Bab 1

Romance Completed 19487

Sebuah kereta Vios berhenti di perkarangan banglo dua tingkat.Enjin di matikan sambil mata melilau memandang sekeliling kawasan rumah yang gelap gelita tanpa cahaya.'Belum balik rasanya ' hatinya mengomel.
Ara Delisha keluar dari perut kereta pintu kereta di tutup sambil tangan menekan punat lock.Ara mencari kunci rumah di dalam tag tangannya namun matanya tertarik akan sesuatu.Sekeping kad berbentuk love yang tergantung di hadapanya di pegang.
'Tunduk bawah'
Ara menunduk memandang kelopak bunga mawar.Ara mengikuti kelopak bunga ke arah taman namun pandangnya terhala ke arah gantungan gambar dia bersama suaminya.

Kedengaran bunyi gitar."Darimu Ku mengenal arti kekuatan Hadirmu Semua indah Dalam Diriku bertempat hanyalah kamu Melengkapi Diriku."Ara terus terpegun memandang setiap gambar.
Rauf terus menyanyikan bait bait lagu Rapuh sambil tangan lincah memetik gitar."Bintang malam setia seperti dirimu Tetap pudar menghilang tiada gantimu Dan ku masih terasa degupan jantungmu Tanpamu ku kan rapuh Tanpamu ku rapuh."
Langkah Ara terhenti di hadapan suaminya.Tersentuh hatinya melihat semua yang telah di siapkan oleh suami yang tercinta.Air mata jatuh ke pipi pantas Rauf memeluk erat Ara.
"Happy Anniversary sayang."Ucap Rauf lalu mengucup lembut dahi isterinya."Happy Anniversary Bie."Balas Ara tersenyum manis.Matanya memandang tikar yang sudah terbentang luar di atasnya terdapat makanan.
Ara Delisha terharu melihat kesungguhan suaminya itu."Bie buat semua ni ke?"Soal Ara lembut langkah di atur kearah tikar yang terbentang.
"Ye sebab Bie tahu sayang sibuk.Semua ni Bie minta tolong dengan Arqam."Ujar Rauf sambil tangannya memegang erat bahu isterinya.
Ara Delisha teringatkan sesuatu sudah tiba masanya untuk dia memberitahu perkara penting kepada suaminya.Ara mencari sesuatu di dalam tas tangan.Ujian kehamilan di keluarkan lalu tangan suaminya di gapai.
"Ini khas untuk Bie."Ujian kehamilan di letakkan telapak tangan Rauf.Rauf meneliti bekas ujian kehamilan lantas senyuman kegembiraan terserlah di bibir.
"Sayang betul ke ni?"Soal Rauf menginginkan kepastian.Ara mengangguk laju sambil air matanya kegembiraan mengalir di pipi.Sudah seakan lama mereka mengimpikan cahaya mata akhirnya doa mereka di makbul oleh maha esa.
Rauf memeluk erat tubuh isterinya."Terima kasih sayang."Ucap Rauf tidak putus putus di bibir. "Bie harap dengan benih yang ada dalam perut sayang ni mampu menguatkan lagi cinta kita sayang."Ucap Rauf wajah isterinya di pandang kasih sambil tangan mengusap perut yang belum membuncit itu.

"Sayang akan menjaga kandungan kita sepenuh hati sayang sama juga macam sayang sayang Bie."Balas Ara sambil tangan memegang erat memaut lengan suaminya.
"Sayang dah sahkan ke? "Soal Rauf tiba tiba kerana menginginkan kepastian."Sayang dah check petang tadi.3month."Ucap Ara gembira.Rauf terus mencium ubur ubur isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience