Bab 22

Romance Completed 19487

Ara Delisha memeluk erat tubuh sahabatnya itu dia nekad untuk mengizinkan suaminya bernikah lain hanya untuk zuriat.Dia telah menjemput sahabatnya kerumah Puan Latifah.

Mereka melangkah ketingkat atas memandangkan suaminya sedang bersantai di balkoni Ara mengambil kesempatan ini semoga suaminya bersetuju.
"Bie Ara bawakan bakal isteri Bie."Sapa Ara memperkenalkan seorang wanita yang dianggap sesuai menjadi madunya iaitu sahabat baiknya sendiri.
Rauf dan Rasya memandang kearah isterinya serentak mereka mempamerkan reaksi terkejut."Ara apa ini? Raf I tak ta.."

"Apa semua ni?"Potong Rauf tegas suaranya sambil memandang wajah isterinya tajam.Rasya mengusap wajahnya sambil mata memandang wajah pasangan itu silih berganti.

"Bie nikah lagi satu."Laju Ara menjawab lantas Rauf mengangguk. 'Apa yang kau buat ini Ara 'bisik hati Rasya.Rauf berjalan kearah bilik lantas pintu dihempas kuat seraya laju air mata Ara mengalir.

Rasya sudah mengeleng melihat keputusan sahabatnya itu.Kehadiranya di sini untuk berjumpa dengan sahabatnya akan tetapi Ara telah memperkenalkan dia sebagai madu padahal Ara tahu dia sudah bertunang.
"Ara aku kesal lah dengan kau sangat sangat sanggup kau buat suami kau macam itu."Rasya meluahkan rasa kesalnya.

"Sya aku tiada pilihan Sya.Aku tak boleh bagi zu.."

"Tapi bukan dengan cara macam ni.Kau tahu aku dah bertunang apa pula kata Faliq nanti.Faliq kawan baik suami kau aku kawan kau Ara takkan sebab macam ini kau desak suami kau suruh bernikah.Ara aku fikir balik suami kau cinta mati dengan kau Raf sanggup lakukan apa sahaja asalkan kau bahagia Ara takkan kau nak buang dia macam itu saja.
Kau bukan sehari kenal dia dah lebih sepuluh tahun.Berdosa buat suami macam tu pergi minta maaf Ara."Ujar Rasya seraya bahu sahabatnya di pegang kemas.Ara mengangguk lemah sahabatnya ditinggalkan bersendirian di balkoni.
Ara mengatur langkah masuk ke dalam bilik.Air matanya sudah jatuh.
Ara menghampiri suaminya lantas tubuh itu didakap erat.Perasaannya kian berkecamuk.Dia tidak patut membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan lelaki ini dia kesali setiap kelakuannya yang terlampau mengikuti mesej daripada orang yang tidak dikenali dan dia hampir meruntuhkan rumah tangganya sendiri.
"Maafkan Sayang Bie.Sayang bersalah."Esakan kecil kedengaran namun tidak mampu mencuit sedikit pun hati Rauf.Keputusan yang dipilih isterinya menghasilkan luka dihati segala kesetiaan kian tergugat oleh isterinya sendiri.Ara semakin teresak menangis.Rauf yang langsung tidak memandang isterinya
pandangan dilontar ke arah halaman rumah namun pandangan terarah pada ibunya yang hanya mengeleng.Ara semakin erat memeluk bersama tangisan."Aku ni siapa Ara? "

"Sua.."
"Habis semua ini Apa? Sampai kau buat semua keputusan membelakangkan aku! Aku suami kau Ara! Hak aku kalau aku nak bernikah tapi bukan dengan orang lain selain kau! " tengking Rauf.
Tangis Ara semakin kuat.Rauf segera melepaskan pegangan isterinya.
"Bie.. Ara salah Ara mohon ampun Bie.."Ucap Ara teresak esak menangis.Rauf memejamkan mata sambil menelan air liur yang terasa pahit.
"Kenapa buat Bie mcm ni? Bie Sayang Ara seorang saja kenapa ? pasal zuriat segalanya takdir Sayang.Kesudahannya ini takdir kita Bie terima."Ujar Rauf kesal.Ara masih teresak esak menangis.Bahu Rauf dipegang.
"Ara salah dalam hal ni.Ara mintak maaf Bie.Maafkan A.."
"Bagaimana aku nak buktikan yang hanya kau sahaja dalam hati sedangkan aku seikhlas hati mencintai kau Ara Delisha.Aku tak minta banyak Ara secebis janji yang mampu menghilangkan setiap kesakitan dalam hati aku kalau maaf yang kau pinta."Potong Rauf lantas meleraikan pegangan isterinya lalu melangkah pergi.Ara masih membatukan diri sambil mata memandang langkah suaminya.
"Perkahwinan kita bukan untuk memiliki zuriat kalau Allah dah bagi Sayang terima.Kalau tak dapat pun sayang terima.Rezeki kan."Ara menutur janji.
"Bie pun akan terima segala kekurangan sayang walaupun banyak halangan Bie tetap pilih sayang bukan orang lain.Setia Bie hanya untuk sayang."
Ara terduduk lemah 'Ya Allah berdosanya aku atas segala kesalahan yang telah aku lakukan Bie maafkan Ara Bie Ara janji tidak akan melakukannya lagi.'Bisik hati Ara lantas tangan didakapkan kedada lalu mata dipejamkan serapat-rapatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience