Chapter 31

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 31

Lepas cakap benda ni, Pak Lebai tu pandang aku, mukanya berubah. Dia campakkan teko airnya ke tanah dan dia meraung. Lepas tu dia hilang”

“Pergh! Lain macam la kristos kau ni” kata Abu.

“Boleh buat novel, pulak” kata Atan.

Kami semua senyap seketika sementara mengulangkaji semula apa yang dah Ali cerita kat kami. Ali ke dapur pegi bilik air. Atan sambung main game. Abu dengan aku melayari internet dengan hemfon masing-masing.

“Aku rasa, pada hari keempat takde apa-apa yang berlaku” kata Ali menyambung semula ceritanya. Abu yang sedang menyangkung mencari charger hemfon dalam beg aku, berpaling padanya.

“Apasal kau cakap camtu?” tanya Abu.

“Sebab lepas azan yang diikuti cahaya terang tu, bila semua kembali jadi kegelapan, takde sapa yang berdiri depan aku”

“Diorang takde idea lagi kot?” kata Atan. Ali ketawa.

“Abes, kau buat apa pada hari keempat?” tanyaku.

“Entah? Aku tak berapa nak ingat pulak” Ali merenung ke bucu siling. Dia cuba mengingatkan sesuatu.

“Sekarang ni aku terbayang mamat yang berdiri depan aku masa hari kelima” kata Ali setelah beberapa minit terdiam. Abu merapatkan hemfonnya kepada Ali. Dia merakam semua ni, agaknya.

“Kau kenal ke mamat tu?”

“Mana taknya. Albert Einstein yang berdiri depan aku” Kami semua terperanjat. Atan dah tergelak kuat.

“Ni dah tahap mengarut dah ni bro. Bro! Bangun! Bangun!” kata Atan lagi sambil mengetap-ngetap jemarinya umpama hipnotis cuba menyedarkan pesakit. Kami semua ketawa. Ali menolak tangan Atan.

“Dia ada bawak air tak?” tanyaku.

“Tak” jawab Ali sambil memandang padaku.

“Einstein tu cakap kat aku, dia bukan Einstein. Tapi dia adalah ‘kembar’ Einstein dalam dunia ghaib” Ali cakap dengan muka series. Dahinya berkerut seolah dia sendiri tak percaya apa yang dia katakan. Atan dan Abu ketawa. Aku diam.

“Einstein tu cakap, manusia punyai pengetahuan tentang sesuatu yang amat dahsyat. Mereka sangka mereka telah menemui jawapan kepada masalah tenaga yang menghantui mereka selama ini. Tetapi, manusia yang terlibat dalam teknoloji itu tahu, ia sebenarnya dikaji untuk dijadikan senjata. Itu ialah ilmu tentang tenaga nuklear.

Menurutnya, tenaga yang dilepaskan hasil tindakbalas yang berlaku dalam bom atom tu amatlah kuat. Ia bukan saja mampu menjahanamkan apa saja semasa ia meletup, malah kesan dari cahayanya itu akan berkekalan sehingga mengganggu keseimbangan alam.

Manusia, haiwan dan tumbuhan akan terkesan dek cahaya ini dan mereka akan mati dan mereput lebih cepat dari apa yang alam dah tetapkan. Kesedaran akan kewujudan teknoloji itu juga akan buatkan manusia yang berbalah, semakin hari semakin tak teragak-agak untuk menggunakannya”

“Aku pun cakaplah kat Einstein jika manusia hancur binasa, bukankah itu baik itu golongan ghaib? Dunia ini akan kembali kepada mereka. Senyap Einstein tu kejap” kata Ali. Kami semua ketawa.

“Tapi Einstein tu kata, tenaga yang terhasil dari letupan nuklear, bukan saja merosakkan dunia manusia, tapi kesan ledakan itu masuk dan merosakkan juga dunia mereka. Dan apa yang merisaukan mereke ialah saintis manusia belum punyai pengetahuan atau kesedaran untuk mengawal ledakan tenaga yang terhasil, dalam letupan yang mereka wujudkan” kata Ali. Kami semua senyap kembali. Agak heavy pulak cerita kalini. Patutlah Einstein yang datang, bisik hatiku.

“Lepas tu dia kata apa lagi?” tanya Abu.

“Entah. Dia berdiri depan aku, perati jer aku. Aku diam jer, tak tau nak jawab apa. Mana lah aku tau pasal bom atom ke apa. Lepas beberapa minit agaknya, dia geleng kepala dan hilang dalam kegelapan” kata Ali.

“Aku rasa macam diorang ni nak terangkan sesuatu pada kita, la” kata Abu. Aku pun bersependapat dengan Abu. Abu mencalit ibu jariku.

“A’ah. Diorang baru perasan yang dunia ghaib diorang memboringkan. Diorang nak datang sini lepak Legoland” kata Atan. Abu dan aku mencalit jari Atan pula. Kami semua ketawa.

“Sambung arr, Li” kata Abu dengan muka tak sabar.

“Ok-Ok” kata Ali.

“Pada hari keenam, datang sorang lelaki berjubah hitam, bertopi macam wizard dengan janggut panjang” mula Ali.

“Eh, jap-jap. Tadi Pak Lebai yang datang tu ada janggut tak?” tanya Atan. Kami memandang pada Atan.

“Hmm. Tak. Kenapa?” tanya Ali.

“Takde. Saja tanya” kata Atan. Abu ketuk belakang tengkuk Atan. Kami ketawa sekejap.

“Teruskan” kata abu.

“Ok. Orang tu tinggi sebab dia separas dengan aku. Dia pegang tongkat kayu yang berpintal-pintal. Di lehernya terkalung loket lambang-lambang pelik yang diperbuat dari emas dan besi agaknya.

“Orang tu kata, masa untuk manusia sudah hampir ke penamatnya. Manusia akan dihapuskan dari muka bumi dan golongan jin akan kembali ke permukaan dan mengembalikan bumi ke keadaan sedia kala” kata Ali dalam suara seolah-olah dia seorang wizard.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah benar kata-kata Ali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience