Chapter 42

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 42

Ini semua kononnya, bagi memudahkan komunikasi antara dimensi.

Pada masa inilah juga fahaman Theoloji atau New Age bermula. Apa yang berlaku ialah seorang pemuda bernama Edgar Cayce telah dipilih untuk menjadi perantara antara dunia jin dan manusia. Apa yang berlaku ialah melalui Cayce, manusia didedahkan kepada ilmu yang dipopularkan pada zaman Nabi Idris a.s; apa yang kita panggil sekarang sebagai ilmu alam. Manusia mempunyai kebolehan ini secara semulajadi sebenarnya, tetapi pengetahuan tentangnya tersimpan dalam tempat rahsia dalam dirinya. Hanya dia saja yang boleh pergi, lihat dan ambil manfaat darinya. Tambahan pula, fikiran dan persekitaran manusia yang cenderung membuatkan manusia lebih tertumpu kepada dunia daripada melihat sudut hakikatnya, telah menyebabkan evolusi yang tak baik dalam perkembangan otak manusia. Kita susah nak tumpukan pada spiritualiti.

Namun kepada yang berjaya menguasai ilmu ini, mereka akan seolah punyai kuasa yang tiada terbatas seperti pembantu Nabi Sulaiman a.s; Al-Asif. Sejak tertegaknya tabir antara dunia jin dan manusia, pengetahuan manusia tentang ilmu ini telah dihapuskan. Yang diajar pada hari ini itu adalah campuran ilmu sebenar dengan modifikasi Iblis, maka secara mutlaknya ilmu itu ditolak. Tetapi memang sifat manusia yang suka belajar, dan sungguhpun ramai yang dilaknat kerananya, mereka yang masih mengamalkan jalan itu tetap juga menemui cerita sebenar walaupun dah terlambat untuk pusing balik pada masa tu.

Kalau kau perati cerita Edgar Cayce dengan teliti, dia tak berpelajaran tinggi. Tapi dia seorang kristian yang lurus. Pada satu masa, dia diserang satu penyakit yang menyebabkan dia tak dapat bercakap. Secara ‘kebetulan’ seorang ahli hipnotisme bernama Hart, membuat persembahan di pekan Cayce dan menjemput Cayce ke pentas untuk cuba memulihkan percakapannya. Di depan orang ramai, Cayce berupaya untuk bercakap semula tetapi bila dia disedarkan dari pengaruh hipnotisme, dia tak dapat bercakap. Hart terpaksa meneruskan persembahannya ke pekan yang lain tetapi seorang hipnotis tempatan, Al Layne telah berminat untuk membantu Cayce.

Melalui hipnotisme, Layne suruh Cayce menggambarkan masalahnya. Cayce (dengan membahasakan dirinya ‘kami’) beritahu yang masalah dengan tekak Cayce dapat diatasi dengan menaikkan aliran darah ke urat-urat yang terletak di kotak suara. Layne pun hipnotize Cayce suruh buat seperti yang dianjurkan dan setelah Cayce dikejutkan dari hipnotisme, Cayce boleh bercakap. Ada juga masa dimana Cayce hilang keupayaan bercakap itu tetapi ia dipulihkan semula melalui teknik yang sama.

Apabila Cayce ditanya akan apa yang diperkatakannya semasa dia bawah pengaruh hipnotis, Cayce tak pernah ingat. Malah dia sendiri tak percaya yang semua itu datang darinya, walau setelah meneliti rakaman yang dibuat. Dia semakin kuat mengamalkan agama dan menolak semua tanggapan tak baik bahawa ini datang dari syaitan.

Cayce dikatakan berupaya mengubati orang melalui tidurnya. Berikan saja nama, alamat atau nombor telefon seseorang dan Cayce akan memberikan preskripsi yang membantu dalam mengubat orang itu dan ia berkesan. Cayce tak pernah mengambil sebarang upah hasil dari perkhidmatannya dan hidup sederhana. Namun, ada masanya Cayce mengeluarkan ramalan-ramalan yang sejak penghujung 1920-an direkod dan para pengkaji mendapati ketepatan ramalannya adalah hampir 100%. Sebanyak 14000 ramalan telah dibuat oleh Cayce dan semuanya disimpan oleh badan bernama Association for Research and Enlightenment yang tertubuh diakhir riwayat Cayce.

Ramalan-ramalan Cayce sebenarnya adalah campur-aduk antara ilmu kaji cuaca, perubatan dan penipuan yang disusun agar menampakkan yang Cayce benar-benar berupaya untuk menjadi penghubung antara dua dimensi. Ketepatan ramalannya telah menarik ramai orang dan saintis dan pergerakan ini semakin lama semakin mendapat populariti. Semakin ramai mengkaji dan berminat nak mendalami ilmu ini dan semakin ramai seolah-olah berupaya mengubati orang lain. Apa yang berlaku ialah penipuan syaitan, sebenarnya. Dalam kemuncak fahaman ini, manusia dikatakan akan mendapat pengetahuan baru yang membawanya ke satu tahap kesedaran yang baru. Yang membolehkannya mempunyai keupayaan seperti ‘tuhan’.

Fahaman ini juga meramalkan akan ada seorang Guru Agung yang akan membawa keamanan dan kesatuan semua manusia. Ini semua hanyalah recycle cerita sama yang digunakan ke atas orang Yahudi satu masa dulu, cuma kali ini semua manusia dianggap suci dan berkuasa dan sama taraf macam tuhan. Dan untuk manusia berupaya menerima dan memahami kesedaran baru itu, tubuh manusia perlu disediakan untuk menerima tenaga-tenaga kosmik. Pengetahuan tentang mata ketiga, cakra dan pengembaraan alam mistik telah lama diketahui cuma tidak banyak diperkatakan sejak hukum haram bersihir telah dijatuhkan. Dalam Islam, ia dikembang dan diawasi oleh satu kelompok istimewa di bawah kelolaan terus Allah. Yang tahu kewujudan kelompok ini hanyalah Allah, mereka sendiri (yang beribu-ribu jumlahnya) dan para malaikat.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah jenis fahaman yang dimaksudkan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience