Bab 20

Romance Completed 19487

Sudah setahun Ara menjadi seorang suri rumah tangga apabila dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkerjaan dan lebih memilih menjaga suaminya sendiri.
Rauf hanya menuruti segala keputusan isterinya kerana dia yakin semua ini keputusan terbaik oleh isterinya untuk rumah tangga mereka.
Segala kerja rumah telah diselesaikan lebih awal memandangkan hari ini hari istimewa baginya dan Rauf Asyraff iaitu Ulangtahun perkahwinan yang ke 2 tahun.Sedar tak sedar sudah setahun abang Aqram pergi namun keperginya amat dirasai di hati ahli keluarga terutama Inas Azraff.
Ara menghentikan langkah sambil mata memandang kearah jalan menunggu insan yang dicintai menjemputnya.Hari ini dia ada temu janji dengan Doktor Rina bagi mantau kesihatannya.Keinginannya untuk memandu sendiri dibantah oleh suaminya akhirnya dia terpaksa tercegat dihadapan pagar rumah menanti suami yang masih tidak kelihatan lubang hidungnya.
Sebuah kereta Vios berwarna silver berhenti betul-betul dihadapannya lantas tingkap bahagian penumpang dibuka.Ara terus mendapatkan kereta tersebut laju tangannya ingin membuka pintu kereta namun berkunci.
"Password sayang? "Soal Rauf sambil mata dikenyitkan kearah isterinya lantas Ara sudah mengeluh sambil tersenyum.
"I love you Bie."Bisik Ara sambil kepala di jenguk kedalam kereta."I love you to sayang."Balas Rauf sambil menekan lock pada keretanya lantas Ara membuka pintu kereta sendiri tanpa bantuan suaminya selalu tak romantik langsung.

"Sejak bila pandai buat password ini? siapa ajar Bie ini?"Soal Ara apabila tali pinggang kereta dipakai.Rauf sudah ketawa melihat bibir isterinya muncung.
"Bie baru nak cuba perkara baru Sayang dah protes macam ini."Rauf melepaskan tawa sambil pedal minyak di tekan.Meluncur kereta tersebut ke destinasi yang bakal di tempuhi.
"Panas sayang tunggu Bie dekat luar sampai berpeluh-peluh macam ini lepas tu nak masuk kereta kena password bagai.Bie ini saja nak suruh Sayang berjemur dekat luar ke apa?"Omel Ara lalu wajah dicermin yang dibawanya tadi dipandang sudah memarah.Sengaja dia mencari punca pergaduhan dengan suaminya gaduh manja.

"Sorry lah Sayang."Ucap Rauf sambil sebelah tangan mengusap lembut kepala suaminya.
"Tahu takut.Lain kali buatlah lagi Sayang redha."Ara melepaskan tawa pula.Rauf menjeling wajah isterinya lantas ketawa mereka bersatu.
Telefon Bimbit Ara berbunyi menandakan mesej masuk lantas Ara membuka tas tangannya lalu mengeluarkan telefon Iphone 6 skrin ditekan.
Suruhlah suami kau kawin lain Kau bukan boleh mengandung pun
Mesej di baca lantas Ara mendiamkan diri jantungnya berdegup kencang sambil mata memandang suaminya yang masih tekun memandu.
"Kenapa Sayang siapa mesej?"Soal Rauf sesekali menjeling isterinya disisi.Ara lantas mengeleng sambil menyimpan kembali telefonnya kedalam tas tangan.
Setiap ayat didalam mesej itu terlayar di fikirannya.Adakah dengan cara sebegitu suaminya bakal bahagia dan memiliki zuriat.Ara menjadi buntu adakah dia sanggup bermadu madu itu sangat pahit tetapi dia harus membiarkan suaminya memiliki anak sendiri.
Mesti laki kau nak anak tak ada seorang suami punlah tak nak anak.Kau pun tak boleh mengandung kan.

Ara membaca mesej yang seterusnya hatinya dipagut rasa bersalah disebabkan dia tidak sempurna suaminya tidak dapat memiliki cahaya mata dia harus membuat sesuatu.

Luth Umar tersenyum manis apabila mesej itu dibaca oleh Ara Delisha."Selamat datang Ara."Hatinya melonjak gembira.
Kemaafan manusia itu mudah dengan berlaku jujur sudah cukup tidak perlu merosakkan sebuah hubungan lagi untuk kepentingan diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience