Chapter 10

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 10

“Cuba kau tengok kaki kau” kataku yang baru perasan yang sepatutnya, directly lepas orang tu touchdown ke tanah selepas step ‘dive’, kita kena suruh dia describe keadaan kakinya dulu.

“Aku tak nampak kaki aku. Aku pakai kasut Converse biru. Eh? Aku mana ada kasut macam ni?” kata Abu dalam nada hairan.

“Sapa punya kasut?” tanya Atan dengan muka hairan jugak.

“Ntah? Tapi aku baru perasan ada sorang pak cik duduk kat sebelah aku dari tadi” kata Abu. Kami semua diam.

“Apa yang pak cik buat kat sini?” kata Abu tiba-tiba. Mungkin kepada pakcik tu agaknya. Kemudian senyap.

“Saya pun tak tau kenapa saya di sini” kata Abu lagi. Kemudian dia senyap lagi. Nampaknya Abu sedang berborak dengan pakcik dalam bayangannya. Kemudian, tak semena-mena Abu membuka matanya. Senyuman menguntum di bibir. Wajahnya yang seakan-akan cemas masa mula tadi, kini dah berubah menjadi seorang yang ceria, bagaikan dia telah mendapat satu pengetahuan yang baru. Aku membantu Abu untuk duduk.

“So? Apa yang berlaku?” tanya Ali.

“Entah? Aku tanya pakcik tu, apa yang dia buat kat situ. Dia tanya aku balik. Aku jawablah aku tak tau. Dia kata, LIHAT! Kemudian semuanya dipenuhi cahaya terang dan aku kembali ke sini.Pergh. Macam teka teki pulak.

Atan, Abu dan aku semua dah. Sekarang tinggal giliran Ali. Ali pada mulanya agak keberatan. Tambahan pula masa dah menghampiri 4.30 pagi. Tapi setelah kena anjing dengan Atan, Ali pun bersetuju.

“Rilekskan fikiran kau” kata Abu kepada Ali yang sedang berbaring. Ali menggerak-gerakkan punggungnya cuba mencari spot yang selesa. Setelah beberapa cubaan, dia baring dengan tenang. Yang kelihatan bergerak cumalah dadanya yang turun naik.

“Cuba bayangkan kaki kau” kata Abu. Lama jugak Ali senyap tak beri apa-apa respons.

“Nampak tak?” tanya Abu lagi.

“Tak” jawab Ali pendek.

“Cuba lagi bagi nampak kaki kau. Nampak lebih kurang pun takper sebab dalam stage ni, kita nak berlatih feel mengubah bentuk badan, bukan nak visualize sangat” kata Abu. Aku semakin faham dengan falsafah disebalik setiap step dalam teknik ni.

“Aku tak nampak apa-apa, laa. Gelap” kata Ali. Dahinya berkerut cuba menumpukan segala fokusnya.

“Masih gelap” kata Ali. Ali mengisyaratkan pada aku yang mengurut di dahinya agar tekan kuat sikit.

“Hmm. Bila Amir tekan kuat sikit ni, aku nampak macam percikan-percikan cahaya. Macam api-api yang kita nampak masa nak pitam tu” kata Ali.

“Kaki kau ada nampak tak?” tanya Abu dalam suara yang seakan semakin hilang sabar. Masakan tidak, kami semua dah mula terasa bahang mengantuk. Si Atan dah mula menguap-nguap nampaknya.

“Aku tak nampak apa-apa la beb!” kata Ali. Serentak dengan itu, dia membuka matanya dan bangun. Abu yang tadi macam tersengguk mengantuk, kembali segar dek perbuatan Ali.

“Dah, lah tu. Kita semua elok tido dulu. Kang jahanam Subuh kita kang. Bagi aku check bilik jap” kata Ali dan terus bangun dan hilang di sebalik dinding. Atan memandang kepada Ali.

“Kitorang ingat, kitorang gerak la, Mir. Kau nak stay sini ke?” tanya Atan.

“Eh, kalau kau gerak, aku pun gerak sekali lah. Takyah sesusah si Ali nak sediakan bilik pesumer. Kau gerak sekali ke Bu?”

Aku bangun dan pergi ke arah bilik tempat Ali hilang tadi, nak bagitau dia yang semua orang nak balik. Ali selaku tuan rumah dan yang kelihatan paling letih, tidak menghalang.

Sepanjang perjalanan pulang, aku diserang migraine lagi. Tapi tak berapa terasa sebab aku masih excited. Apa yang aku alami semasa Christos Experience tadi masih segar dalam ingatanku. Aduii, migraine mula berdenyut.

Aku masih boleh nampak dengan jelas, laptop, osiloskop, meja dan muka Ikbal. Aku teringat perasaan mesra yang teramat sangat semasa melihat kedua tanganku. Aduii. Makin terasa pulak denyutan migraine.

Aku juga teringat terkejutnya aku apabila baru menyedari kemunculan Ikbal dari tepi yang ingin mengambil kembali osiloskopnya. Semuanya nampak dan rasa sungguh nyata. Tapi pada masa yang sama, aku boleh rasa bahu dan badanku sedang berbaring di atas karpet di ruang tamu rumah Ali. Sesungguhnya aku tak tau apa yang sedang berlaku. Dan aku saspek kemengantukanku mengganggu proses berfikirku di saat ini. Dan mengaktifkan aduii! Dah tahap parah dah migraine aku ni.

Aku perlu tidur.

******

Pagi Isnin esoknya bermula macam hari-hari Isnin yang lain. Cuma Isnin kalini aku agak cemas sebab aku sedang menyiasat satu kes low-yield kat kilang dan aku masih belum start apa-apa. Morning meeting start pukul sembilan. Sekurang-kurangnya aku kena buat satu cerita nak kasi nampak macam yang kes ini under control.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa pula aktiviti seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience