Chapter 6

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 6

Instead, benda-benda tu bergerak (ada laju, ada perlahan) kejap dari kiri ke kanan, kejap dari kanan ke kiri. Aku sesat.

“Sekarang, bayangkan kaki kau” suara Abu tiba-tiba kembali jelas. Seakan bergema. Dan seraya keterkejutan itu juga, outline imej sepasang kaki mula terbentuk dalam kegelapan itu. Aku mengadjust fokus retinaku nak meneliti bayangan kaki tersebut. Tapi masih kabur. Dahla benda-benda lutsinar dok lalu-lalang depan mata, ni.

“Nampak?” suara Abu bergema lagi. Aku perasan yang aku tak dengar apa-apa selain suara Abu ajer. Dan suaranya seolah datang sama ada dari belakang atau atas aku. Aku pun tak berapa pasti sebab semuanya gelap. Aku mengetatkan tutupan mataku. Percikan bintang dan bunga api meledak sekejap dan hilang kembali. Dan sebaik titisan-titisan cahaya merah itu hilang, aku nampak kakiku. Berselipar. Aku tak pelik sebab aku tau, ini hanyalah bayangan. Kan aku sedang terbaring dalam ruang tamu rumah Ali?

“Bayangkan kaki kau semakin panjang ke bawah” kata suara Abu. Aku fokus pada kakiku. Aku cuba wujudkan perasaan seolah kakiku memanjang ke bawah. Tak Berjaya. Dua tiga kali aku cuba.

“Tak reti, laa” kataku.

“Kau bayangkan kau sedang lihat kau terbaring dari jauh. Dan kau hampiri tubuh kau tu dan fokus pandangan kau pada bahagian kaki. Nampak?” arah suara Abu.

Bila Abu kata bayangkan aku nampak badan aku, terus ajer aku ternampak outline tubuh seseorang sedang terbaring dalam gelap dengan kepalanya kea rah ke kiri. Aku nampak mamat tu kejap jelas, kejap lutsinar, kejap hilang, kejap berwarna-warni macam video ‘aura’ yang orang post kat youtube tu. Aku ikut cakap Abu dan tanpa sempat melihat wajah siapa, pandanganku terus zoom ke bahagian kaki.

“Dah”

“Ni adalah dunia dalam minda kau. Ia tak tertakluk pada batasan fizik atau lojik. Sekarang, bayangkan kaki tu memanjang perlahan-lahan ke bawah”. Sebaik Abu menghabiskan ayatnya, aku nampak kaki mamat dalam bayanganku itu memanjang perlahan-lahan ke kananku. Aku tak berapa jelas transformasi pemandangan tu bermula dari tumit atau betis tapi yang nyata, aku nampak kaki mamat ni, memanjang perlahan-lahan.

“Dah…Kot?” Aku terdengar suara orang yang macam aku kenal, ketawa di kejauhan.

“Sekarang, bayangkan kaki itu kembali ke bentuk sediakala” kata suara Abu dengan jelas di celah gema-gema ketawa tadi. Aku fokus pada kaki mamat tadi dan ia dah kembali ke bentuk asal. Aku nampak mamat tu terbaring macam mula-mula tadi.

Abu buat latihan panjang-pendek melalui kaki tu sampai aku boleh control pemanjangan tu secara semulajadi. Aku mula rasa seronok.

“Sekarang, kau bayangkan kau buat benda yang sama dari kepala” kata suara Abu bergema lagi. Perasaan seronok ku hilang dan pandanganku menjadi gelap seketika. Aku kembali membayangkan ‘tubuh aku’ semula.

“Kau rasakan kau semakin panjang ke atas dari kepala” Aku mengerutkan keningku. Memang betul cakap Atan tadi. Ni susah sikit.

“Ni susah sikit”

“Takpe. Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran…” kata suara Abu yang kedengaran sungguh menenangkan. Serentak dengan itu, aku seolah boleh rasakan denyutan jantungku kembali perlahan, nadi jadi stabil dan aku kembali ke perasaan berbaring atas lantai. Aku fokus kembali dan dengan tak semena-mena, aku rasa macam kepalaku mengembang. Ke belakang.

“Abu, aku rasa kepala aku macam mengembang ke belakang, la. Ye. Aku rasa macam ia semakin memanjang dan makin masuk ke dalam tanah”

“Takpe. Yang penting sekarang, belajar control time dia mengembang dengan normal. Sekarang, cuba buat kepala kau kembali ke bentuk asal” kata Abu. Aku tarik nafas dalam. Dan perlahan-lahan aku rasa kepalaku kembali ke bentuk asal. Bagaikan perasaan bawak motor lelaju dan berhenti mengejut menggunakan brek depan.

“Dah”

Aku tak ambik masa yang lama nak mahirkan diri dengan proses pemanjangan dari kepala setelah melalui perasaan tadi. Lepas tu Abu guide aku dalam proses memanjangkan diri dalam dua arah berlainan dengan serentak. Aku berjaya dan perasaannya amat luar biasa. Aku semakin teruja.

“Baiklah. Sekarang kau bayangkan kau sedang berdiri depan pintu” kata Abu. Dan sebuah pintu terbentuk semasa Abu sedang bercakap. Ia adalah pintu depan rumah sewa aku.

“Dah”

“Cerita apa yang kau nampak”

“Aku rasa aku sedang berdiri depan pintu. Pintu depan rumah aku. Aku nampak gril warna hitam. Kunci gril ada kat lubangnya. Ia separuh terbuka. Aku nampak boot bola aku dan selipar surau…”

“Apa warna pintu tu?”

“Biru cair. Aku nampak ada kad banci yang dah lusuh, melekat kat sebelah nombor rumah. Tujuh belas”

“Cuba pandang sekeliling pintu. Apa lagi yang kau nampak?”

...bersambung

Bab akan datang:

Apa kena-mengena dengan rumah itu dan bayangan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience