Chapter 20

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 20

Dia menarik lembut lengan kiriku ke satu bahagian masjid yang agak tersembunyi dari happening yang berpusatkan Ali.

“Kenapa dengan Ali, bang?”

“Hmm. Camni. Tadi masa kami duduk berkumpul nak mesyuarat pasal aktiviti keluar kali ini, Ali tiba-tiba meraung-raung dan meracau-racau. Saya tak pastilah kenapa, tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas kita bacakan ayat-ayat suci, Ali kembali tenang” kata Abang Karkun dengan senyuman. Dia memandang tepat padaku. Entah kenapa, pandangannya kurasa sinikal dan tajam. Aku mengalihkan pandanganku ke arah Ali di kejauhan. Kelihatan dia menolak-nolak tangan bebudak student jemaah yang cuba nak mengurutnya.

“So, Ali dah ok ke tak ok, tu bang?”

“Itu yang saya nak tanya kat awak, ni. Malam tadi awak tau kalau Ali ada buat apa-apa? Atau pegi mana-mana?” tanya Abang Karkun.

“Malam tadi, kami melepak kat rumah dia. Kami berempat. Tapi lagi dua tu balik rumah diorang. Saya yang lepak rumah dia sebab nak hantar dia ke sini, pagi ni” jawabku dengan panjang lebar macam orang bersalah.

“Awak ada nampak apa-apa yang ganjil pada Ali malam tadi?” tanyanya lagi. Aku mula tak sedap hati.

“Kenapa Abang tanya macam tu?” Aku dah malas nak main defensive. Aku tukar kepada taktik offensive pulak.

“Takdelah. Ali meracau-racau tu sebab ada benda yang masuk dalam jasad dia” kata Abang Karkun dengan muka selamba. Aku hampir terkebelakang mendengar kata-katanya. ADA BENDA MASUK?

“Benda camana tu, bang?” Entah kenapa dadaku mula berdebar-debar. Aku mula perasan, dadaku selalu betul berdebar-debar sejak dua tiga menjak ini.

“Benda halus. Nasib baik benda tu makhluk yang kira tahap, camana nak cakap, ye…Tahaaappp orang asli, lagi laaa” kata Abang Karkun dengan wajah yang seakan cuba mengingatkan sesuatu.

“So, benda tu dah keluar, lom?” Aku tak percaya aku sedang borak pasal benda ni, sekarang. Dengan seorang mamat tabligh. Kat dalam masjid. Bukan syirik ke apa?

“Dah. Tapi, kena jugak ambik tau. Kat mana Ali boleh dapat dan camana benda tu boleh masuk” tiba-tiba, telingaku terasa berdesing. Dadaku bergerak laju tapi dalam ritma yang memabukkan. Aku rasa macam nak pitam.

“Saya rasa saya tau” kataku tiba-tiba setelah sedetik dua dalam kesunyian. Abang Karkun memandang tepat padaku.

“Christos Experiment”

******

Aku tak banyak tanya Ali, apa yang dah berlaku padanya. Muka dia pun pucat semacam. Macam dah tengok hantu. Dia cuma kata dia lapar. Aku pikir nak singgah mekdi, tapau apa-apa dan makan dalam keta ke apa, tapi dia tak setuju. Dia nak makan nasik, katanya. Kami pun berhenti di sebuah kedai makan nasik campur.

Aku ambik nasik setengah, tapi Ali punya nasik menggunung. Lapar gila? Bukan masa nak datang masjid tadi dah makan nasik lemak dengan aku, ke? Eh?

“Lapar gila, Li?” usikku sambil senyum, tak mau dia tersinggung kea pa.

“Memang. Rasa macam seminggu aku tak makan” katanya sambil terus memilih lauk. Aku tergamam. Seminggu? Aku takdelah tanya lebih-lebih selepas brader kat belakang aku tolak-tolak suruh cepat sikit ambik lauk.

Masa makan, aku ushar jer Ali. Apa yang Abang Karkun cerita kat aku tadi, berputar-putar dalam kepala aku. Takkan Abang tabligh tu kencing aku, memain kata ada hantu masuk dalam badan Ali? Aku cubit tangan kiri Ali masa dia tengah leka mengunyah.

“Adoi!” katanya. Dia memandangku hairan.

“Ni Ali, kan?”

“Appara kau ni? Ye, laa. Kalau bukan aku, sapa lagi?” jawabnya sambil menahan mulutnya dari menyembur masa menjawab soalan bodoh aku.

“Takdelah, pelik benar aku tengok kau makan”

“Lapar, laa…” katanya sambil menyuap segumpal nasi lagi ke dalam mulutnya. Beri-ia betul Ali mentekedarah.

“Tadi kau kata kau seminggu tak makan?”

“A’ah” katanya tanpa mempedulikan soalan aku sebab dia sedang nak capai gelas minuman. Tercekik agaknya.

“Apa seminggunya? Bukan pagi tadi kita baru makan nasik lemak?”

Ali yang sedang meneguk air sirap, tiba-tiba terhenti. Dia termenung jauh. Ali pandang aku.

“Eh, betullaah. Aku pun rasa macam baru makan nasi lemak” katanya sambil menggaru kepala. Keningnya bercantum. Ali kelihatan series. Tapi tangannya masih menyuap.

“Tulah aku cakap” aku memancing tapi Ali tak menjawab. Dia terus mengunyah makanannya tapi aku nampak dari raut wajahnya, yang dia sedang memikirkan sesuatu.

Dalam keta, setelah Ali kelihatan kembali bertenaga, dia mula bukak mulut:

“Kau tau malam tadi masa kita buat eksperimen si Abu, tu…”

“Christos Experience”

“Haa…Masa aku nak ‘dive’ tu, kedua-dua tangan aku ni, kena pegang dari belakang” kata Ali sambil buat gaya macam ayam nak mengepak.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah dunia khayalan mereka memberi kesan pada diri mereka di dunia realiti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience