Chapter 14

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 14

Sambil meneman Abu makan, aku pun bercerita padanya tentang apa yang telah aku ceritakan pada Atan tadi. Persoalan tentang camana aku boleh nampak benda yang belum berlaku pun timbul.

“Entahlah. Aku pun tak reti. Aku ada email member aku kat Ozzie yang ajar aku tu, tapi dia belum jawab”

Abu senyap sekejap sementara menjamah makanannya. Atan leka mengushar awek di meja belakang. Aku melayan asap rokok yang berkepul keluar dari mulutku.

“Eh, apa yang berlaku kat Ali malam tu, ek?” tanya Abu tiba-tiba. Aku tersentak dari lamunan. Atan masih leka.

“Ali kan tak sempat malam tu? Dia suruh kita tido, tapi kita balik” kata Atan.

“A’ah. Apa kata kita jumpa balik kat rumah dia sabtu ni? Kita buat kat dia dan tengok apa jadi. Dia orang baik-baik. Mesti cool” usulku kepada Atan dan Abu. Mereka berpandangan.

“Kitorang tarahaal. Sound Ali, laa” kata Abu.

“Jap, bagi aku talipon dia” Aku mengeluarkan hemfonku dan mendail nombor Ali. Seketika kemudian, panggilanku dijawab.

“Assalamualaikum” mulaku.

“Busy ke?”

“Beb, Atan, Abu dan aku ingat nak melepak lagi sekali kat umah kau Sabtu ni, boleh? Ada benda nak cerita, laa” Aku senyap mendengar jawapan Ali. Menurutnya, hujung minggu ni dia keluar tabligh tiga hari. Kalau nak melepak rumah dia, Jumaat malam boleh lah.

“Beb, Ali kata Jumaat malam ok tak?” tanyaku pada Atan dan Ali.

“Kitorang tara, hal…” jawab merek a serentak.

“OK, Abu. Jumaat malam kitorang datang”

Malam tu, sekali lagi aku bermimpi:

Setelah kami menyatakan akan kesaksian kami bahawa Dialah Tuhan kami, aku pun dicubit dari kekamian yang satu, lalu menjadi keakuan. Maka segala takdir untung rugi nasibku telah ditilik olehNya dan kemudian, semuanya menjadi terang dan aku hilang dalam 'kecerahan' kasih sayang Nya itu. Sedar-sedar, aku adalah salah satu dari beribu-ribu sperma yang sedang berenang ke arah sesuatu.

Aku juga tak terkecuali. Seolah-olah ada yang ajaib di depan sana dan aku pun turut serta terdorong untuk terlebih dahulu untuk mengetahuinya. Semakin lama, kami semakin menghampiri sebiji bulan yang besar. Kelihatan kawan-kawanku yang dah sampai dipermukaan bulan, ada yang sedang menggerudi ganas untuk masuk ke dalamnya, ada yang macam dah pancit melepak isap rokok dengan kawan-kawannya. Aku juga rasa macam nak masuk ke dalam. Semangat ingin tahuku begitu tinggi. Sedar-sedar aku dah sebegitu hampir dengan permukaan bulan. Dan aku menanduknya dan bagaikan kepalaku terbenam ke dalam jeli yang lembut, aku terus tersedut ke dalam bulan. Dan segala-galanya indah. Selesa. Aku bagaikan tertidur dek keletihan kerana bertungkus-lumus berenang-renang nak sampai ke sini tadi. Aku rehat. Aku rilek.

Ada kalanya aku terdengar macam dengungan-dengungan yang berkata-kata padaku. Ada kalanya aku terlihat lintasan-lintasan cahaya. Tapi aku tak berdaya untuk berbuat apa-apa selain terus membiarkan diriku hanyut dalam tidurku. Keletihan itu masih terasa. Aku mahu tidur lagi.

Tiba-tiba ruang ini terasa sempit dan dah tak selesa nak tidur lagi. Aku berasak-asak dalam keselesaan. Dan dalam menendang-nendang tu, aku terjatuh dan rasa macam terbebas. Pandangan ini terasa terang sangat. Dan sejuk. Badanku terasa bagaikan dipegang-pegang dan ditepuk-tepuk. Aku takut. Aku sejuk. Aku pun menangis. Aku menangis sekuat hatiku. Kemudian terasa bagaikan aku berada dalam keselesaan semula. Tapi lain. Ini lebih selesa. Ini lebih...'mesra'? Sapa pulak yang menujah-nujah hidung mereka pada aku ni? Aku marah tapi sebab aku keletihan, aku tak kisah. Aku tak kisah ajer dipeluk dan diperlakukan. Yang aku tau: aku letih dan aku nak tidur.

Segala-galanya kabur sejak dari hari itu. Aku ingat-ingat lupa apa yang terjadi dalam kehidupan seharianku. Aku pun tak ingat bila saat mulanya aku mula sedar akan keakuanku. Bila tarikhnya aku mula tahu siapa aku, kat mana aku setakat ini, dan apa yang aku perlu buat lepas ni. Yang aku tau, hidup kat dunia ni satu perjalanan. Dan dalam perjalanan tu, aku kena buat tugasku demi meneruskan keterusan hidup spesiesku. Aku kena melalui proses membesar, matang, kahwin, berkeluarga dan kemudian tua. Lepas tu baru mati. Part kahwin dan beranak itulah tanggungjawab aku sebagai manusia, sebab ini memastikan keterusan keturunanku. Memastikan sentiasa ada manusia atas muka bumi ini yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah.

Dan untuk kahwin, aku kena mampu. Bukan sekadar mampu membuatkan orang beranak ajer. Yang lebih penting ialah mampu untuk mendidik dan menguruskan anak-anak dan menjaga hati tukang beranak tu sekali, dalam memastikan semua hidup dengan harmoni. Macam kisah kehidupan Nabi Adam a.s dengan Hawa a.s masa mula-mula dulu laa.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah rancangan masa hadapannya nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience