Chapter 2

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 2

“Hoi! Kalau nak lawan mata pun, jom lah masuk dalam keta dulu! Gua dah lapar, ni!” jerit Atan dari jauh. Abu dan aku tersedar dari lamunan dan kami berlari mendapatkan Atan.

Kali terakhir kami dapat berkumpul bertiga ialah dua tahun lepas time raya kat rumah mak diorang kat Negeri Sembilan. Kami sebenarnya berempat. Sorang lagi Ali. Tapi Ali ni dia islamik sikit. Lepas grad dulu, dia kerja kat KL. Lepas tu aku dengar dia heavy dengan tabligh. Pantang jumpa jer, Allah dan Rasul. Pantang jumpa jer, Allah dan Rasul. Tu yang frekuensi perjumpaan menjadi semakin kurang hingga menghampiri sifar. Lepas tu masing-masing busy dengan hal masing-masing sampailah hari ni. Harap kat Atan jerlah yang rajin datang kat rumah aku kat Bangi. Nak harapkan aku, kalau takde orang call, jangan haraplah aku nak call.

******

Berdesing kepala aku. Aku rasa bagaikan dunia ini berputar. Aku terus ke pintu depan dan bukak gril dan pintu dengan segera. Pandanganku berpinar. Terasa bagaikan ada jarum menyucuk kepalaku. Tanpa membuka kasut, aku terduduk di sofa. Aku diserang sakit kepala. Aku lelapkan mata di sofa.

Aku buka mata perlahan-lahan dan kelihatan lampu hemfonku berkelip-kelip dalam gelap. Aku angkat. Private number.

“Hello? Assalamualaikum? Sapa ni?” aku renggangkan hemfon dari muka. Nak minimakan efek radiasi gelombang hemfon pada sel-sel jerawat yang semakin mencapai tahap remaja. Dah tua-tua pun ada berjerawat, lagi.

“Cuba teka”

Ni yang aku malas, ni.

“Err, Ghafar?”

“Salah”

Sorang jer yang suka main teka-teka ni dan dia ialah …

“Hamzah?”

“Salah”

“Hehe. Malaslah aku nak meneka-neka, ni. Cakaplah. Sapa ni?”

“Hoi Amir! Ni Ali, lah” berdesing telinga aku sekejap dek jeritan Ali yang tiba-tiba.

“Hoi, Ali! Apacer?” Hemfon dialih ke tangan kanan. Aku mengorek telinga kiri.

“Hehe. Takde apa. Saja call bebudak rumah lama kita. Kau ada dengar cerita pasal Atan dan Abu?”

“Aku dah jumpa dah. Diorang apasal?” Tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah sebab tak follow-up apa cerita budak dua ekor ni. Dah seminggu dah senyap jer.

“Diorang semua jadi nak lepak rumah aku, weekend ni. Tu yang aku ingat nak ajak kau sekali, tu” Laa…Ingatkan apa tadi.

“Hujung minggu ni? Jap-jap” Aku ada apa-apa tak hujung minggu ni? Rasanya takde. Ahh. Bukan selalu keempat-empat kuasa jahat bertemu di satu tempat. Dunia bakal menyaksikan satu anjakan paradigma. Aku ketawa dalam hati.

“OK, aku set!”

“OK. Diorang semua datang rumah aku Sabtu lepas Isyak. Sekejap lagi aku SMS alamat aku kat kau”

“OK”

“OK”

“OK”

“Berapa kali OK, daaa?”

“Hehe. Blank aku kejap. Yelah. Lama tak dengar cerita, tetiba ajak datang umah. Orang cerita apa kerja sekarang ke, dah kawin ke belum, ke…”

“Kau ni tak berubah-ubah, la Mir”

“Hahaha. Kau pun sama”

“OK. Jumpa Sabtu ni”

KLIK!

Sambil mengelap minyak di skrin hemfon, aku tersenyum. Tak sabar rasanya nak bertemu mereka semua…Aku lelapkan mata membayangkan saat-saat gembira dengan kami berempat. Dan kepala aku berdesing lagi. Aku bangun dan terus mandi.

Perjalanan ke rumah Ali tak mengambil masa yang lama. Lagipun, alamat yang diberikan olehnya, tak jauh dari alamat rumah tempat kami berempat menetap semasa menuntut di Uniten, dulu. Ali ni pada kami serumah, adalah Biro Agama. Beliau banyak tau pasal agama dan secara tidak langsung bertanggungjawab dalam memastikan kami serumah solat macam orang Islam. Masa dah dekat-dekat semester terakhir, Ali mula bergiat dalam tabligh. Dan aku rasa, jemputannya pada malam ini, ada serba sedikit berbau kedakwahan. Aku tak kisah. Aku cuma gembira dapat bertemu kembali dengan teman-teman lama. Sedar tak sedar, aku dah sampai. Aku rasa ni dia sebab dia kata, rumah dia ada pokok kelapa bantut. Tulah dia.

Reunion mengejut ini sebenarnya adalah idea si Abu. Abu baru habis Master. Dia nak sambung PhD kat Ireland. Kami berempat memang rapat sampailah si Abu pegi Australia tiga tahun lepas. Lepas tu masing-masing sibuk dengan ‘kerjaya’ masing-masing.

20 minit pertama memang seronok. Kami berlumba-lumba bercerita dan mengusik masing-masing dengan usikan-usikan lama. 30 minit kemudian, kami mula berborak pasal kerja. Atan sorang jer senyap, leka main game. Dia memang camni. Kalau Abu takde, dialah paling bising. Kalau Abu ada, dia senyap jer macam Abang yang baik.

“Aku baru habis Master. Lepas ni nak sambung PhD” kata Abu memulakan. Semua memandang padanya.

“Memanglah, genius! Aku seorang lelaki” pintas Ali yang mengundang ketawa dari kami semua. Ali memang suka mengusik Abu. Walaupun Abu dah ada Master, dia tetap kena troll dek Ali.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Abu berperangai sebegitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience