Bab 38

Romance Completed 19487

Tetamu mula mengunjungi ke kediaman Pak Ismail iaitu ayah kepada Rasya walaupun kenduri diadakan secara kecil-kecilan namun suasana kampung membuatkan kenduri menjadi lebih meriah ditambah dengan adat-adat melayu yang tidak pernah dilupakan.

Suasana yang riuh dengan gelagat orang kampung memberikan sebuah suasana yang gembira dihati Ara dia tidak pernah merasai suasana sebegini.

Ara yang turut merasa gemuruh dihati sesekali memandang kearah sahabatnya yang sedang berhias sambil sebelah tangan menepuk lembut anaknya yang sedang tidur di atas katil pengantin.

Lena sungguh Ilaika tidur di atas katil tersebut tanpa menghiraukan bunyi riuh di sekeliling."Wahai pengantin kenapa tak siap-siap lagi ini?"Sakat Haira lalu berjalan kedalam bilik sambil ketawa.

"Sikit lagi kenapa Faliq dah sampai ke?"Soal Rasya teruja sambil mata menjenguk ke luar tingkap.

"Ara tengok kawan kau ini gelojoh."Sampuk Rania kakak sulung Rasya lalu menghampiri adiknya.

"Belum lagi akak suruh Haira tanya tadi sebab pengantin dalam perjalanan."Ujar Rania bersahaja sambil mata terpandangkan tangan adiknya.

"Cantiknya corak."Puji Rania sambil mencapai tangan adiknya."Tengok siapa yang buat."Haira memuji dirinya yang membuat corak ditangan Rasya.

Mereka ketawa melihat gelagat masing-masing walaupun baharu sahaja mengenali antara satu sama lain tetapi keakraban Rania dan Haira seperti sudah mengenali lebih daripada dua hari.

"Nyah! kenapa kau tak siap lagi pakai listip tu! "Jerit Sally yang sedari tadi menghilangkan diri pantas mereka memandang sesama sendiri.

Ara segera mendukung anaknya masuk kedalam bilik tetamu yang telah disediakan setelah Ilaika merengek mendengar suara wanita jadian.
Haira segera menarik tangan Rania untuk melangkah keluar takut melihat manusia jadian itu bertukar menjadi Hulk.
Rasya hanya memandang wajah mereka bertiga yang berlalu pergi dengan perasaan yang pasrah."Pening kepala mak tengok kau ini nyah! Pengantin lelaki nak sampai tapi kau tak siap-siap lagi kalau ramai orang macam kau ini nyah mau botak kepala mak ni."Bebel Sally lagi sambil memperbetulkan tudung dan baju Rasya yang hanya mendiamkan diri.


Semua ahli keluarga pihak lelaki masuk kedalam rumah yang telah di hias menjadikan pelamin yang indah.Ara melabuhkan punggung disisi sahabatnya yang menelan air liur berkali-kali.

Rauf yang rancak berbual di sisi Faliq sesekali melirik memandang isterinya yang hanya tersenyum manis dengan baju kebaya berwarna biru pastel sedondon dengan bajunya.

"Ika mana Ara?"Soal Rasya bagi menghilangkan rasa gementar dihati."Aku tinggalkan dia sekejap dalam bilik."Jawab Ara lalu memperbetulkan duduknya.

"Kita mulakan."Ujar Tok kadi setelah membaca kutbah nikah serta meminta tanda tangan daripada pengantin perempuan.

"Mohamad Faliq Bin Redzuan."

"Saya."Sahut Faliq mengemuruh.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Rasya Qistina Binti Borhan dengan mas kahwin 22.50 tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Rasya Qistina Binti Borhan dengan mas kahwin 22.50 tunai."
"Sah."
"Sah."
"Sah."
"Yahooo!"Jerit Rasya terlalu teruja membuatkan semua terkejut melihat gelagat Rasya yang sportan itu pantas Ara menutup mulut sahabatnya itu.

Majlis diteruskan dengan bacaan Taklik Daripada Faliq seterusnya Faliq menunaikan solat sunat selepas itu majlis membatalkan air sembahyang.

Ara segera masuk dalam bilik setelah selasai majlis akad nikah kesian meninggalkan Ilaika keseorangan memandang Rauf harus melayan ahli keluarga pihak lelaki.

"Ara dah makan?"Sapa Haira lalu melangkah masuk kedalam bilik.Ara segera bangun dari baringannya.

"Kejap lagi Ara makan tunggu Raf."Jawab Ara lalu memandang kearah anaknya yang lena tidur.

"Akak nak ucapkan terima kasih sebab maafkan Umar."Haira menutur katanya dengan lembut.
"Akak tak patut ucap terima kasih semua perkara sudah terjadi kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan jadi buat apa Ara terus menerus berdendam sesama kita kak."Ujar Ara manis lalu memegang erat tangan Akak iparnya.

"Ara doakan Akak bahagia dengan Umar."Ucap Ara lalu memeluk erat tubuh Haira.Haira membalas pelukkan.

Dahulu dia seorang yang kejam kerana telah membuatkan Ara menjadi seorang insan yang tidak sempurna kini dia amat beruntung memiliki seorang adik ipar bernama Ara Delisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience