Bab 16

Romance Completed 19487

ARA Delisha berjalan dengan laju sambil mata memandang jam di pengelangan tangan.masa berlalu dengan pantas dia takut dia terlewat."Ara! "jerit Aqram lalu menolak adiknya ke tepi membuatkan Ara terjatuh ke tanah.

Ara terkejut lalu wajah Abangnya dipandang geram."Apa Abang ini Angah dah lambat nak jumpa Rasya."Omel Ara lalu bingkas bangun sambil memperbetulkan bajunya.
"Rasya ke Raf Angah?"Soal Aqram sambil mengangkat keningnya sebelah.Ara mengetap bibir apabila Abangnya mengetahui hal sebenar lantas dia mengenyitkan mata.
"Tak payah nak goda Abang lah Angah lain kali jangan tipu Ibu cakap saja hal sebenar yang Angah nak pergi dating dengan Raf."Ejek Aqram sambil menarik tudung adiknya lalu melangkah pergi meninggalkan adiknya yang sudah menyinga.
"Sayang.. "Tegur Rauf Asyraff sambil tangan memeluk erat tubuh isterinya.Wanita ini lah satu-satunya harta yang dia miliki di dunia dan akhirat tiada galang ganti selain mamanya.
"Bie.."Cepat Ara mengesat air mata yang mengalir tanpa henti.Rauf memalingkan tubuh isterinya melihat manik-manik rintih di pipi isterinya menambahkan kegusaran di hati.
"Sayang menangis? Kenapa sakit ke? "Soal Rauf lalu air mata itu di seka.
"Sayang rindu Abang Aqram.."Laju lagi air mata itu mengalir.Tangan suaminya di genggam kemas mencari kekuatan.
Rauf pantas menarik erat tubuh isterinya ke dalam dakapan.Dia mahu wanita ini melepaskan segala kerinduan di dakapannya.Tidak ingin dia melihat air mata itu mengalir lagi.

"Kau permaisuri jangan kau bersedih lagi hanya satu ku pinta secebis janjimu lelapkanlah mata Kau selalu di hatiku terbayang dalam firasat termakbulnya hasrat."Nyanyi Rauf sambil tangan mengusap lembut rambut itu sesekali mampu menghilangkan rindu dengan perwatakkan isterinya yang dahulu namun matanya terarah pada kereta milik Abang iparnya Kamal yang memasuki pekarangan rumah Puan Latifah.

Semenjak kepulangan kakaknya Haira yang menangis menjadikan tanda tanya di fikiran mereka suami isteri apabila kakaknya hanya mengurungkan diri di kamar dia hanya mahu bercakap dengan isterinya sahaja.

Ara melangkah kearah akak iparnya mencuba untuk berbual sebagai seorang wanita.
"Akak minta maaf sebab tolak kau dik akak berdosa sangat dengan kau dengan Raf mungkin ini balasan tuhan untuk akak."Ujar Haira sambil mata memandang ke langit yang dipenuhi bintang.
Ara memegang tangan akak iparnya."Akak Ara dah lama maafkan akak. Perkara dah terjadi dah lepas dah pun kak kita teruskan kehidupan kita."Ujar Ara berpositif sambil matanya redup memandang wajah akak iparnya itu.
"Bodohnya akak sebab terlalu mengikut kata hati sampai suami akak sendiri bernikah lagi.Akak bersalah Akak tak jaga suami akak pun."Haira menangis di bahu adik iparnya.Ara mengerutkan dahi.
"Abang Kamal nikah ?"Soal Ara menginginkan kepasatian laju Haira mengangguk."Sekiranya akak tak pergi ke pejabat dia pasti akak tidak tahu menahu soal pernikahan ini dik.Akak dimadukan."Haira melepaskan lagi tangisnya.
"Menangislah lah sepuasnya kak.Ara tahu nanti akak akan kuat."Ara mengosok belakang badan kakak iparnya cuba menenangkan wanita itu sambil mata terpandangkan wajah suaminya yang berdiri di hadapan pintu Rauf tersenyum lalu menangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience