Bab 29

Romance Completed 19487

Luth Umar melangkah masuk kedalam bilik lantas matanya terarah pada sekujur tubuh yang kaku tanpa seurat benang pun dibadan.Tambahan pula setitis darah jatuh disebalik selimut berwarna putih itu.

Luth Umar terkejut melihat keadaan isterinya lantas segera memeluk tubuh isterinya yang sudah lembab di seluruh badan."Sayang Wanda bangun Sayang."Luth menepuk lembut pipi isterinya yang sudah tidak bernyawa itu.

Hatinya bercelaru kesedihannya berlimpat kali ganda dia berdosa kerana telah mengabaikan satu-satunya wanita yang sangat menyayanginya dengan mengikut kata hati menghancurkan hubungan orang lain.

"Wanda aku minta maaf aku salah jangan tinggalkan aku Wanda!"Luth Umar keesakan disisi isterinya lantas otaknya ligat memikirkan siapakah yang melakukan kekejam seteruk ini pada isterinya.Seperti hilang separuh nadinya Luth lemah dalam tangisannya.

Usai membersihkan diri Fikri melangkah keruang tidur lantas kakinya kaku pucat lesi wajahnya melihat majikannya yang sudah pulang.Keresahan tidak mampu dibendung lagi.Fikri bersuara perlahan-lahan.

"Tu..an.."Luth bingkas bangun lantas satu penumbuk hinggap di muka Fikri.Dadanya turun naik menahan amarah dihatinya atas tindakan jijik pekerjanya itu yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri tetapi akhirnya ini balasan atas segala budi yang diberikan selama ini.

"Kau memang setan lah! Aku suruh kau buat apa?Aku tak suruh kau rogol dia aku tak suruh kau bunuh dia! Aku sebagai suami tak pernah sentuh dia kau siapa nak sentuh dia!"Jerkah Luth Umar menyinga.

Fikri mengesat darah yang mengalir di celah bibirnya."Aku kutip kau! aku bagi kebenaran untuk kau kerja bawah aku! Aku percaya kau sangat sangat ini kau balas kat aku Fik!"Jerit Luth Umar lagi pantas Fikri berdiri sambil matanya bertentang mata dengan majikannya itu.

"Kau nak mengungkit dengan segala budi yang kau tabur dekat aku?Habis budi yang Aqram tabur dekat adik kau , dekat nama baik Tuan Megat Mohammad? Ada kau fikir? Kau bunuh dia adalah sebabkan harta yang kau sanjung sangat sebab kau tidak menginginkan adik kau bercinta dengan Aqram kau sanggup langgar dia selepas adik kau tembak dia dan sekarang kau tagih cinta adik Aqram untuk apa?

Untuk membuktikan yang kau mempunyai kuasa yang tinggi melangit sampai mata kau sendiri jijik nak memandang manusia semiskin kami! Sekarang kau rasalah isteri yang kau hina yang kau maki setiap kali mata kau terbuka tu dah mati tanpa sempat kau minta maaf dengannya."Luah Fikri setelah sekian lama dia memendam segalanya.

Luth Umar meraup wajahnya sambil menelan air liur.Semua kata-kata Fikri ada benarnya segala kesilapan yang telah dia lakukan kini dia harus menerima balasan dari Allah SWT namun dia tidak mampu menerima kekejaman atas isterinya dia lebih rela segala kekejaman dibalas pada dirinya sahaja bukan wanita semulia Wanda.

"Kalau kau tak puas hati dengan aku kau bunuh aku jangan bunuh dia dia tak salah! dia tak salah!"Jerit Luth Umar sekuat hati sambil memegang kemas bahu pekerjanya itu.

"Kalau kau tak puas hati dengan Aqram jangan libatkan Ara dia tak salah!"Balas Fikri kembali sambil mata memandang tajam wajah majikannya itu.

"Kau sanjung setiap kesalahan Cik El sebab apa sebab dia adik kesayangan kau tapi kau masih tak sedar yang adik kau dah bunuh ayah kau sendiri bunuh mak kau sendiri lepas itu kau seksa Cik Wanda sebab apa? sebab kau sudah dapat semua kekayaan Cik Wanda.Hey ! dia layak dapat kasih sayang yang lebih baik daripada kau.

Dia layak dapat belaian yang selama ini engkau tidak memberinya malahan tidak menyentuhnya.Apa salah aku rasmi dul.."

Luth segera memukul pekerjannya itu sekuat hati sampai terbatuk-batuk Fikri menahan kesakitan."Bunuhlah aku bukan isteri kau boleh hidup balik pun!"Jerit Fikri lantas Luth melepaskan pegangan.

Wajah kaku isterinya dipandang segera dia memeluk tubuh itu."Wanda!"Jerit Luth sekuat hati.Kini dia hilang segala-galanya hanya sebab sifat bongkak dengan kekayaan serta dendamnya yang bersisa.

Ya Allah ampunilah dosa hambamu yang kerdil ini sesungguhnya aku hamba yang paling hina didunia ini yang tidak layak kemaafanmu Ya Allah

Luth mengesat air matanya sambil memandang kearah tanah yang telah menanamkan sekujur tubuh insan yang tidak dihargainya selama ini.Hatinya terlalu hitam dengan keduniaan serta jahil dalam keagamaan memaksakan dia menjadi lelaki yang sangat bongkak dan melakukan kekejaman pada insan yang tidak bersalah dimuka bumi Allah ini.
Fikri telah ditangkap oleh Polis atas kesalahan membunuh.Tiada perasaan yang mampu digambarkan oleh Luth sendiri kerana ini semua datangnya kesilapan dirinya sendiri dan Fikri hanya seorang lelaki yang melihat segalanya serta berkelakuan mengikut hawa nafsu.

Haira menghampiri lelaki yang masih berdiri memandang kearah kubur sahabatnya itu."Takziah dari saya."Ucap Haira sayu dia baru mengetahui berita ini setelah dimaklumkan oleh pekerja di butik tambahan pula berita ini berluasa di media sosial dan khabar-khabar.

Luth memandang wajah wanita disisinya itu."Aku hina kan Haira aku jijik aku kejam dan aku tiada secebis pun rasa untuk menghargai insan didepan mata aku."Ujar Luth lantas merebahkan tubuh diatas tanah.

Setitis air mata Haira gugur lantas dia mendekatkan diri kearah lelaki tersebut."Setiap perkara yang terjadi sudah suratan hanya kita sebagai hambanya yang tidak mampu mengawal segala nafsu dalam keduniaan.

Seandainya awak telah menyesal dengan segala kesilapan awak, kembalilah pada yang maha pencipta memohon maaf padanya."Pujuk Haira lalu bingkas berdiri ingin berlalu dengan meninggalkan lelaki itu bersendirian.

"Terima kasih."Ucap Luth lantas memandang kearah Haira dengan satu senyuman manis.Haira hanya mengangguk lalu melangkah pergi.Hati Luth tenang setenangnya dia redha melepaskan insan yang disayangi serta dia harus memulakan kehidupan dan bertaubat.

'Ampuni aku Ya Allah.'Bisik hati Luth Umar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience