Chapter 3

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 3

“Aku kerja kat kilang semikonduktor, jer” kataku setelah ketawa reda dan momentum perbualan kelihatan semakin perlahan. Atan mengerling padaku.

“Abam injinier, ler ni?” usik Ali kepadaku pula.

“Kau asyik usik orang jer. Kau kerja apa?” tanya Abu kepada Ali.

“Aku kerja sendiri. Jual prodak soya.”

“Ohh, patutlah muka macam orang tabligh. Lu tabligh lagi ke?” sampuk Atan. Semua diam sebab sedar, Atan sudah salah cakap. Atan sambung balik main game. Habis laaaa…

“Tabligh is my way of life, maa. Tapi aku dah takdelah extra joss macam dulu” Ali buat thumbs-up dengan jarinya. Fuh, nasib baik dia tak masuk ke bahagian cerita tabligh dia. Kalau tak, selamatlah malam Sabtu ni…Aku pandang jam dinding.

“Kau Tan? Kau apacer?” tanyaku pada Atan, bagi mengalihkan tumpuan kolektif. Atan ngan Abu ni anak orang kaya. Tapi dia taklah belajar tinggi macam Abu. Atan belajar tahap Diploma jer dan sekarang kerja dengan bapaknya. Kalau diorang kerja jual pau kacang kat Puduraya pun, aku saspek diorang boleh survive sebab duit dari bapak diorang jer boleh tampung dua keturunan. Kalau tak boros, laa.

“Gua nak cari teman hidup” jawab Atan dengan muka series sambil memandang ke tingkap. Kami semua senyap seketika, cuba menghadam kata-kata dan aksi Atan yang sungguh mendalam.

Kemudian kami ketawa.

Selain dari aktiviti bertukar cerita pasal apa yang masing-masing buat sejak grad, takde apa yang menarik sangat. Sampailah masa Ali menegur Atan yang dok menguap-nguap sekembalinya dia dari dapur membawa jag kopi batch yang kedua.

“Kan best kalau ada dam” kata Atan tiba-tiba.

“Kau isap lagi ke, benda tu?” tanya Ali dengan muka series. Aku berpandangan dengan Atan. Lagi sekali Atan salah cakap. Haishhh. Tiba-tiba aku rasa macam nak ke dapur pulak. Aku bilang jumlah gelas. Manalah tau tak cukup satu ke. Ali memang pantang bab-bab isap dadah ni. Padanya, asap-asap ni budaya setan. Ubat nyamuk pun dia tak kasi kitorang pakai masa time U dulu.

“Jika menghisap marijuana bertujuan untuk khayal, yakni berada dalam alam fantasi, maka aku ada satu aktiviti yang lebih menarik” kata Abu sambil berdiri seolah telah menemui penemuan yang baru. Dia memandang kami semua, menunggu kami bertanya. Kami semua senyap, memandang sambil menunggu dia nak mengongsikan ilmunya.

“Well? Apa dia?” sentak di Atan, menyedarkan semua dari lamunan. Ali ketawa sambil menepuk bahuku.

“Christos Experience” (CE)

Semua menganga.

******

Atan sedang berbaring. Aku duduk di bahagian kaki sementara Ali di bahagian kepala. Abu sebagai orang yang ‘pakar’ dalam bidang ni, akan jadi ‘Guide’ yang akan ‘membimbing’ Atan.

“Mula-mula kau tutup mata dan selesakan diri” Kata Abu memulakan sesi Christos Experience kami. Abu mengisyaratkan kepada Ali dan aku untuk memulakan tugas kami. Aku di bahagian kaki, bertugas mengurut kedua-dua tumit kaki Atan. Ali pula mengurut dahi, di kawasan ‘mata ketiganya’.

“Apa yang kau rasa?” tanya Abu kepada Abangnya itu.

“Biasa jer”

“Cuba relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus keluar perlahan-lahan” kata Abu dalam suara yang menenangkan. Tetiba aku rasa macam nak menguap. Aku berenti mengurut kaki Atan dan gunakan tangan kanan nak kaver mulut nak menguap.

“Gua rasa macam badan gua ringan, lah. Hmmm” Kata Atan setelah dua minit berlalu. Abu buat muka tak heran.

“Sekarang, cuba visualize kaki pulak. Nampak?” Kata Abu dengan muka yang semakin series nampaknya. Aku cuba focus. Aku picit kekuat tumit Atan.

“Jap-jap” kening Atan bercantum. Dia cuba fokus agaknya.

“Kau jangan terkentut, pulak Tan!” kata Ali tibatiba. Semua ketawa. Atan membuka matanya dan duduk. Abu menepuk bahu Atan, menghalangnya dari bangkit dari baringnya.

“Sekali lagi” kata Abu. Atan tutup matanya. Aku urut tumit Atan perlahan-lahan ala-ala urutan santai, gitu.

“OK-OK, gua dah nampak” kata Atan.

“Nak kena clear betul ke, atau lebih kurang jer?” tanya Atan. Aku dan Ali berpandangan kepada Abu. Tanganku dah naik lenguh mengurut kaki si Atan, ni…

“Takper. Cuba visualize bahagian kaki sebaik yang mungkin. Dah nampak?”

“Dah” jawab Atan.

“Sekarang, bayangkan kaki tu, memanjang. Cuba bayangkan badan Along berkembang, dengan kaki memanjang ke bawah. Pedulikan dinding atau sebagainya. Just focus pada kaki yang memanjang…”

“Eh! Eh! Kaki gua panjang, sial! Eh? Eh? Camana, ni Ngah?” kata Atan tiba-tiba dalam suara cemas tapi teruja. Matanya masih terpejam. Kedua tangannya menggenggam. Abu mengisyaratkan agar Ali dan aku menghentikan urutan kami. Alhamdulillah. Aku letup-letupkan ruas dalam kelegaan tapi risau jugak tengok si Atan yang macam dalam keadaan cemas kat depan aku ni.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang mereka cuba bayangkan sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience