Chapter 36

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 36

“Patutlah kau stay dengan tabligh” kataku pada Ali.

“Tu baru sikit, tu bro” kata Ali merangkul leherku dan kami semua menuju ke dalam masjid.

******

Lepas solat Asar, kami join jemaah tabligh buat acara melawat dari rumah ke rumah tu. Lepas setel, semua berjemaah maghrib di masjid dan terus dengar ceramah lepas Maghrib sampai Isyak. Lepas Isyak, kami menyertai jemaah makan talam. Lepas makan, kami terus ke port belakang masjid. Abang Karkun masih dalam masjid sebab dia layan ada pakcik yang macam berminat nak join tabligh. Sementara menunggu dia, kami bercerita tentang pengalaman kami semasa melawat rumah ke rumah petang tadi. Lebih kurang setengah jam kemudian, Abang Karkun pun datang denagn dulang berisi jag dan gelas.

“Orang tabligh, time-time camni kita lepak layan chai” katanya. Dia menuangkan air teh tarik ke dalam gelas-gelas dan Ali membantunya membahagi-bahagikan minuman. Aku teguk sedikit.

“Sedap gila!” kataku.

“Alhamdulillah. Dengan izin Allah” kata Abang Karkun merendah diri.

“Abang Karkun memang terer bab buat teh tarik, ni” kata Ali.

“Chai, laa” kata Abang Karkun ketawa.

“Oh, ok. Chai” kata Ali ketawa jugak. Atan buat muka blank.

“Chai tu apa?” tanyanya.

“Chai tu teh tarik, laa. Orang kat Chennai panggil dia, chai” jawab Ali.

“Minum-minum. Kang tumpah kang” kata Abang Karkun. Kami semua melayan kelazatan teh tarik Abang Karkun. Lepas tegukan masing-masing, semua terdiam tak tau nak buat apa. Nak isap rokok, Abang Karkun ada. Nak suruh dia sambung cerita, tak tau nak mula dari mana. Abang Karkun pun cuma diam melihat langit. Aku pun tengok langit. Malam tu takde bulan. Langit takde awan. Kelihatan bintang-bintang serta kelipan lampu dari kapal terbang di kejauhan.

“Dulu masa kecik-kecik aku selalu tertanya-tanya, ada tak alien kat luar sana” kata Abang Karkun memecah kesunyian.

“Ada ke alien, bang?” tanya Atan.

“Alien memang ada. Tapi diorang bukan kat luar sana. Diorang ada kat bumi ni” kata Abang Karkun. Kami semua terkejut.

“Biar benar, bang?” tanyaku pula. Abang Karkun tersengih sambil mendengus.

“Di dalam alam fizikal ni, apa yang kita nampak, tu lah dia. Mana ada alien kat hujung universe sana. Tapi, makhluk dari dimensi lain, memang ada” katanya.

“Jin?” kata Abu.

“Dan malaikat” sambung Abang Karkun. Kami semua senyap. Dia memandang ke langit semula.

“Kalau nak cerita, tak tau mana nak mula, tak tau pula bila habisnya. So, jangan buang masa. Aku tau korang ada soalan lagi. Hah? Apa dia?” kata Abang Karkun mengangkat gelasnya. Kami semua excited.

“Kita kat mana tadi? Nuklear, kan? Diorang ada teknoloji nuklear ke? Ada, jawapannya. Begitu juga dengan macam-macam teknoloji lagi yang amat berguna untuk manusia”

“Series ke bang?” tanya Ali.

“Laa. Camnila. Aku dah dapat kebenaran nak tunjuk kat korang, sebenarnya. Itupun, kalau korang dah bersedia” bergema suara Abang Karkun sebab dia cakap masa gelas berada kat bibirnya.

“Tunjuk apa, bang?” tanya Atan.

“Majik” kata Abang Karkun.

“Majik?” kata Abu dan aku serentak. Kami berpandangan sesama kami.

“Minum air dulu. Tak banyak lagi tu. Kang membazir, semut” kata Abang Karkun sambil mengajukan gelasnya kepada gelas-gelas kami yang bersusun atas dulang. Kami terus ambik gelas masing-masing.

“Jauh nak berjalan, ni. Kang haus, kang” katanya lagi.

******

Abang Karkun, Ali, Atan, Abu dan aku. Kami semua dah ambik wuduk. Suasana gelap. Budak-budak jemaah tabligh yang lain dah sepatutnya tidur. Kami semua duduk dengan sekeliling sebuah meja kecil di belakang masjid. Sesekali kedengaran bunyi katak dan cengkerik dan burung wakwak kat semak belakang masjid ni.

Abang Karkun suruh kami mengucap dan beristighfar. Kemudian suruh kami berselawat. Lepas tu, dia suruh kami semua baca Al-Fatihah sambil tutup mata. Terus menerus baca sampailah dah sampai.

“Dah sampai mana, bang?” tanya Atan.

“Kau akan tau, nantik. Dah. Cepat. Mula baca sekarang” kata Abang Karkun tersenyum. Aku pun lelapkan mataku dan semua menjadi gelap gelita. Aku terdengar sosek-sosek budak-budak ni baca surah masing-masing. Aku pun mula baca surah Al-Fatihah.

Bila sampai ‘ihdinas sirotol mustaqeem’, tiba-tiba aku rasa macam ada cahaya terang menyala. Aku tutup mata tapi kadang-kadang masa tutup mata pun kita boleh beza lagi kat luar tu gelap atau terang. Dan sekarang, aku konfiden yang kat luar tu rasa macam terang. Aku diamkan dulu. Aku terus baca Al-Fatihah.

Masuk Al-Fatihah ketiga, aku dah tak boleh tahan. Dah naik kejang kelopak mata aku cuba pejamkan serapatnya tak bagi cahaya terang tu masuk. Tapi aku gagal. Aku terus fokus nak abeskan surah tapi tak boleh tumpu.

“Bang. Saya tak boleh tahan nak bukak mata, laa” terdengar suara Atan tiba-tiba.

“A’ah bang. Saya rasa macam terang jer kat luar sana” kataku pula.

“Baca Al-Fatihah. Habiskan tiga kali” jawab suara Abang Karkun pula. Dan aku pun sambung balik bacaanku.

“Dah habis baca kali ketiga, bukak mata pelan-pelan” kata Abang Karkun lagi. Aku pun cepat-cepat habiskan bacaanku. Tapi bila nak bukak, macam takut-takut pulak.

“Angah, kau dah bukak mata belom?” kata suara Atan. Senyap. Abu tak jawab.

“OK. Baru abes. Aku tak berani nak bukak, laa. Camner ni Long?” kata Abu pula. Aku beranikan diri. Aku bukak mata perlahan-lahan. Dan cahaya terang berwarna putih, menerjah retina mataku.

Aku lihat aku seolah-olah terapung dalam ruang berwarna putih yang takde lantai, dinding siling atau horison. Kat depan aku adalah Atan dan Abu sedang memejamkan matanya dan sebalah kiri aku ialah Ali dan Abang Karkun sedang ketawa memerhatikan Atan dan Abu yang berdiri.

“Ngah, kau dah bukak mata belom?” kata Atan dengan suara terketar-ketar. Aku ketawa besar. Atan yang masih memejamkan matanya, berpaling ke arah suaraku.

“Amir? Kau dah bukak mata, ke?” tanya Atan.

“Dah, la. Bukak je lah mata tu” kataku. Aku lihat Atan dan Abu bukak mata diorang perlahan-lahan. Lepas tu diorang menjerit dan melompat-lompat macam budak-budak. Abang Karkun dan Ali perati ajer gelagat adik beradik dua ekor ni.

“Wah! Cool siot!” jerit mereka berdua sambil terlompat-lompat. Aku memerhati sekeliling.

“Macam The Matrix jer bang?” kata Ali.

“Lebih kurang, laa” jawab Abang Karkun sambil tersenyum. Aku masih lagi melihat-lihat sekeliling. Yang ada Cuma Atan dan Abu sedang terlompat-lompat main kejar-kejar sesama mereka di kejauhan.

“Kita kat alam ghaib ke ni bang?” tanyaku.

“Salah satu dari lapisannya” jawab Abang Karkun.

“So, kenapa Abang bawak kitorang kat sini?” tanya Ali. Atan dan Abu dah kembali dalam keadaan termengah-mengah. Abang Karkun menyuruh mereka bertenang.

“Kat mana kita sekarang tak penting. Yang penting sekarang ialah apa yang aku kena bagitau kat korang ni, tak boleh diketahui oleh mereka” mula Abang Karkun.

“Mereka? Siapa mereka?” tanya Abu.

“Musuh kita, laa. Spy diorang ada di mana-mana, walhal dalam diri kita pun. Tapi sekarang ni, kita berada di alam roh. Alam rahsia. Spy diorang habis sampai ke jasad kita jer. Dia tak tau apa yang ada dalam hati atau roh kita. Itulah sebab kenapa perbincangan ini harus dibuat dalam alam roh”

“Sapa yang suruh bagitau, bang?” tanya Ali pula.

“Sapa lagi?” tanya Abang Karkun semula padanya. Dia angkat-angkat kening pada Ali.

“Apa yang Abang kena bagitau?” tanyaku pula.

“Apa yang korang nak tau?” tanya Abang Karkun semula. Aku terdiam. Abang Karkun menyeluk tangan kirinya ke dalam jubah. Dia seolah mencari-cari sesuatu. Kami saspen.

Tak sampai seminit kemudian dia mengeluarkan tangannya semula perlahan-lahan. Benda tu digenggamnya erat. Kemudian dia seolah ‘mencurahkannya’ pada tangan kanannya pula.

“Ali, kau tolong aku” kata Abang Karkun. Ali hampir padanya. Abang Karkun meletakkan benda yang dalam tangannya tadi ke dalam kedua tangan Ali yang menadah. Kemudian Abang Karkun buat isyarat dengan jari telunjuknya seolah memanggil sesuatu. Dan dengan tak semena-mena, sebuah meja makan siap dengan kerusi yang diperbuat dari marmar, wujud di depan kami. Kami terkejut dengan kehadiran meja tersebut. Atan nyaris nak jatuh ke belakang. Sambil tersenyum, Abang Karkun suruh Ali taruk benda dalam tangannya tadi atas meja. Barulah kelihatan yang benda itu adalah tasbih yang talinya dah putus. Berterabur bijik tasbihnya. Dia menyeluk sakunya kembali.

“Ali, kau tolong aku masukkan bijik tasbih tu. Putus pulak tadi. Dalam poket aku ada lagi ni. Jap” kata Abang Karkun sambil mencari tinggalan biji tasbih dalam kocek kiri jubahnya. Kami menghampiri meja dan duduk di kerusi masing-masing. Aku perhatikan meja marmar depan aku. Ia adalah marmar bulat besar berwarna biru, yang diukir dan digilap hingga berlicin bercahaya, dengan biji-biji mineral berwarna-warni tertanam dalamnya. Aku leka dengan kecantikan meja tersebut. Begitu juga dengan Abu yang lebih terpegun dengan kerusi, nampaknya. Kerusinya pula tinggi, dengan kusyen empuk bersalut baldu berwarna hijau zamrud. Aku menggeleng-geleng kepala melihat apa yang ada depan mataku.

“Haa? Apa lagi? Cerita, laa” kata Abang Karkun yang sibuk menyusun biji tasbih dengan Ali. Ali kelihatan amat serius kat tepi sana.

“Adakah kita dah mati?” tanya Atan. Kami semua pandang Atan. Atan angkat bahunya. Abang Karkun ketawa.

“Aku suka kau ni” kata Abang Karkun.

“Dulu-dulu manusia punyai teknoloji yang jauh lebih hebat dari yang ada pada hari ini.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah kesinambungan cerita Abang Karkun?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience