Bab 6

Romance Completed 19487

SETIAP yang berlaku pasti ada hikmahnya begitu juga apabila hujan berhenti pelangi akan muncul menyinari hari tatkala ujian menempuh hari ia pasti kebahagian menanti.
Rambut disisir rapi lantas di kelip pengepit berwarna merah. "Anak ibu tak pernah tak cantik."Sapa Puan Raudhah bersama senyuman di bibir.Hatinya cukup lega apabila anak bongsunya ini sudah menjadi seorang isteri yang solehah dan bakal menjadi seorang ibu.
"Ibu ni ada ada je.Isha cantik pun sebab ibu Isha ni. "Puji Ara sambil memeluk erat tubuh wanita tua itu."Isha , ibu bersyukur sebab Isha sudah membesar menjadi anak yang solehah dan juga isteri yang taat dan bakal menjadi seorang ibu kalau arwah abah ada mesti dia bahagia tengok anak dara dia yang seorang ini semakin bahagia."Tubuh anak bongsunya di peluk erat.
Sudah hampir lima tahun suaminya pergi meninggalkan mereka empat beranak.Kini Puan Raudhah berjaya mendidik dan membesarkan anak mereka denga penuh kasih sayang walaupun tanpa kasih seorang ayah.
"Semua ni atas didikan seorang ibu yang tak pernah putus putus berdoa untuk anaknya walaupun Isha dapat kasih sayang seorang ayah seketika tapi Isha bahagia sebab masih ada Ibu."Sambung Ara sambil tangan mengusap lembut pipi tua itu dengan penuh kasih dan sayang.
"Sa.."Kata kata Zaf Rayyan terhenti apabila terpandangkan Ibu mentuanya di dalam bilik lantas senyuman terbaik di bibir.Ara mengerutkan dahi.
"Ibu, Am panggil ibu. puas Raf
cari ibu tadi."tutur Rauf Asyraaf.Puan Raudhah tersenyum lalu mengangguk."Ibu berbual tadi dengan Isha.takpelah Isha ibu tgk abang kamu dekat luar.Ibu keluar dulu ye Raf."Puan Raudhah melangkah keluar.
Rauf memandang isterinya."Sayang cantik cantik ini kenapa?Jangan cakap nak keluar ye Bie penat tolong Am tadi siapkan pangkin."Ujar Rauf seraya merebahkan tubuh di atas katil.
"Bila pula sayang nak keluar sayang cuma sahaja bersiap tak boleh ke Bie?"Soal Ara bersahaja.Rauf bangun lantas pipi isterinya di cuit.
"Boleh kalau untuk Bie kalau untuk orang lain no no no."Jari telunjuknya di gerakkan.Ara memecahkan tawanya melihat gelagat cemburu suaminya yang comel itu lantas jari itu di pegang kemas.
"Kalau sayang nak keluar sekali pun sayang tak perlu pakai sebegini cukup kalau aurat sayang di tutup bukan di persembahkan kepada orang sekeliling yang kadang tidak pernah puas melihat kebahagian orang lain dan sayang bersyukur sebab di temukan dengan Bie yang terlalu baik untuk sayang."Ujar Ara Delisha sambil merenung kedalam mata suaminya dengan penuh kasih sayang.

Rauf hanya tersenyum memandang wajah manis isterinya itu."Bie lagi beruntung sebab dapat isteri yang cantik dan taat segala perintah suami dia walaupun kadang-kadang sangat menjengkelkan ini."Rauf mengenggam erat jari isterinya seraya tangan itu dikucup lembut.
"Bie nanti anak kita nak namakan apa?"Soal Ara teruja lantas Rauf menyentuh perut yang belum membuncit itu.
"Kalau perempuan Bie nak letak Dahlia dan kalau lelaki pula Bie nak letak Raqib okey tak sayang?"Cadang Rauf semakin teruja menunggu kelahiran zuriat pertamanya itu.
Ara hanya mengangguk bersetuju dengan cadangan suaminya itu tanpa ada rasa untuk membantah memandangkan suaminya sangat berhak memilih nama yang elok bagi anak mereka kelak.

"Bie tengok Am tu bahagia je kenapa? ada berita yang Bie tertinggal ke?"Soal Rauf seraya merenung wajah isterinya.Ara menahan rasa geram mendengar soalan suaminya itu.

Ara memegang telinga suaminya lalu di picitnya terjerit kecil Rauf di buatnya."Selama sayang beritahu dia boleh tidur.Sayang cakap kan Abang Am pergi jumpa Kak inas.Mereka teruskan pernikahan dua bulan lagi."Jawab Ara lalu menjeling tajam kearah suaminya.

Rauf menepuk dahi seraya tangan isterinya di tarik."Bie mengantuk badan tak sihat.Sorry lah."Ujar Rauf lantas ketawa.
"Nakal nya sayang ini."Mereka sama-sama ketawa."Cuti sayang sampai bila Bie lupa tanya."Soal Rauf tentang cuti yang dimohon oleh isterinya itu al maklumlah kerja bawahan orang.
Ara Delisha yang berkerja sebagai Pegawai Bank berbeza dengan Rauf yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Shah Alam.
"Sayang cuti sampai lusa Sayang lupa cakap dekat Bie yang Sayang cuti sampai lusa Sayang rasa Bie yang cakap dekat sayang yang Bie cuti sampai minggu depan kan Cuti sem kan."Ujar Ara seraya bangun lalu berjalan kearah almari.
"Itu semua student sayang.Bie cuti sama dengan sayang tapi sebelum balik Shah Alam kita singgah rumah mama dulu ye.Papa nak jumpa Bie."Ara laju mengangguk lantas Rauf mengukirkan senyuman manis untuk isterinya.
Apabila cinta semakin mekar dihati makna kehilangan tiada bererti.Setiap masa madah cinta rindu dan sayang terus terungkap di bibir tanpa henti seolah takut suatu saat ungkapan itu hilang di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience