aku tau disebabkan oleh masalah mekanikal.Bagus. Ni takde masalah. Yang masalahnya ialah yang lagi tiga. Tiga bijik ni, dia fail spec gelombang radio. Maka aku kena tahu, apa bezanya gelombang yang tiga bijik ni dari yang lain, dan siasat ke belakang, tang mana dalam proses membuatnya tadi yang menyebabkan gelombang tiga bijik ni, lari. Dan nak tahu camana rupa gelombangnya, aku kena guna osiloskop. Ini, memang proses biasa dalam kerja aku. Yang kelakarnya, osiloskopnya satu dan department aku takde osiloskop kami sendiri sebab nature kerja kami secara puratanya tidak memerlukan osiloskop. Tambahan pula, kami boleh kongsi osiloskop yang ada dari production dengan pergi check kat production floor yang bermakna aku kena melintas depan Kak Sally. Pilihan lain ialah pinjam osiloskop dari bebudak Lab belakang. Aku terus keluar ofis ikut pintu belakang ke arah makmal.

14 minit kemudian, aku dah kembali ke meja aku dengan sebijik osiloskop. Tanpa membuang masa, aku terus plag dan hidupkan benda tu. Tiga sampel yang bersalah di asingkan dari yang lapan. Aku ambik sebijik, cocok kabel-kabel kat osiloskop dan menyepit klip-klip buaya ke kaki-kaki salah satu dari microprocessor yang bersalah. Aku adjust tombol-tombol yang berkenaan di alat itu. Sebentar kemudian, kelihatan graf melintang berdenyut-denyut di skrinnya, cuba menyampaikan sesuatu pada aku. Lama jugak aku tenung graf tu dan semuanya, tidak masuk akal.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang tidak kena dengan graf tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience