Chapter 22

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 22

Glaskin terkejut apabila mendapati bahawa teknik itu berjaya dilakukan dengan hampir kesemua subjeknya, sehingga membawa kepada terbitnya hasil beliau pada 1976 berjudul “World Within” yang menceritakan tentang pengalaman beliau dan rakan-rakannya semasa mendalami teknik ini. Kemudian cerita Glaskin dan Parkhurst dalam pengkajian Christos Experience ni berenti sampai situ ajer hinggalah disambung semula oleh seorang profesor dari Edinburgh Universiti yang bernama Alastair Mcintosh.

Mcintosh mendapati, Christos Experience adalah teknik untuk merangsang altered state of consciouness (ASC). Dari sejumlah eksperimen dan pemerhatiannya, beliau mendapati bahawa teknik ini berupaya untuk merangsang gelombang otak untuk berfungsi dalam frekuensi yang biasanya wujud dalam keadaan tanpa kesedaran (atau tidur). Melalui ilmu psikoloji yang ada pada masa itu, beliau mendapati terdapat tiga teori utama yang mungkin menerangkan, apa yang sedang berlaku dalam eksperimen ini.

Pertama ialah lucid dreaming. Lucid dreaming ialah keadaan dimana seseorang sedar semasa dia sedang bermimpi. Malah ada dalam beberapa kes, subjek dikatakan berupaya untuk mengawal pergerakan atau kesudahan mimpinya. Imej yang dilihat semasa dalam lucid dreaming adalah sangat real, walaupun realiti tidak terbatas dalam apa yang mungkin dilihat. Semasa ia berlaku, gelombang otak dilihat berfungsi pada frekuensi antara tiga belas ke sembilan belas Hertz, membuatkan kenaikan aktiviti neuron di parietal lobe, yang menjelaskan mengapa mimpi sebegini dapat diingati.

Kedua ialah apa yang dikenali sebagai ‘Peak Experiences’ (PE). PE ni ialah sejenis pengalaman individualis yang ekstatik, yang biasanya berkaitan dengan perasaan euforia, harmoni dan kesatuan. Menurut Mcintosh, beberapa subjek wanitanya cenderung untuk ‘masuk’ ke dalam beberapa ‘identiti ’ yang pada realitinya berbeza dengan sifat atau identiti subjek. Walaupun pengalaman yang dialami oleh para subjek mungkin subjektif, tema yang cuba disampaikan oleh setiap identiti yang ‘berjaya ditemui secara kebetulan’ itu semasa komunikasi terbina, menunjukkan konsistensi. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya tapi Mcintosh mengkalsifikasikannya sebagai PE kerana jumlahnya yang banyak.

Ketiga dan yang paling biasa ialah out of body experience (OBE). Benda ni pulak ialah sensasi dimana seseorang merasakan dia terapung di luar badannya dan dalam kebanyakan kes, berupaya mengembara dalam ruang dan masa. Dari apa yang aku baca, kajian Mcintosh banyak berkisar ke arah yang bahagian ini. Apa yang menarik tentang OBE ialah, apa yang dialami oleh subjek, boleh dianggap berlaku dalam ruang dan masa yang sama dengan realiti. Ada banyak senario di mana Mcintosh berpeluang menyaksikan subjek berupaya untuk menerangkan apa yang sedang dilakukan oleh orang di bilik sebelah atau seseorang yang berada jauh dari tempat subjek. Hatiku berdebar-debar. Mungkin inilah yang berlaku pada aku!

Sama juga seperti Glaskin dan Parkhurst, Mcintosh tidak meneruskan usahanya dalam mendalami ilmu Christos ni. Aku mengagak mungkin kerana pada ketika itu, dunia dah masuk ke zaman 80-an dan gerakan industrialisasi dan kapitalisme semakin mencengkam hingga membuatkan minat, tumpuan dan dana dalam kajian telah dialihkan kepada sesuatu yang lebih realistik seperti ilmu fizik dan sosioloji.

Ada juga beberapa artikel dari blog dan forum menceritakan pengalaman mereka yang telah melakukan eksperimen ini. Ada yang skeptik, ada yang mencari jawapan realistik, ramai juga percaya ini semua punyai erti mistikal. Penjelasan puak yang pro ialah Christos experience membuka dan menghubungkan minda kita kepada kehidupan kita yang lepas, atau untuk ke satu dimensi yang belum difahami oleh manusia. Puak yang anti pula mengatakan yang ini semua hanyalah mainan para hippies dan anti-establishment untuk melemahkan kemajuan dunia. Satu dakwaan yang menarik ialah mereka mendakwa bahawa pengalaman yang mereka perolehi dalam Christos Experiment, telah sedikit sebanyak membantu mereka dalam masalah peribadi mereka. Mereka kata, semuanya menjadi semakin jelas setiap hari dan mereka kini telah jadi manusia yang lebih menghargai kehidupan daripada asyik sibuk bersedia nak mati dengan mengumpul segala bekalan keduniaan.

Aku tak sempat nak meneruskan kajian aku pasal benda ni sebab Ali ajak pegi masjid tu sebelum maghrib, kononnya nak dengar kuliah Maghrib sekali. Kami yang sedang berada di rumah dia walaupun terdapat riak-riak pemberontakan, terpaksa juga akur.

Kami tiba di masjid time orang dah solat. Sib baik sempat join. Lepas solat dan wirid, kami duduk sekali mendengar bayan dari Abang Karkun. Abang Karkun ialah yang paling tua antara jemaah yang terdiri dari student. Beliau kelihatan macam seseorang yang berumur dalam lingkungan 25-30an, berkulit cerah dan berwajah ceria. Senyuman sentiasa di bibirnya hinggakan aku perasan yang aku lebih banyak leka tengok dia tersenyum dari dengar ceramah dia. Dia cerita pasal rasa syukur dapat keluar tabligh pada malam ni dan juga serba sedikit pasal tugas ummat Nabi Muhammad SAW yang buatkan leherku lembut dan kepalaku tertunduk. Secara automatik.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience