Bab 17

Romance Completed 19487

KAMAL memandang semua ahli keluarga mentuanya namun perasaannya hampa apabila tiada kelibat isterniya di ruang tamu ini.Selepas papanya menelefon menanyakan soal isterinya lantas dia mengambil keputusan untuk berterus terang.

"Mal minta maaf dahulu dengan papa mama Raf dan Ara."Ujar Kamal bagi memulakan bicaranya sambil mata memandang ahli keluarga silih berganti.
Kamal sanggup berhadapan dengan segala kemungkinan bagi membolehkan dia berlaku adil dengan kedua-dua isterinya."Apa yang kamal nak cakapkan ini? "So Encik Hamid setelah melihat menantunya membisu.
"Kamal..Kamal.."Kamal mengeluh serta-merta mulutnya berat ingin menutur kata.
"Kamal apa?"Puan Latifah membuka mulut."Kamal dah bernikah lagi satu."Luah Kamal lalu mengetap bibir.Kesemua ahli keluarga terkejut.

Puan Latifah mengurut dadanya manakala Rauf dan Ara memandang sesama sendiri."Sejak bila?"Soal Encik Hamid tegas.Rauf dan Ara masih mendiamkan diri tanpa kata.
"Setahun yang lepas."Jawab Kamal sambil mata masih memandang kesemua ahli keluarga mentuanya.Mengucap mereka didalam hati dengan berita yang baru di sampaikan kini.
Puan Latifah memandang wajah menantunya itu."Mama tak mampu nak salahkan kamu dan mama juga tidak mampu nak salahkan Haira sebab kedua-duanya mempunyai kesilapan yang mungkin antara kamu berdua sahaja yang tahu.Tapi mama kecewa sebab kamu tak berlaki jujur dengan Haira kamu terus menerus melayan dia dengan dingin padahal kamu sendiri tahu kelakuan Haira berpunya dari kamu sendiri Kamal."Ujar Puan Latifah melepaskan rasa kesalnya.

"Kamal tahu semua ini salah Mal.Mal akan selesaikan semua ini sekarang jua."Ujar Kamal lalu menyisir rambutnya.
"Raf nak marah abang pun tak guna sebab perkara dah terjadi tapi apa pun Raf harap abang dapat selesaikan perkara ini dengan baik."Sampuk Rauf lalu memegang tangan isterinya kemas.
"Papa pun nak maki kamu ke nak marah ke nak halau kamu ke semua tu tak menjaminkan apa-apa pun Mal tapi papa harap kalau ikatan itu berakhir lepaskan anak papa cara baik."Sokong Encik Hamid pula lantas Kamal menganggukkan kepalanya.
"Kamal kita bincang."Sapa Haira lalu melangkah kearah luar rumah.Kamal menuruti langkah isterinya ke luar rumah.
Kamal memegang bahu isterinya mengejutkan Haira lantas air matanya mengalir lagi kepipi.
"I minta maaf dengan You sebab lukakan hati You.I bernikah pun sebab I nak kasih sayang seorang isteri."Jelas Kamal membuatkan Haira berpaling lantas pegangnya dilepaskan.

"Habis I tak cukup ke bagi kasih sayang pada You? I sanggup tinggalkan dunia pramugari I demi You I sanggup berhias demi You I sanggup stay dengan You dekat rumah lain sebab nak pravicy.Ini yang I dapat Kamal sakit sangat-sangat."Ujar Haira sesekali air mata di kesat.

"Sanggup You pilih dia daripada mengubah I mendidik I You sanggup pilih dia sebab hanya menginginkan dia menjadi seorang isteri yang baik.Macam mana pula I yang masih terumbang ambing soal kehidupan yang masih memelukan didikan dari seorang lelaki bernama suami."Sambung Haira lalu melangkah kehadapan membelakangi suaminya.
"Sayang.."Kamal menghampiri isterinya mencuba menenangkan keadaan yang kian membara ini."Dia tak sa.."
"Memang dia tak salah tapi You yang salah kalau You lebih memilih untuk mendidik I mengajar I daripada You memilih dia hanya sebab menginginkan sebuah kasih sayang baik You dari awal nikah dengan dia bukan dengan I! You sendiri yang memandang cinta I hanya disebelah mata You sahaja Kamal!"Tengking Haira berang apabila menyedari cintanya tidak bernilai di mata suaminya walau sebesar zarah.
"I tahu I banyak dosa dengan You semua ini sikap I tapi I berharap You mampu mendidik I tapi You lebih sanggup mendidik wanita lain.Ini balasan atas sikap I.Tak apalah Kamal you teruskanlah berkasih sayang dengan Ayuni sampai You dapat zuriat yang I tak mampu beri."Ujar Haira lagi hampa lalu mengalihkan pandang kearah lain setelah menyedari suaminya memandang kearahnya.
"You pergilah Kamal."Halau Haira lantas tangannya menutup bibir menahan tangisan.
"Kenapa susah sangat You nak maafkan I terima I semula dan kita boleh hidup bertiga Haira please.."Rayu Kamal lalu menarik tubuh isterinya.
"Lepaskan I ceraikan I.I bukan wanita yang sanggup bermadu."Tolak Haira lalu menjauhkan sedikit badanya.
Puan Latifah memandang kearah anak dan menantunya silih berganti dia tidak meletakkan sebuah harapan untuk anak menantunya seandainya ia bukan jodoh dia redha.
"Haira Asirah Binti Hamid I ceraikan You dengan talak satu."Lafaz Kamal lalu melangkah pergi keluar daripada banglo Encik Hamid.
Haira berpaling sambil mata memandang kearah bekas suaminya yang telah pergi.Haira mengesat air mata yang mengalir tanpa henti.
"Maafkan I I tak layak untuk dijadikan seorang isteri lagi untuk You.Semoga You bahagia bersama Ayuni."Ujar Haira lalu melangkah masuk kedalam rumah.
Melepaskan insan yang disayangi itu sememangnya sukar tapi kita harus menyedarkan bahawa kekurangan yang kita hadapi mampu melunturkan sebuah kebahagian yang di inginkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience