Chapter 18

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 18

Aku rasa sangat kagum. Ini dah macam part dalam movie ‘Insidous’ masa watak bapak dia meneroka rumah bersiul tu.

Sedang aku mendapatkan posisi baru, aku terperasan yang Ali dalam bayangan tu, ada ter- eye contact sekejap dengan aku. Masa eye-contact yang sekejap tu,terbit satu perasaan yang menakutkan dalam hatiku. Tapi bila aku ushar balik Ali lama-lama dalam imaginasi tu, dia nampak macam tak nampak aku. Mungkin tadi hanya mainan pandangan. Mungkin kebetulan. Tak lama kemudian, aku nampak Ali bangun dan beredar dari beranda tempat kami melepak tu, masuk ke dalam rumah.

“Kau nak pergi tempat lain?” Tiba-tiba suara Abu kedengaran semula.

“OK gak”

“Sekarang kau bayangkan kau turun dari beranda rumah Ali, ke laman depan tu” kata-kata Abu seolah-olah membaca fikiranku. Aku baru jer terpikir nak buat benda yang sama. Aku cuba melangkah ke tangga beranda nak turun ke bawah. Baru kaki kananku menyentuh anak tangga pertama, aku terasa kaki kiriku yang dibelakang, dipegang orang. Aku menoleh pada kakiku. Dan aku nampak muka Ali. Dan dia senyum padaku. Tibatiba imej masa Ali baru sedar lepas Christos Experience dia tadi terbayang di mindaku. Dan aku diselubungi ketakutan.

“Laa, apasal bukak mata?” tanya Abu dalam suara tak puas hati.

“Aku tak sedap hati, laa” kataku.

“Ek-elleh. Baru sampai ke laman umah, dah tak sedap hati pebagai” Kata Atan pula dari arah kepalaku. Aku bangun dan duduk. Abu menghulurkan segelas air sejuk padaku. Sambil minum, tah kenapa mataku tertumpu pada Ali. Ali jegilkan matanya dan ushar aku balik sambil angkat bahunya dan tanya apa yang aku tak puas hati dengan dia.

“Baru sampai depan rumah Ali dah tak sedap hati. Camana nak pegi Hawaii pesumer?” kata Atan lagi dari belakangku. Aku berpaling sikit nak tengok Atan. Kemudian pandanganku kembali kepada Ali. Ali arahkan sebijik penumbuk padaku. Aku ketawa kecil.

“So, apa yang berlaku tadi?’ tanyaku pada Abu. Abu dengan muka excited dan nafas tersekat-sekat ngengadanya mula explain:

“Aku rasa, apa yang kau baru saja alami tadi ialah ‘out of body experience’” jawab Abu.

“Pulak? Amender tu” sampuk Atan.

“Betullah. Sebab kau tak jadi lebah, atau kelicap atau orang lain, kalau kita nak andaikan apa yang kau alami tadi adalah ‘past life experience’. Apa yang kau nampak setakat ni, adalah benda-benda yang ‘sekarang’. Itu bermakna kau telah keluar dari tubuh kau dan berlegar-legar dalam dimensi ini”

“Eh? Bukan benda ni adalah untuk latihan minda, ke? Mainan saikoloji nak selongkar apa benda yang benar-benar bermain dalam kepala kita?” tanyaku pada Abu lagi.

“Betul. Tapi itulah yang buatkan aku lebih tertarik dengan teknik ni. Aku dapati, dia macam gabungan falsafah dalam yoga, hipnotisme, Sufism dengan sokongan dari sudut sains namely dari premis psikoloji. Ada banyak kes juga yang mana orang yang jadi target tu, melihat kejadian yang SEDANG berlaku” sambung Abu lagi. Aku yang bermula sebagai skeptik, kini semakin berminat.

Sedang kami leka mendengar penjelasan dari si Abu, Ali yang dari tadi dok mendengar cerita dari kakiku, bingkas bangun dan menuju ke dalam.

“Aku masuk buat air jap” katanya. Fokus kami terhenti sekejap dek pengumuman pendek Ali itu. Dan pada masa itulah, aku baru perasan, yang apa yang aku lihat dalam ‘penjelajahan’ aku tadi, ialah apa yang sedang berlaku sekarang.

Selepas itu, giliran Abu pula. Tah kenapa,susah benar nak kasi Abu lepas tahap visualisasi. Kata Abu, dia tak nampak apa-apa melainkan gelap, dan rasa berdenyut kat dahi sebab Ali tekan kuat sangat. Cubaan nak mengkristoskan Abu terpaksa ditangguhkan sebab mak Abu tetiba call dan suruh Atan ngan Abu balik. Nak taknak, terpaksalah si Atan dan Abu balik. Tinggallah aku dan Ali kat rumah Ali.

“Aku letih, lah Mir. Tido dulu arr” kata Ali. Walau aku masih excited dengan pengalaman baru yang aku perolehi malam ni, aku kena diamkan dulu sebab besok nak bangun pagi nak hantar Ali pegi keluar tabligh.

Besok lepas hantar Abu ke masjidnya, aku ingat nak balik kampung…

******

Pagi tu, aku dengan Ali-Alinya sekali terbabas Subuh. Pukul lapan setengah baru tersedar. Sementara Ali tergesa-gesa mengemas dan menyiapkan pakaian dan kelengkapan nak keluar tabligh tu, aku sempat mandi. Belakang kami dapat tahu yang jemaah pun belum ramai lagi kat masjid. Peluang ini diisi dengan singgah di sebuah kedai makan untuk bersarapan.

“Kau nak makan apa?” tanyaku pada Ali.

“Hmm” Ali memandang-mandang barisan lauk dan kuih yang dihidang di kedai. Dia tunjuk arah nasi lemak.

...bersambung

Bab akan datang:

Sampai bila mereka ingin bermain dengan teknik Christos Experience itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience