Bab 34

Romance Completed 19487

Telefon Bimbit Ara Delisha berbunyi meminta disambut oleh tuannya.Ara hanya memandang bingkai gambar yang terdapat didalam biliknya itu setitis air mata jatuh diatas gambar pantas Ara meletakkan semula gambar disisi meja.
Telefon yang masih berbunyi dicapai oleh Ara lantas dia menjawab panggilan tersebut."Assalamualaikum Ara."Suasana sepi Ara tidak menjawab sapaan kakak iparnya itu.
"Ara ! Ara! Kakak minta maaf pasal semua perkara ini.Ara dengarkan."Pujuk Haira cemas.Ara mengesat air matanya namun dia masih mendiamkan diri.

"Jawablah Ara kalau masih anggap akak ini kakak ipar awak."Pinta Haira lagi namun Ara masih mendiamkan diri sambil mata memandang setiap bingkai gambar yang dirasakan hanya kesakitan.Ara hanya berperang dengan perasaannya sendiri.
"Boleh akak jumpa Ara?"Pujuk Haira lagi. "Akak datang rumah Ara kita selesaikan masalah ini pasti ada jalannya percayalah."Haira mengetap bibirnya.Ara mampu tersenyym sedikit apabila mendengar keikhlasan kakak iparnya.

"Ara jawablah."Pinta Haira lagi.

"Kak.."Ara mula bersuara dalam esakan.

"Ara sangkakan Ara seorang wanita yang kuat tetapi tidak Ara seorang wanita yang lemah sebenarnya."Haira mengesat air matanya apabila mendengarkan kata-kata adik iparnnya itu.

"Beri Ara masa untuk tenangkan fikiran."Pantas Ara mematikan panggilan.
Satu keluhan berat dilepaskan berat untuknya menelan segala kepahitan ini.

ALLIYA sampai di Kota Kinablu Sabah bersama rakan kerjannya.Kehadirannya kesini ingin berjumpa dengan suaminya yang sudah tiga minggu kursus di Kota Kayangan ini.
Hari ini dia ingin memberikam kejuatan buat suami tercinta.Kakinya melangkah masuk ke dalam sebuah apartment yang menempatkan Ariel Aiman suami Alliya.

Kehadiran yang penuh debaran pantas Trisha menuruti langkah rakannya itu."Tinggal berapa Liya?"Soal Trisha.
"Lapan. "Jawab Alliya sambil tangannya menekan butang disisi Lif setelah masuk kedalam perut Lif.
Ting..
Pintu Lif terbuka setelah sampai di tingkat Lapan pantas Alliya dan Trisha keluar daripada perut Lif lalu berjalan kearah rumah dihujung tangan kecemasan.

"Liya aku tunggu dekat sini jela."Putus Trisha lalu menghentikan langkahnya.Laju sahaja Alliya mengangguk tanpa sempat menoleh kearah rakannya kerana hatinya benar-benar teruja ingin bertemu suami tercinta.

Loceng ditepi pagar ditekan Alliya sambil mengosok telapak tangannya disebabkan gementar.
Pintu dibuka dari dalam kelihatan Ariel keluar dengan berbaju tshirt dan berseluar pendek jelas wajah terkejut dipamerkan.
"Li..ya.. Bu..at..a..pa dekat sini?"Soal Ariek gagap.Alliya mengerutkan dahi melihat wajah suaminya yang ketakutan dengan kehadirannya ke sini.
"Sayang siapa tu?"Kedengarab suara wanita didalam rumah serta merta wajah Alliya berubah.
Ariel mencuba menarik tangan isterinya pantas Alliya berlari kearah tangga.Trisha terkejut melihat kelakuan rakannya yang melulu laju kakinya berjalan kearah rumah Ariel.
"Liya! Liya! "Kejar Ariel laju menuruti langkah isterinya.Alliya melajukan langkahnya menuruni anak tangga bersama nafas yang tercunggap-cunggap.

Sampai hati suaminya melakukan perkara terkutuk dengan wanita lain laju air mata Alliya menitis.Langkahnya terhenti dihujung tangga perlahan-lahan Ariel berjalan lalu tubuh isterinya dipelul kemas pantas Alliya meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Tak nak!"Jerit Alliya kuat bergema kawasan tangan itu."Liya."Pujuk Ariel lembut samb cuba memaut lengan isterinya.
"Lepas! Tak nak!"Tolak Alliya sekuat hati pantas Ariel melepaskan pegangan.Alliya bingkas bangun lalu berlari kearah pintu namun Alliya tersilap langkah tubuhnya terjatuh ke lantai.

Ariel mencuba membangunkan isterinya."Tak payah!"Jerit Alliya sekuat hati laju air matanya mengalir ke pipi.Ariel tetap berdegil ingin menolong isterinya untuk bangun.
"Dia siapa?"
"Dia siapa?"Jerit Alliya lagi lalu perlahan-lahan berdiri sambil menepis tangan suaminya.
"Kekasih saya apa masalah awak ini?"Soal Ariel riak seperti bukan salahnya berkelakuan seteruk itu.Alliya melopongkan mulutnya air mata tidak henti-henti mengalir.
"Awak tanya apa masalah saya? Awak buat perkara terkutuk tu awak menduakan saya ! awak berzina ! Awak memang tak guna!"Amuk Alliya merah matanya memandang wajah suaminya yang masih beriak tenang.
"Apa masalah awak?Ha.."
"Awak suami saya awak berzina dengan wanita lain awak dayus!"Marah Alliya sambil memukul badan suaminya yang mengelak.
"Apa salah saya? Apa salah saya?"Alliya sudah terduduk lemah bersama tangisan yang tiada henti sedikit pun dihati lelaki dihadapannya ingin memujuk.

"Saya cintakan dia lagipun saya kenal dia dari sekolah lagi."Jawab Ariel tanpa perasaan bersalah dengan segala tindakannya.

Alliya memandang suaminya."Lelaki mudahkan berubah kasih hanya sebab berkenalan lama dan dia perempuan yang cantik terus lupa apa itu halal haram.Saya menyesal kenal awak dalam hidup saya saya beri segala-galanya tapi akhirnya duri yang tikan hati saya sendiri.

Hati ini dah diberi sepenuhnya untuk suami saya suami yang berkelakuan jijik!"
"Alliya!"Jerit Ariel sambil sebelah tangannya ingin menampar pipi isterinya."Tamparlah hanya sebab dia awak sanggup angkat tangan dekat saya."Alliya mengangguk wajah suaminya dipandang perit.

"Awak bu..."

"Noor Alliya Delisha Binti Rashdan aku ceraikan kau dengan talak tiga."Ariel berlalu pergi meninggalkan Alliya yang sudah merintih sepi.

Kesedihan apakah yang harus digambarkan adalah kelukaaan yang amat sakit.Alliya menjerit semahunya pantas Trisha mendapatkan rakannya tubuh itu dipeluk kemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience