Chapter 33

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 33

Tak lama lepas tu aku nampak Abang Karkun. Rupa-rupanya aku kat pangkuan Abang Karkun kat masjid”

“Perghhhh....” kata Aku dan Atan. Abu duduk menyandar semula di sofanya. Kami semua senyap, cuba menghadam cerita Ali. Ali pula duduk termanggu bagaikan tak percaya dengan apa yang dia sendiri dah lalui dan ceritakan pada kami.

“Tapi memang real, siot” kata Ali tiba-tiba.

Dah pukul 3.30 pagi. Aku tengok Ali, Atan dan Abu, mata masing-masing masih segar lagi. Abu dan Ali sedang mengadap laptop, mengedit benda-benda yang dia rakam dari Ali. Atan dan aku menjelajah internet. Apa yang Ali ceritakan tadi bermain-main dalam kepalaku. Apa yang aku sendiri alami semasa Christos Experience masih segar dalam ingatan. Ditambah dengan apa yang berlaku pada Ali kat masjid tadi. Kemudian cerita dia masa dia dalam dunia ghaib, tu. Aku mula menyantumkan untaian memori, berdasarkan apa yang aku jumpa dalam internet. Atan juga banyak membantu.

Apa yang kami temui, Christos Experience ni akan buatkan kita keluar dari tubuh kita. Kalau kita ikut teknik yang dianjurkan oleh Parkhurst, membayangkan diri depan pintu kemudian berjalan ke dalam taman, adalah teknik untuk menjelajah ke alam di luar badan.

Masa kami buat depan Abang Karkun tadi, instead of berjalan ke dalam taman, dia suruh Brader Joe masuk semula ke dalam pintu. Secara psikolojinya, ini umpama kita masuk ke dalam diri kita sendiri. Menjelajah dunia diri sendiri. Maka terlihatlah dua malaikat yang menulis amal. Lepas tu, Brader Joe masuk ke bilik gelap, dan lepas tu kami hentikan sebab Ali dengan Atan baru balik dari kedai.

Secara tak sengaja, kami temui seorang bernama Robert Monroe. Robet Monroe ialah seorang yang boleh dikatakan pakar dalam bidang out of body experience. Menurutnya, OBE boleh dirangsang melalui stimulasi bunyi. Kajian terbaru rakan-rakannya dalam lapangan yang sama mendapati, medan elektromagnet juga mempengaruhi gelombang otak manusia. Dari situ, dikatakan manusia boleh dipisahkan dari jasad dan kesedaran dan kesedaran itu boleh buat apa saja. Cuma dalam dunia tak nyata, la. Apa yang menarik ialah satu video tentang pengalamannya sendiri di mana setelah beberapa lama menjelajah alam ghaibnya, dia mula terfikir tentang ‘alat’ yang membawanya ke sana ke mari dalam penjelajahannya itu. Sejak itu, dia mula menjelajah ke dalam dirinya. Apa yang menarik kami ialah, persamaan apa yang Robert Monroe lihat, dan apa yang Brader Joe lihat msa mereka mula-mula masuk ke ‘lapisan’ pertama diri mereka. Mereka nampak dua orang sedang mencatit amalan. Abu berhujah ini mungkin disebabkan oleh kepercayaan brader Joe dan Monroe, yak ni kedua-duanya ahli kita yang percaya bahawa dalam diri manusia ada dua malaikat yang mencatit segala amalan.

Dari situ, kami berpendapat bahawa lapisan pertama ini ialah lapisan ‘kepercayaan’ Pegangan seseorang, yang menentukan bagaimana ia rasakan dunia ini berfungsi. Menurut Monroe, lapisan seterusnya ialah emosi. Dalam lapisan ni, kita akan perasaan kita tidak menentu. Kejap happy, kejap marah. Kejap bersemangat, kejap takut. Ini amat konsisten dengan apa yang dirasakan oleh Brader Joe. Lapisan seterusnya ialah intelek dan lapisan selepas itu, menurut Monroe adlah diri kita yang sebenar-benarnya. Menurut pengalamannya, semasa dia meninjau di celah retak pintu ke arah dirinya itu, dia nampak dirinya sedang berbaring di tengah bilik yang dipenuhi oleh keopak bunga ros. Dia nampak ada beberapa kelopak yang berterbangan ke sana ke mari dalam alunan muzik yang indah dan mengasyikkan. Di permukaan kelopak bunga yang berterbangan itu ialah wajah orang-orang yang Monroe pernah jumpa sepanjang hidupnya. Walaupun apa yang Monroe cerita ni hanyalah interpretasinya, keselarasan perasaan dan pengetahuan yang diperolehi dari pengalaman Monroe dan Brader Joe amatlah mengagumkan.

Kami juga mengkaji setiap perincian pengalaman si Ali. Secara pendeknya, apa yang Ali dah jumpa bermula dengan jumpa neneknya yang dah meninggal pada hari pertama, dengan orang asli pada hari kedua, Pak Lebai pada hari ketiga, Einstein pada hari kelima dan wizard pada hari keenam. Setiap satunya membawa mesej yang sama iaitu kebencian terhadap manusia. Kami sependapat bahawa yang mendatangi Ali itu adalah jin dan ia datang kepada Ali sebagai ujian.

Ujian pertama ialah didatangi ahli keluarga yang telah meninggal dunia, membawa air. Taktik ini adalah taktik klasik saat seorang manusia menghadapi sakaratulmaut. Ali terselamat sebab orang Islam percaya yang takde roh orang yang meninggal dunia yang berkeliaran di mana-mana alam kecuali di alam barzakh. Jika Ali dah meninggal, tentulah dia akan jumpa dengan Mungkar dan Nakir dan bukanlah didatangi ujian orang yang NAK mati.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa pula ujian yang seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience