Chapter 44

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 44

Ramai yang nampak melalui mata masing-masing dengan intepretasi masing-masing. Alam ghaib yang sebenar ialah alam yang satu dan ia adalah sama jika dilihat oleh sesiapa saja, pada bila-bila masa. Inilah alam hakikat. Nak tau orang yang tahu tu senang jer. Bila kita suruh dia gambarkan sesuatu, jika penerangannya panjang lebar dan meleret-leret, maka ada kemungkinan dia menipu. Jika jawapannya ringkas dan memberikan kita gambaran itu dengan jelas, maka ada kemungkinan orang itu benar. Masa akan mendedahkan si penipu dan orang ikhlas tidak akan tersesat”

Kami semua tertunduk mendengar Abang Karkun menggulung ceritanya menjadi empat point.

“Bukan empat jer. Banyak lagi ni” katanya. Eh? Aik?

“Abang Karkun boleh baca fikiran?” tanyaku. Semua orang pandang pada aku, kemudian pada Abang Karkun yang senyum terpinga-pinga.

“Itu stended, arrr” jawabnya.

“Series?” suara Atan dan Ali excited.

“OK, bang. Berapa? Berapa?” kata Atan sambil meletakkan jari telunjuk kanan pada dahinya. Kami semua ketawa. Abang Karkun menepuk bahu Atan.

“Sebenarnya, dalam alam ni aku boleh jer bawak korang mengembara dalam satu movie yang menerangkan semua ni seolah-olah korang sendiri berada pada masa ia berlaku. Tapi, sebagai umat Muhammad SAW, aku lebih suka guna cara manusia. Cerita macam biasa” kata Abang Karkun. Kami semua senyap. Lepas tu dia pandang Abu dan berkata seolah menjawab soalan:

“Aku bawak korang ke alam ni sebab kat alam ni, jin-jin dan Iblis takbley curi dengar. Benda ni rahsia, ni. Aku pun tak tau kenapa aku ditugaskan bagitau kat korang. Mungkin pasal korang punya penemuan dengan Christos Experience ni kot?” kata Abang Karkun. Kami memandang Abu, orang yang memperkenalkan kami pada teknik ini.

“Tapi, kenapa Abang bagitau semua benda ni kat kitorang? Setau saya, dah ramai orang yang buat benda ni. Adakah Abang pergi bagitau kat diorang jugak?” tanya Abu.

“Entahlah. Aku pun tak tau. Yang aku tau, lepas kejadian dengan si Ali semalam, malam tu salah seorang orang lama kami bagitau kat aku untuk bagi korang sebijik mutiara berwarna biru. Aku patutnya pecahkan mutiara tu kepada empat sebab korang ada empat orang. Mana pegi, ntah. Jap” Bang Karkun menyeluk poket kanannya mencari-cari mutiara tu agaknya.

“Kalau korang nak tau, Christos Experience korang ni, berasal dari fahaman New Age tu lah” katanya sambil senget-senget mencari mutiaranya tu. Aku pandang pada Abu. Abu angkat bahunya.

“Mulanya dari si Edgar Cayce. Lepas tu si Gina Cerminara tulis buku bertajuk ‘The Worlds Within’. Buku itu telah menginspirasikan satu pergerakan di Australia dan mereka perkemaskan teknik itu dan pernah cuba nak sebarkannya melalui surat kabar mereka” cerita Abang Karkun. Pasal Christos Experience pun dia tau? Pergh...

“Apasal dia dinamakan Christos, bang ek? Adakah ini semua dakyah kristian?” tanya Ali pula.

“Label Kristos tu sebenarnya bukan kristian. Ia dah wujud sebelum kristian, lagi. Kristos ialah satu tahap kesedaran tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia semasa hidupnya. Perkataan kristos itu sebenarnya dibentuk dari dua perkataan. Kryst iaitu bekas dan Allah iaitu tuhan. Kesedaran ini akan buatkan kita rasa macam tuhan sebab semuanya jadi kenyataan. Memanglah. Kita memang berkuasa dalam fikiran kita. Dari nama lagi dah mengandungi penipuan”

“Abis tu, apa yang kami alami tu, tak real, la?” tanya Abu. Dia seakan tak mahu terima kenyataan Abang Karkun tadi.

“Tak jugak. Bila korang keluar, apa yang korang alami bergantung kepada mana korang pergi. Di situ, aku tengok peranan guide yang dok sebelah tu amat penting. Sebab masa korang keluar tu korang takde panduan, korang jadi seolah-olah seekor jin atau malaikat maka diorang ni akan jadi guide korang. Jangan buat benda ni masa sorang-sorang. Takut terlalai. Cuma bila korang keluar, jasad korang jadi kosong dan dalam masa yang singkat itu, syaitan boleh membuat macam-macam tipu daya kepada korang atau orang sekeliling korang. Itu yang lebih penting” kata Abang Karkun lagi.

“Abis tu, kalau kitorang dah keluar tu, apa yang berlaku pada kami tak penting ke?” tanyaku cemas.

“Taklah. Bila Allah izinkan kau melihat dunia ini dari alam itu, maka sudah tentu ada sebabnya dan Dia tak akan sia-siakan hambaNya. Korang OK jer”

“Ohh” kata kami semua serentak dalam nada lega. Dan tibatiba sesuatu terdetik dalam hatiku. Aku memandang pada Abang Karkun. Dia senyum dan mengangguk.

“Ok. Dah ada yang faham. Aku rasa, sampailah masanya kita masuk dalam masjid dan tidur” kata Abang Karkun. Dia mengeluarkan sebiji mutiara berwarna biru laut sebesar ibu jari dari poketnya.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Abang Karkun ingin lakukan dengan mutiara biru laut itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience