Bab 25

Romance Completed 19487

RAUF ASYRAAF menahan amarah yang terbuku di hati.Jantungnya berdegup kencang segala kejadian tadi terimbau di fikiran segalanya sudah terjawab kenapa isterinya kian mendesak untuknya bernikah lagi satu rupanya mahukan kebebasan.Cermin yang tergantung di tumbuk darah mengalir kelantai.Cermin yang berkecai itu di pandang sepi.
Ara Delisha masuk kedalam bilik sambil mata memandang kearah cermin yang berkecai serta tangan suaminya yang luka."Siapa lelaki tadi?"Soal Rauf dingin.Ara terkejut serta merta mukanya pucat Ara cuba menghampiri suaminya."Aku tanya lagi sekali! siapa lelaki tadi?"Tengking Rauf wajah isterinya direnung tajam.Ara tersentap laju air matanya jatuh."Ara tak..."
"Tipu! ini sebab kau suruh aku bernikah lagi sebab kau nak kebebasan apabila aku tinggal dengan wanita lain.Ara kau dah berubah mana semua perangai Ara yang aku kenal dahulu mana?"Tengking Rauf lagi.Ara sudah melutut bersama esakan.Hatinya sangat bersedih dengan tuduhan suaminya itu.
"Aku sebagai suami sangat sangat kecewa dengan kau Aku setia dengan kau aku cinta kau seorang sahaja tapi orang yang aku cinta bersama lelaki lain.Apa semua ni?"Rauf terduduk lemah wajah isterinya di pandang.kesakitan ditangan tidak di endahkan tetapi hatinya kian sakit.
"Bie sumpah demi Allah Ara tak pernah sekali pun berniat nak curang dengan Bie.Ara tak kenal siapa lelaki tadi."Luah Ara teresak seraya tangan suaminya di genggam.

"Aku tak minta banyak pun Ara cuba hargai aku dah cukup membuktikan yang kau masih sayangkan aku seperti dahulu."Pinta Rauf pasrah namun hatinya semakin menjauh.
"Buatlah Ara apa yang kau mahu cukuplah aku beri kasih sayang sepenuh hati untuk kau kalau sekecil zarah pun kau tak mampu nak hargai.Aku dah penat Ara penat sangat pertahankan syurga kita."Ujar Rauf seakan meleraikan ikatan antara mereka pantas Ara mengeleng tidak mahu dia meleraikan ikatan itu semua ini hanya salah faham.

"Bie dah tak cinta Ara ke?Bie benci Ara sangat sangat ke?Bie tolong jawab walau ia bakal menyakitkan hati Ara."Soal Ara sambil mata memandang wajah Rauf yang masih diam membisu.
"Bie cintakan orang lain?Bie jawab lahh.."

"Bukan aku ada orang lain tapi kau!"Jerkah Rauf sambil matanya merenung tajam isterinya.Rauf mengeluh kasar hatinya benar kecewa tidak pernah dia merasai perasaan seperti ini.
"Sepenuh hati Ara hanya ingin memiliki syurga ini Bie.Bie lengkapkan segalanya tiada satu pun atau sekali pun Ara memikirkan untuk mengantikan tempat Bie dengan lelaki lain.Ara tak pernah terlintas dalam fikiran Ara untuk kecewakan Bie lagi cukup lah Ara terlampau memikirkan soal zuriat dan membelakangkan Bie tapi bukan menduakan Bie."Ujar Ara sambil mengesat air mata yang mengalir.
Rauf memandang wajah itu tanpa kata seperti lelaki yang sangat terluka."Aku dah penat sangat sangat penat bila kau persoalkan tentang zuriat dan kau paksa aku bernikah lain dengan beralih kasih seakan buang aku dari hidup kau padahal kau tahu aku tidak akan pernah sekali pun berubah hati sebab aku masih setia sayangkan kau!" Ujar Rauf lalu menarik nafas seraya menyandar tubuh di katil.
"Tapi hari ini aku tengok kau dengan lelaki lain dia sentuh kau Ara dia sentuh kau macam mana aku nak hilangkan rasa sakit itu kalau ia makin bertambah sakit atas pembalasan cinta kau pada aku dengan melihat kau bersama lelaki lain? "Soal Rauf lantas teresak menangis segala beban dan kesakitan yang ditanggungnya dilepaskan.
Ara laju mengelengkan kepala menolak segala kata kata yang di lontarkan oleh suaminya.Laju air matanya jatuh ke pipi tubuh suaminya didakap kemas.Rauf hanya membatukan diri.
"Hasrat ikhlas dalam hati Bie telah Bie laksanakan tapi Ara? Ara mungkirinya Ara lukakan hati Bie maafkan Ara Ara terlampau mengikut perasan tapi soal lelaki tadi Ara tak kenal siapa dia Bie demi nama Allah Ara berani bersumpah Ara tak kenal dia."Ujar Ara Delisha lantas Rauf melepaskan pelukan wajah isterinya di renung.

"Lelaki tadi lamar Ara untuk dia.Ara tak tahu dia siapa kalau Bie nak tahu lelaki itu selalu hantar mesej dekat Ara suruh Bie nikah lagi satu sebab itu Ara berkelakuan sebegini."Sambung Ara lagi sambil pipi suaminya diusap lembut.
Rauf hanya mendiamkan diri walau apapun yang terjadi dia tidak boleh ego dan terus menerus memarahi Ara tapi dia masih tidak sanggup kehilangan isterinya namun dia masih terasa kesan akan perkara yang terjadi sepatutnya Ara berbincang dahulu dengannya atau bercerita soal mesej lelaki itu bukan terus bertindak.

"Kenapa sayang tak berterus terang dengan Bie perkara sebenar kenapa buat keputusan terburu-buru?"Soal Rauf seraya menundukkan wajah.Ara mengangkat muka suaminya."Sebab Sayang terlampau mengikut perasaan sendiri.Hasrat Sayang kearah itu tapi Sayang tahu Sayang silap Sayang mohon ampun Bie."Ucap Ara lantas tangan suaminya dicapai.

Ara menundukkan kepalanya lantas tangan itu dikucup lama pantas Rauf mencium ubur-ubur isterinya lama."Bie tak minta banyak pun Sayang hanya secebis janji yang Sayang tuturkan dahulu dan Sayang laksanakan hasrat tersebut sudah cukup puas membuktikan segala-galanya."Ujar Rauf pantas tubuh itu didakap kemas tidak ingin lagi kejadian ini berlaku lagi.

Tangan Rauf yang berdarah di genggam lembut."Tangan Bie luka ini biar sayang balut."Ujar Ara lalu bingkas bangun berjalan kearah laci almari mencari bekas berisi pembalut luka.
"Pertahankan Syurga ini walaupun dihati Sayang sudah tiada secebis pun rasa cinta pada Bie.Sekiranya di bibir Bie tidak lagi menutur kata-kata cinta usah kau kenang bait-bait janji manis aku pada kau Ara Delisha."Luah Rauf lalu bingkas bangun meninggalkan isterinya yang berdiri kaku apabila mendengar setiap baik kata-kata suaminya itu.
Ara Delisha akur sekiranya suaminya ingin menghukum segala kesalahan kerana telah melukakkan hati Rauf Asyraaf.
Haira berdiri lama disebalik pintu namun matanya terjatuh kearah adik lelakinya yang melangkah pergi sambil tangan mengesat air matanya.Rauf hanya memandang sayu wajah kakak sulungnya itu sebelum melangkah pergi.
Haira memasuki kamar adik iparnya perlahan-lahan.Kelihatan Ara melepaskan kesedihannya sekuat hati pantas Haira memeluk tubuh itu.
"Ara jangan macam ini."Pujuk Haira mengeratkan dakapan.Ara menangis hiba."Semua salah Ara kak Suami Ara sudah tak yakin dengan Syurga yang kami bina bersama."Jelas Ara perlahan dek tangisannya yang kian memuncak.
"Ara kau kena kuat mungkin suami kau nak masa untuk tenangkan fikiran dia.Sepatutnya kau berbincang dulu dengan dia mungkin ada jalan penyelesaiannya bukan bertindah seperti ini."Sampuk Rasya mengejutkan mereka berdua lantas pelukkan dilepaskan.
"Dik Akak sendiri tak sanggup untuk bermadu apatah lagi kau dik.Akak kenal sangat Raf kalau dia sayang dia tak akan sesekali menduakan mungkin Ara sendiri tahu suami Ara macam mana."Ujar Haira lalu melabuhkan punggung diatas katil.
"Tapi Ara nak penjelasan Kak Sha kenapa lelaki tu buat Ara macam ini.Kenapa dia nak runtuhkan perkahwinan Ara apa salah Ara?"Soal Ara lalu pandang dilontarkan kehadapan.Haira hanya mendiamkan diri walhal dia sudah tahu hal sebenar namun dia tidak sampai hati ini menjelaskan perkara sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience