Chapter 46

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 46

Aku cuma berdiam diri dan memerhatikan saja gelagatnya. Tak lama lepas tu aku rasakan dadaku seakan bergetar. Kemudian semua menjadi gelap sekejap dan aku tak nampak apa-apa kecuali Abang Karkun kat depan aku yang sedang meletakkan tangannya di dadaku.

“Sebelum kau balik, aku nak kau tengok ni” katanya dan kemudian menepuk dadaku dengan lembut. Sekilas sesuatu terlintas didepanku. Dan selepas itu, semuanya menjadi terang benderang dan aku kembali ke tangga depan masjid, bersama Atan dan Abu serta Abang Karkun yang tersenyum depanku.

“Camana saya nak belajar lagi pasal benda ni bang?” tanyaku.

“Aku akan cakap kau kena join tabligh, tapi ia bergantung kepada kau dan pilihan Allah” jawabnya. Atan dan Abu terpinga-pinga tak paham.

“Apa ni woi? Tak paham laaa” kata Atan sambil pejam-pejam mata dan meletakkan jarinya di dahi. Abu yang tak paham jugak, dalam blank mengikut perbuatan Abangnya itu. Kami semua ketawa.

Ada sekali tu, aku terdengar dari satu kuliah, akan sebuah hadis. Dalam hadis tu, dikabarkan Baginda SAW melakarkan satu kotak di atas tanah. Dalam kotak tu ada macam maze. Dari satu sisi sebelah kanan kotak itu, Baginda SAW melakarkan satu garis yang terus extend straight ke kiri kotak dan menembusi keluar kotak. Macam gambar kat atas. Kemudian Baginda SAW menerangkan bahawa apabila manusia diciptakan, kotak tadi mewakili nasib manusia itu. Rezeki, jodoh, ajal, susah, senang, kehidupan dalam realiti duniawi ini, semuanya dalam kotak itu. Dan jika masa itu bergerak, maka masa itu bergerak dari kanan ke kiri kotak. Semuanya akan terhenti apabila sampai di hujung sebelah kiri kotak. Inilah saat kematian. Tapi garisan lurus yang bermula dari dalam kotak itu akan terus menerus bersambungan,hingga ke luar kotak. Itulah garisan angan-angan.

Sungguhpun ustaz yang memberi kuliah menekankan tentang jangan banyak berangan, sebab masa tu patut kita gunakan untuk beramal dan beribadat, aku termakrifat benda lain pulak.

Aku lihat angan-angan mewakili hope seorang manusia. Dalam hidup, manusia biasanya berangan-angan untuk mendapatkan apa yang belum diperolehinya. Dan untuk memotivasikan dirinya untuk berusaha, dia akan berangan-angan. Ada yang berangan tentang perjalanan yang nak ditempuhi demi untuk mencapai impiannya itu. Ramai yang berangan tentang camana rasanya semasa mendapat hajat itu. Ada yang berangan melayan perasaan. Ramai yang akan berangan tentang apa plan kita selepas ni bila dah dekat dengan due date. Tu yang semasing senyap jer dalam keta masa on the way pegi final presentation ke, audit ke, kenduri ke. Layan kepaler semasing jer.

Angan-angan manusia tak pernah henti. Sebab manusia tak perfect. Mesti ada benda yang nak kena improve dalam hidup ni. Kehidupan material, kehidupan spiritual. Angan-angan membuatkan kita bersemangat untuk menghadapi kenyataan bahawa; kita yang kena buat semua sendiri dan jangan harap nak dapat moral support atau sebagainya sebelum mencapai hajat itu (dapat kutukan dan cabaran lagi, ader) dan bila dah berjaya, semua ngaku diorang ada play a role dalam kejayaan tadi. Padahal tadi dialah yang kata kita ni tak berguna, mat jenin, atau mat pit.

Anyway, apa yang diangan-angan seseorang bergantung kepada keasyikan seseorang terhadap sesuatu yang tak pernah dirasainya. Macam orang bujang fantasi pasal sex. Orang dah kawin fantasi pasal main dengan orang lain. Dan orang yang dah rasa macam-macam daging pulak, fantasi pasal main cara gilagila. Macam main dalam lif atau main kat ruang tamu rumah kawan masa kawan keluar pergi beli air oren sebab korang datang tibatiba tadi, atau berpikir apa rasanya kalau main dengan sapu minyak power yang kita nampak kat TV haritu...Dalam hal ni, kita kaitkan angan-angan dengan sex untuk mengingatkan keasyikan angan-angan. Ada jugak yang angan-angan nak dominasi dunia. Atau yang angan-angan buat satu persembahan gempak gila di hadapan ratusan pengkritik seni, atau berangan-angan akan sebuah esok tanpa benci atau kepura-puraan yang berlandaskan kepentingan diri.

Tu sebab agaknya masa kecik-kecik, lepas tanya nama dan dah makan ke belom, mesti kita tanya budak kecik tu dah besar nak jadi apa. Kita nak budak tu buat keputusan dan kejar keputusan yang dia dah buat tu dan biasa ar, sumernya menggalakkan budak kecik tu untuk tambah lagi usahanya dalam pelajaran atau pengayaan ilmu dalam dirinya.

Aku tak tau cerita detail tentang kisah kewafatan Baginda SAW.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah cerita selanjutnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience