Bab 15

Romance Completed 19487

Suasana tenang hanya bunyi air sungai yang mengalir mendamaikan pendengaran.Aqram teringatkan sesuatu lantas dia mencapai gitar di hadapannya.Inas yang sibuk menyediakan makanan untuk perkelahan mereka.
"Sayang ingat tak saat pertama pekenalan kita dahulu?Dan kenapa Abang tertarik sangat dengan sayang."Soal Aqram sambil memandang wajah Inas yang segera mengeleng.

"Masa itu Abang bercuti dekat Sabah lepas itu Abang terlanggar saya.."
"Subhanallah Abang! Abang ke yang Inas langgar?Kecilnya dunia."Potong Inas terkejut lantas senyuman terukir dibibirnya.
"Dengarlah dulu masa itu Sayang sibuk dengan program Sayang Abang pun ikut Sayang ke Dewan Majlis yang Sayang anjurkan Abang tengok cara Sayang layan anak-anak yatim itu mencuit hati Abang seandainya suatu hari nanti anak kita Sayang layan macam tu."Cerita Aqram teruja terus kenangan itu terbayang diminda.Inas terharu mendengar cerita bakal suaminya itu.
Gitar yang dipegang Aqram di petik sambil mata memandang kearah Inas Azraff yang sudah tersentuh."Cuba kau ingat kembali masa lalu kasih ku teguh buatmu walau ku terluka namun ku bersabar dan masih menyayangi."Nyanyi Aqram sambil tangan lincah memetik gitar.
Inas mendekati bakal suaminya itu."Seandainya Abang tiada lagi di sisi Sayang jaga lah diri jangan sesekali tangisi setiap pemergian Abang sebab Abang tahu seandainya Sayang bersedih pasti tiada siapa yang sanggup menghilangkan kesedihan itu."
Inas Azraff tersentap laju air matanya mengalir ke pipi.Perit untuk menerima kehilangan ini di saat hati ingin merasai sebuah cinta kembali lalu ia ditarik sekelip mata.
Setiap hari Inas mencuba untuk terus menerima Qada dan Qadar Allah bahawa seteruk mana pun dia meratap hakikatnya Aqram Muhaimin tidak akan hidup lagi ke bumi.Inas harus redha sepertimana Ahli keluarga Aqram sendiri yang telah redha.
Kenangan itu sentiasa menjadi pengubat rindu walaupun itu hanya khayalan dan tidak akan terjadi lagi."Walau apa pun Inas kau kena teruskan kehidupan kau.Allah ada dekatkan diri kau dengan dia."Ujar Solehah lalu melabuhkan punggung di bangku berhadapan Inas.
Inas mengesat air mata."Aku cuma teringat saja dekat Arwah.Aku yakin aku boleh terus bangkit selepas ini janji kau sentiasa di sisi."Inas memegang tangan sahabatnya itu lantas tersenyum manis.

Pandangan dihalakan kearah tasik di hadapan tasik ini mereka hampir berpisah namun kasih sayang yang kuat mampu mempertahankan segalanya walaupun ia hanya seketika.Inas memejamkan mata lalu melepaskan keluhan lantas mata di buka lalu tersenyum.

"Terima kasih Ya Allah hadirkan seorang lelaki yang baik untukku."Bisik Inas perlahan.

Menyakinkan diri untuk terus bangkit meneruskan kehidupan apabila insan yang di sayangi pergi buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience