Bab 32

Romance Completed 19487

"Bie.."Panggil Ara lembut serta merta langkah suaminya ke bilik terhenti.Sepanjang perjalanan pulang mereka hanya mendiamkan diri tanpa ungkapan dibibir.

Rauf menoleh kearah isterinya tajam pandang matanya jelas terpancar kekecewaan dihati lelaki yang Ara cintai itu.
"Bie harus terima semua suratan takdir ini.Sayang tahu Bie hanya terkilan tapi Bie tak boleh terus menerus menyalahkan takdir Allah."Pujuk Ara lembut sambil tangannya mengusap lembut bahu suaminya.

"Sayang tahu semua perkara ini?"Soal Rauf apabila menyedari tindakan isterinya berpihak kepada tindakan Papanya yang bernikah lain malaham sedari tadi dia perasan reaksi isterinya hanya bersahaja tiada sedikit kelakuan ingin berpihak kepadanya.

Lama Ara mendiamkan diri sebelum mengangguk perlahan-lahan pantas Rauf melepaskan pegangan isterinya lalu memasuki bilik seraya mengunci pintu biliknya tanpa sempat Ara ingin mengejar suaminya untuk memberi perjelasan.

Rauf menyandarkan badan pada pintu sambil tangan menumbuk lantai hatinya benar-benar kecewa dengan tindakan ahli keluarganya sendiri.Ara terduduk lemah sambil tangan memegang pintu bilik.
"Bie Sayang boleh je.."
"Tak perlu!"Bantah Rauf kesal sambil tangan meraup wajah yang kian bercelaru segala perasaan bercampur baur dihati.Rauf benar-benar kecewa.

"Sampai hati Ara rahsiakan semua ini daripada Bie.. Apa salah Bie sampai semua orang nak berahsia Bie bukan siapa-siapa ke? Sampai semua orang tak beri secebis pun kepercayaan pada Bie.Tak guna Bie melimpahkan segala kasih sayang yang hanya sampah di mata awak dan semua kan!"Rauf mengesat air mata kekecewaan yang mengalir dipipinya.

"Mama ada alasan sendi.."

"Alasan apa Ara? Papa boleh pertahankan semuanya kenapa harus mengikut kehendak Mama.Sebab Sayang? kalau sayang Papa boleh buktikan dengan membahagiakan Mama bukan bernikah lain."Potong Rauf lagi sehabisan dia menolak segala kata-kata isterinya itu.Ara menahan rasa ingin sahaja dimaki lelaki ini namun apakan daya dia hanya tersepit antara amanah dan kasih sayang.

"Sayang tiada niat untuk menipu Bie malahan tidak jujur dengan Bie tapi percayalah sekiranya Bie membuka ruang dihati Bie untuk menerima kehadiran seorang wanita lain yang menjadi isteri kepada Papa Ara pasti Bie tidak berkelakuan seperti ini.
Pada awalnya Mama menyatakan kepada Ara yang Mama simpati dengan ujian yang ditimpa oleh Umi.Mama meminta cadangan kepada Ara, Ara hanya menyatakan soal poligami Ara tak tahu Mama boleh setuju dengan cadangan Ara dan Papa menunaikan hasrat Mama dengan meminta merahsiakan soal ini daripada pengetahuan Bie.

Mereka tiada niat walau secebis untuk menyisihkan Bie tetapi mereka takut, takut perkara seperti ini terjadi sebab Bie sendiri tidak rela menerima poligami apatah lagi mengetahui Papa berpoligami.Tapi percayalah Bie Mama lakukan ini dengan seikhlas hati dan Papa merelakan ini juga seikhlas hati."Jelas Ara redha seandainya lelaki ini membencinya dengan sepenuh hati.

Rauf memejamkan mata menelan segala kata-kata isterinya jadi semua yang terjadi atas cadangan isterinya lantas Rauf bingkas berdiri membuka pintu biliknya.Wajah isterinya yang redup dipandang.
"Ara minta ampun dengan Bie, bukan niat Ara untuk menyakitkan hati Bie tetapi percayalah Ara tiada niat pun untuk mewujudkan kebencian Bie pada keluarga Bie dan pada Ara sendiri.Jangan dinginkan hubungan kita Bie."Ujar Ara dalam keesakan tangisnya sambil tangan memaut lengan Suaminya yang masih mendiamkan diri.

"Pertahankan hubungan kita Bie."Ujar Ara lagi sambil mata memandang suaminya berharap semua kepercayaan kembali.
"Tiada apa yang mampu dipertahankan."Rauf meleraikan pegangan isterinya.Ara mengerutkan dahinya lantas kepala digelengkan tidak ingin kata itu dilafazkan setelah hatinya telah dipenuhi bunga cinta yang mekar.
"Pergilah Ara cukuplah dengan apa yang kau cuba buat soal kehidupan aku dan sekarang kau mengatur kehidupan keluarga aku.Terima Kasih."Halau Rauf lantas menghempas pintu biliknya terhenjut tubuh Ara.
Ara terduduk lemah sambil tangan diletakkan kebibir kenapa perakhirannya sebegini tiada secebis pun dia berniat untuk mengatur kehidupan orang sekelilingnya.
Kenderaan bergerak dalam cahaya samar-samar lampu yang terpasang.Segala tangisan dilepaskan sepenuh hati lemahnya soal cinta diputarkan tiada kudrat untuknya bertahan lagi namun dia harus akur seandainya Rauf berubah hati dia tidak sempurna dia tidak mampu memberi zuriat dan sudah tiba masanya Rauf mencari wanita yang jauh lagi sempurna.

Sejauh mana mengenali insan yang dicintai tidak mampu untuk mengenali setiap sisi kelakuannya yang mampu melukakan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience