Chapter 39

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 39

Iblis ni asal usulnya ialah jin yang ada di bumi. Dia telah diangkat makam ke langit pertama dan menjadi ketua para malaikat di sana. Masa dia jadi ketua tu, dia pernah ditugaskan untuk menghapuskan bangsanya sendiri di dunia kerana kerosakan yang telah mereka lakukan. Iblis telah lakukan tanpa banyak soal. Banyak jin dan dinosor telah musnah pada masa itu, termasuk juga beberapa dari puak Ifrit. Ini menimbulkan ketidakpuashatian dari pihak Ifrit. Ifrit ni lagi ganas dan tak stabil dari jin. Diorang ni, para malaikat ajer yang boleh bendung.

Setelah dia dilaknat tuhan dan dicampak semula ke bumi, Iblis terpaksa bersembunyi. Maklumlah, dia dibenci di kalangan jin dan ifrit yang masa tu menghuni bumi dan hidup aman dengan manusia. Demi survival, dia berjaya menyesatkan sekelompok golongan jin. Namun begitu, puaknya dari kaum jin ini tidaklah secerdas dia. Mereka ni perlu diberikan tugas dan tak reti berfikir secara kretif selain ke arah penting diri sendiri dan kemusnahan sahaja.

Macam yang aku cakapkan tadi, masa zaman Nabi Idris a.s Iblis pernah hadapi kebuntuan idea di mana manusia pada masa tu hampir mustahil nak ditipu. Dan ini amat mencemaskannya. Kerana tugas dia ialah menyesatkan manusia. Dan sekarang dia takde idea.

Allah ciptakan alam. Kemudian Allah ciptakan para malaikat. Kemudian Allah ciptakan jin. Kemudian Allah ciptakan manusia. Dan selepas manusia itu kiamat.

Iblis telah diberi tangguh sehingga kiamat. Kiamat ialah saat di mana dia tidak akan bebas lagi. Jadi, dia mesti ada satu tipu helah terulung yang akan dilaksana bila dia rasakan keselamatannya semakin terancam (kiamat semakin hampir). Dari penangguhan itu juga dia sedar akan kewujudan masa. Tapi dia tak tahu apa gunanya. Sejak dari zaman Nabi Idris a.s (zaman dimana pengetahuan tentang masa mula berkembang) dia mula sedar akan nasibnya dan mula nampak satu kejadian alam yang tiada dalam pengetahuannya. Sejak dari itu Iblis menggunakan manusia untuk mula kaji pasal kiamat. Tapi dia banyak tahu perincian kiamat melalui dajal. Dajal ni adalah manusia-jin, hasil hubungan antara manusia dengan jin. Melalui dajal, dia dapat tahu pasal tanda-tanda kiamat yang bakal berlaku. Akibatnya, kedudukan dajal telah disembunyikan oleh para malaikat dengan memindahkannya ke dimensi lain serta dijaga oleh haiwan bernama Al-Jasasah. Maka, tinggallah Iblis tanpa info kaji cuaca sekali lagi. Sungguhpun begitu, dia mula merangka dengan apa yang dia ada dan semua itu dibuat dengan memainkan perasaan kaum Yahudi. Iblis membisikkan kepada hati rahib Yahudi yang jahat bahawa kaum Yahudi adalah kaum suci. Pada masa yang sama, dia membisikkan dalam hati manusia yang lain bahawa Yahudi itu jahat. Dari situ, Iblis telah merancang satu ‘kiamat’ di mana manusia bukan saja akan berperang sesama sendiri, tetapi dengan semuanya sekali termasuk jin dan Ifrit dan semua rasa diri sendiri betul. Akibat dari peperangan ini, seluruh penghuni bumi ini akan berbunuhan dan memusnahkan (sesuatu yang tuhan tak suka) sehingga jumlah makhluk yang perlu dipesongkannya berkurangan. Di masa itu dia akan mohon untuk berhujah dengan Allah dengan mengatakan walaupun Allah telah menjumpai Muhammad SAW, sifat memusnah, hasad dengki, cemburu itu tak dapat juga dikawal oleh kaum manusia, tanpa rahmat dari Nya dan Iblis tidak menerima rahmat itu dan itu menunjukkan kelemahan Allah. Bila kami kaji pendapat ini, kami dapati dia tak pedulik pun sama ada dia selamat dari laknat atau tidak. Tujuan dia ialah dia nak tanam satu idea dalam kesedaran makhluk seluruh alam, bahawa Allah itu bukanlah Maha Penyayang, bahkan dia juga adalah sebahagian dari satu lagi ciptaan yang besar, atau menaikkan martabat manusia, dengan mengatakan mereka juga adalah tuhan.

Berdasarkan tanda-tanda kiamat yang dia kumpul dari dajal, serta cerita-cerita yang dia kumpul dari sahabat dan Rasul-rasul terkemudian selepas Nabi Sulaiman a.s, dia pun mula meletakkan tanda-tanda yang menampakkan berlakunya kiamat pada tarikh tertentu.

“Pada masa yang sama, di kelompok jin ada puak yang boleh dikatakan baik juga. Masalah dengan jin ni ialah mereka ni riak dan takabbur. Tapi jin yang baik, cepat sedar bila kita ingatkan mereka semula.

Satu sifat makhluk yang beriman ialah berfikir. Tapi kebolehan berfikir hanya dipunyai oleh manusia. Golongan jin punya kebolehan dari segi melaksana. Allah suka makhluk memujiNya melalui kekaguman terhadap kesempurnaan ciptaanNya. Maka dari puak manusia dan jin, wujud satu jenis kelompok yang suka mengkaji ilmu alam dari sudut saintifik, tentang bagaimana alam ini berfungsi dan mereka menerokanya sesuai dengan tempat mereka dalam alam masing-masing.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah kesinambungan cerita seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience