Chapter 37

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 37

Masa tu, manusia lebih kepada meneroka alam ini, menikmatinya seadanya dan memuji dan mengagumi ciptaan tuhan. Bumi pada masa itu, betul-betul menyerupai syurga” mula Abang Karkun.

“Masa tu, manusia boleh terbang, bergerak sepantas kilat, pindahkan gunung dan aliran air sungai, bina kota, semua pakai minda ajer”

“Macam dalam movie tu ke bang?” tanya Atan.

“Malah lebih lagi. Masa tu, manusia atas dunia ni banyak yang berhati bersih. Tu sebab angin, air, bukit bukau dan gunung ganang nak tolong manusia. Tambahan pula, hubngan antara semua masa tu masih baru. Tak kenal hati budi lagi. So masa tu memang sangat harmoni. Aman”

“Tapi manusia ni punyai satu kelebihan utama iaitu belajar dan adapt. Dan sifat semulajadi ini, telah berkembang dengan pesatnya di zaman Nabi Idris a.s. Dalam zaman nilah, manusia tahu pasal konsep masa, pasal konsep musim, konsep cuaca. Nabi Idris a.s ni pada kami adalah saintis. Sebab beliau mengkaji fenomena alam dan mencatatnya dalam buku-bukunya. Di masa lapang, baginda menjahit baju. Bila baju siap, baginda akan sedekahkan baju itu kepada orang yang memerlukan. Dan beliau amat gemar berpuasa. Dan pada waktu malam, beliau bermunajat kepada tuhan”

“Kelakuan beliau ini telah menarik perhatian para malaikat”

“Malaikat maut” kata Ali.

“Kau nak cerita ke, aku nak cerita ni?” tegur Abang Karkun pada Ali. Kami ketawa. Abang Karkun senyum dan berdehem negengada sebelum menyambung ceritanya.

“Korang tahu siapa malaikat maut?” tanya Abang Karkun. Kami semua menggeleng.

“Malaikat yang cabut nyawa?” kata Abu. Aku menyenggol bahu Abu.

“Betul. Dan kau tahu camana dia boleh dapat tugas tu?” tanya Abang Karkun lagi. Kami semua geleng kepala. Abang Karkun mengangkat untaian tasbihnya, menyusun bijik-bijik yang dah di masukkan setakat ini. Ali pula sibuk menyapu-nyapu lebihan tasbih berselerak yang belum masuk benang lagi.

“Ceritanya, dulu masa Allah nak jadikan manusia, dia perintah malaikat turun ke bumi dan ambil sedikit tanah untuk dijadikan badan Adam a.s. Semua yang pergi tak sampai hati mendengar permintaan tanah yang takut nak terima tugas Allah yang berat. Hinggalah Allah memerintahkan Izrail. Izrail tanpa buang masa, turun ke bumi, rentap segenggam tanah dan bawak balik ke langit.

Masa dia persembahkan tanah pada Allah, Allah tanya dia tidakkah dia mendengar rayuan tanah. Izrail jawab dia dengar, tapi dia tak endahkan sebab perintah Allah lebih agung. Disebabkan oleh ketaatan dan ketegasan inilah, beliau dipilih menjadi malaikat yang mencabut nyawa. Izrail bila dapat tugas ni, memula goyang jugak. Tapi Allah pujuk dan beritahu sesuatu yang menjamin bahawa beliau tidak akan dipersalahkan oleh manusia kerana mencabut nyawa mereka. Dan sejak manusia turun ke bumi, Izrail lah yang mencabut nyawa mereka” kata Abang Karkun panjang lebar. Kami terdiam mendengar ceritanya.

“Tapi, sekeras-keras Izrail tu, dia boleh nangis masa Nabi Idris a.s meninggal. Kau bayangkan” sambung Abang Karkun tibatiba. Kami semua menganga kekaguman macam paham sesuatu. Aku tak tahulah budak-budak ni. Aku tak paham apa, pun. Sebab apa kaitan semua ni dengan Christos Experience atau apa yang dialami oleh kami semua, terutamanya Ali?

“Iblis masa tu habis akal. Punyalah fedap sampai satu hari dia datang kat Nabi Idris a.s dan tanya soalan bodoh dan kehilangan mata kirinya. Padan muka” kata Abang Karkun lagi.

“Lepas tu tamadun manusia semakin berkembang. Masyarakat terbentuk, kota dibina dan mulalah wujud kerajaan dan ketua. Tapi lama kelamaan, manusia semakin tertarik dengan teknoloji dan pembangunan sehingga mereka lupakan tuhan. Secara biolojinya pula, akibat tumpuan dan kemahiran mereka dalam ilmu material, mereka lebih tertumpu kepada soal material. Kefahaman mereka tentang alam dan spiritual semakin tenggelam. Mereka samakan kebolehan mereka mereka bentuk dan mencorak gunung sebagai sama seperti tuhan membuat bumi, satu masa dulu walhal itu adalah penipuan syaitan. Punyalah teruk sampai mereka menyamakan diri mereka dengan tuhan. Seorang Nabi telah diutus. Nabi Nuh a.s. Semua tahu cerita baginda. Apa yang pengkaji selalu lupa ialah pada zaman Bagindalah kali terakhir manusia hidup umur panjang dan badan tinggi-tinggi. Ini bermakna, banjir yang berlaku tu, bukan banjir besar biasa. Ia memang besar gila” kata Abang Karkun sambil mendepangkan tangannya. Kami masih menganga.

Dulu-dulu Iblis boleh turun naik antara dimensi sesuka hati. Dari situ, dia mencuri dengar apa yang diperkatakan oleh para malaikat dan memanipulasi informasi tentang rencana Allah terhadap alam ini untuk menakut-nakutkan manusia, kemudian membuatkan mereka berpaling dari tauhid di saat akhir kematian mereka. Lepas peristiwa banjir besar, manusia masih ada lagi sikit-sikit pengetahuan tentang apa yang kita zaman moden panggil sebagai ilmu majik.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah ilmu magis ini digunakan untuk kebaikan pad zaman itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience