Bab 21

Romance Completed 19700

Ara Delisha memilih untuk mendiamkan diri sedari tadi selesai mereka makan malam bagi meraikan ulangtahun perkahwinan Ara segera memasuki bilik dengan kelakuan yang dingin.

Rauf menjadi buntu apabila melihat isterinya bersikap dingin dengannya.Setelah mereka sampai dirumah Puan Latifah Ara masih mendiamkan diri dengan berkurung didalam bilik.

Rauf mengambil pendekatan untuk berbual dengan isterinya."Sayang awak kenapa? Saya ada salah ke dengan awak sampai awak bersikap endah tak endah dengan saya?"Soal Rauf sambil mata memandang kearah Ara yang masih membisu.Panggilannya sudah berbeza.
Ara memandang suaminya yang bertukar laku."Bie nikah lagi satu.Sayang restu."tutur Ara Delisha sambil memegang erat lengan suami yang tercinta.Rauf meleraikan pegangan isterinya wajah itu dipandang sinis.
"Apa awak merepek ni Ara? Saya takkan pernah sesekali menduakan awak malahan beralih kasih pada insan lain itu bukan prinsip saya."Rauf melepaskan keluhan berat.Rambut di sisir kasar berat benar hatinya ingin menelan segala keputusan isterinya kini.Apa yang perlu dia lakukan untuk membuatkan isterinya bahagia serta mampu menghargai kasih sayang yang tulus lahir dari batinnya sendiri.

"Tapi Bie kena ada anak.Ara tak boleh bagi B.."

"Balik balik pasal anak Ara.Ara sedar tak saya tak kisah langsung pasal zuriat ini bahagian kita.Apa kalau nak anak saya kena nikah lagi satu macam tu ke syarat mempunyai anak.Ara sedar tak semua ni. saya tak nak!"Bentak Rauf.Ara tetap berkeras dengan keputusannya walaupun dia harus kehilangan suaminya dia nekad demi rumahtangganya dia sanggup berkorban.
"Walau apa pun keputusan Bie Ara tetap nak Bie nikah lagi satu.Bie perlu anak.Rumah tangga kita akan selamat kalau Bie bernikah lain.Ara dah pilihkan calon calon untuk jadi madu Ara."
"Ara Delisha!"Jerit Rauf sambil mata memandang tepat isterinya.Dadanya turun naik menahan amarah yang kian bermaharajarela di hati.Segala keputusan isterinya tidak mampu di telan malahan diterima.

"Raf kenapa ni."Soal Puan Latifah lantas memasuki kedalam bilik anak dan menantunya itu.Sedari tadi dia sudah lama berdiri dipintu mendengar pergaduhan antara anak dan menantunya hatinya tidak sedap.

"Mama nak tahu menantu kesayangan Mama ni paksa sangat Raf bernikah.Mama wajib ke Raf bernikah lain hanya sebab zuriat Ma?."Ujar Rauf lalu melangkah pergi meninggalkan isterinya dengan luka dihati.Ara mendiamkan diri dia bersalah dalam hal ni tapi hatinya sama sekali tidak rela di madukan. wajah Ibu mentuanya di pandang sayu lantas air matanya gugur.Cepat-cepat Puan Latifah memeluk erat menantu kesayangannya.

"Kenapa Ara macam ini nak? Mama tak pernah persoal tentang cucu dengan Ara pun selama ini kenapa buat keputusan mcm ni? kesian Raf dia tak mahu punn orang lain dalam hidup dia nanti kalau kamu dah bermadu kamu rela ke Raf bg kasih sayangg pada orang lain?"soal Puan Latifah kesal laju Ara mengeleng.

"Habis tu kenapa Ara? Mama tak pernah sangka Ara macam ini jangan buat keputusan yang boleh kecewakan suami berdosa tau."Ujar Puan Latifah lagi.
"Ara minta maaf.Ara salah tapi Raf perlu anak.Ara tak mampu nak bagi zuriat Ara sendiri pada Raf."Ujar Ara dalam esakan tangisan pantas Puan Latifah mengeluh.

"Semua sudah tersurat Mama sangat redha.Janganlah kamu bertindak sebegini Mama tak bersetuju kalau kamu suruh Raf bernikah lagi.Mama tak mahu menantu lain selain kamu Ara tolong jangan mcm ini."Pujuk Puan Latifah yakin menantunya akan mendengar segala nasihatnya.

"Ara nak Raf bahagia dengan zuriat dia Ma.Zuriatkan penguat rumah tangga tapi Ara tidak mampu nak beri pada Raf."Ara tetap bertegas.Hatinya kian berkecamuk dia inginkan kebahagian suaminya sudah seakan lama dinanti namun segalanya hilang.
"Kamu berdua sudah lebih sepuluh tahun berkenalan kenapa buat keputusan tanpa berbincang malahan bertolak ansur.Ara tahu tak Mama sangat sayang Ara macam anak Mama sendiri dah Mama sangatlah tak memaksa Ara untuk beri cucu sebab apa sebab Mama terima segala kuasa Maha Esa.Ara fikirkan dan renungkan terima ketentuan takdir."Pujuk Puan Latifah lantas Ara mengangguk namun fikiranya hanya pada mesej itu dia harus melakukan cara lain agar suaminya bersetuju untuk bernikah lain itu janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience