Bab 12

Romance Completed 19487

Suasana ditanah perkuburan menjadi sepi hanya kedengar esakan kecil ahli keluarga.Rauf mengesat air matanya yang mengalir apabila dia mengetahui berita perginya seorang sahabat merangkap abang iparnya sangat-sangat mengejutkan dirinya segala kata-kata arwah mengingatkan beliau bahawa itulah kata insan yang bakal pergi buat selamanya.

"Raf aku nak engkau jaga Ara elok-elok.Engkaulah segalanya bagi dia selain aku.Aku lihat dia lebih bahagia bila bersama kau sepertimana dia bersama aku sejak kecil sampailah dia bernikah.Aku kagum dengan kau.Bila aku pergi nanti aku tenang melihat adik aku bahagia bersama insan yang dicintai."Rauf mengesat air mata yang semakin laju mengalir ke pipi.
Hibanya hati ini apabila harus menerima segala ketentuan."Bro damailah engkau disana aku sentiasa mengingati engkau dalam setiap doa aku.Engkau sahabat yang baik."Bisik hati Rauf lalu menyarungkan cermin mata.
Alliya menarik nafas untuk menenangkan hati yang kian bersedih.Abang yang selalu dia berpaut kasih telah pergi kini tiada kasih sayang seorang abang lagi."Liya jangan sibuk sangat di sekolah nanti kalau abang tiada siapa nak tengok Ibu? Kesian Ibu tinggal seorang Kak ngah dah bernikah.Liya jaga Ibu baik-baik bila abang tiada nanti."Tangis Alliya masih kedengaran terhenjut-henjut bahunya menahan esakkan yang meruntun jiwa apabila kata-kata itu di ingati.

"Damailah abang Liya sentiasa mengingati kata-kata seorang abang yang sangat Liya sayangi tiada siapa dapat mengantikan tempat abang."Bisik hati Alliya pula seraya memperbetulkan tudung yang sudah terluncut itu.

Perkahwinan yang abang idamkan yang abang mahukan hanya seketika.Inas masih membatukan dirinya yang dalam kedukaan dan trauma.Apabila kejadian tersebut masih di fikirannya.
Puan Raudhah meletakkan tangan ke dada hanya satu perkataan dihati adalah redha walaupun ia perit untuk ditelan namun segala kemungkinan harus diterima.Dia tidak mahu anaknya bersedih disana kelak melihat tangisan itu sentiasa mengalir kepipi.
Selesai majlis pengebumian Aqram sanak-saudara dan ahli keluarga mula bergerak meninggalkan kawasan perkuburan itu kecuali Inas Azraff yang masih membatukan diri.Alliya yang terperasan dengan sikap bakal akak iparnya menghentikan langkah.
"Abang nanti kita buat majlis pernikahan kita dekat masjid ye Umi dan ayah pun dah setuju Abang kad kahwin tu nanti kita ambil ye.Abang nak anak berapa? Inas nak ramai biar nanti dah berusia kita boleh tengok anak membesar.Inas pun dah berhenti berlakon."Ujar Inas bersendiran seperti kurang siuman lantas Alliya memeluk tubuh itu erat.
Inas pantas merintih perit untuk dia menelan dan melupakan kisah yang pernah wujud antara dia dan Aqram.Insan yang sangat dicintainya itu.

"Akak jangan macam ini nanti abang tak tenang sebab akak terus berduka.Akak kuatkan diri."Pujuk Alliya menahan rasa sedihnya.Dia harus kuat dihadapan Bekas Akak Iparnya itu.

Tubuh genid Inas diangkat lalu Alliya menarik tangan Inas melangkah keluar daripada kawasan perkuburan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience