Chapter 48

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 48

Orang yang keseorangan lagi la banyak paranoia nya. Orang yang selalu bergaul, biasanya kurang sikit paranoid. Tapi ia memang ada. Dalam Islam, ia dipanggil prasangka.

Teori konspirasi mengajarkan kita agar memikirkan bahawa semua perkara dalam dunia ni dirancang oleh freemason atau illuminati atau Yahudi. Seolah-olah diorang ni takde kerja lain selain main treasure hunting dengan peminat-peminat teori ini. Klue sini, tersirat sana. Semua ini sebenarnya menjauhkan manusia dari Si Pentadbir dengan cuba memberikan penerangan yang menerangkan kejadian mistik atau pelik dalam dunia ni. Takde benda yang kebetulan. Semuanya rencana Zionis. Amenda laaa.

Semua yang berlaku dalam dunia DAN REALITI ini adalah ketentuan Allah.

Palestin di gasak kerana izin Allah.

Bosnia didera kerana izin Allah.

Peristiwa 9-11 juga berlaku kerana izin Allah.

Malangnya,penerangan akan pengajaran yang boleh kita ambil dari segala peristiwa ini tak banyak dipopularkan malah tumpuan manusia dialihkan kepada perkara-perkara yang tak berfaedah. Dan lebih malang lagi, orang yang percaya teori konspirasi ini ramai datang dari kelompok muslim (yang belajar tinggi lak tu)

Semua huru-hara dalam dunia ini diturunkan kerana amalan orang Islam yang semakin teruk. Kemungkaran dan kezaliman dibiarkan berleluasa dengan sewenang-wenangnya. Amal ibadat orang Islam semakin kosong dan takde harga. Malahan orang Islam yang MAMPU berbuat sesuatu pun, hidung mereka dicucuk kerana hati mereka ada sindrom Abu Lahab (takut kelebihan duniawi mereka di tarik balik jika mereka perjuangkan Islam). Walhal Karkun otai pun kengkadang goyang jugak nak keluar 4bulan sambut takazah meruncing kerana keperluan anak bini takde. Apatah lagi orang yang tak pernah keluar?

Illuminati?

Apparaa...

Lu dah sedia nak mati?

-Atan


******

Ini ialah mug. Sejak dari kecik, aku diajar bahawa inilah rupa sebijik mug. Mug aku cantik. Seramik dan tahan panas. Ada sudu. Ada gambar bunga. Isiknya saja yang berubah-ubah. Kadang-kadang air milo. kebanyakannya air nescafe. Aku suka minuman yang kaw.

Tapi member aku cakap, mug tu ada telinga. Dia kata mug tu ada sudu, telinga kat tepi dan ada gambar bunga. Aku yang tak pernah tengok camana rupa telinga mug, terkial-kial la cuba nak membayangkan camana rupa telinga mug dari tepi. Dan kami akan bertelagahlah sebab masing-masing tegas dengan pendirian masing-masing pasal sama ada mug tu ada telinga atau tidak pada hakikatnya.

Datang sorang lagi member kitorang, dia ketawakan kitorang. Dia kata mug tu mana ada gambar bunga. Dan telinga tu bukan kat tepi, tapi kat depan. Dan kitorang pun main gado-gado.

Last-last, barulah kami tau bahawa kami sedang membincangkan tentang sesuatu yang sama, tapi dari sudut yang berlainan.

Dan semua aktiviti di atas, membuatkan kami terpikir bahawa, sudut pandangan peribadi kami ini, hanyalah salah satu dari spektrum yang menerangkan secebis dari keseluruhan kebenaran. Ada yang tengok dari sisi. Ada yang pandang dari depan. Ramai juga yang perasan, pandang dari atas. Dan kelamaan kami mengakui kepelbagaian perspektif ini namun, kami tetap tertanya-tanya: apakah hakikat mug ini sebenarnya? Apakah penting kita mengetahui akan sifat lahiriah mug itu sebelum mengguna seraya menghargai kebergunaannya? Atau perlukah kami mendalami ilmu pembuatan mug itu sendiri? Atau adakah mug ini akan lebih gempak jika dibuat dari stainless steel? Camana rupa telinga tu nantik? Boleh pakai sudu yang sama ke?

Tengah sibuk-sibuk hairan dengan mug, tiba-tiba si Pencipta ganti mug tu dengan mangkuk pulak.
Barulah kami tahu bahawa, jangan buang masa sangat dengan benda-benda ni sumer. Kalau banyak sangat masa, kenalilah si Pencipta itu sendiri.

-Abu

******

Kita dah tau dengan solat, kita ada direct contact dengan Allah, tuhan sekalian alam. Pentadbir realiti ini. Dan Kita juga tahu, Allah lah yang menyelesaikan masalah. Makhluk takde kuasa, Allah saja yang Maha Kuasa untuk menggerak atau mengubah sesuatu.

Bayangkan kita suatu pagi, sedang menikmati pagi sebab kita tahu, harini walaupun ada kerja nak kena buat dan agak busy sikit, Insya Allah takde masalah. Tiba tiba masa kita baru nak meneguk minuman kita, henpon berbunyi dan dapat call dari seorang kawan yang mintak bantuan. Katanya dia terkandas kat RnR Seremban, beg galas yang mengandungi wallet dah kena kebas masa dia kat musolla tadi. Yang tinggal cumalah henpon dan kredit tinggal beberapa sen.

Kita pun mula mencongak berapa duit yang ada dalam simpanan dan saku kita dan mula berpikir camana nak tolong member tadi, walaupun dari background kedengaran suara setan menyuruh kita suruh member tu mintak bantuan dari ahli keluarga dia dulu dan kita dah nak gerak dahni, nak pegi ambik anak kat umah mentua, atau memutuskan talian dengan berpura-pura takde line.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah kesinambungan ceritanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience