Bab 11

Romance Completed 19487

Rauf Asyraaf melabuhkan punggung di kerusi berhadapan isterinya yang masih lena.Apakah yang perlu di katakan saat wanita ini terjaga adakah berita duka ini mampu diterima oleh wanita di hadapannya kini atau pun tidak.
Janin anak sulungnya itu sudah selamat disemadikan.Damailah anak engkau disana walaupun engkau belum cukup segala-galanya dan walau kami tidak mampu melihat wajah engkau didunia tapi engkau sentiasa dalam ingatan kami.
Ara membuka perlahan-lahan matanya.pandangnya masih
samar-samar matanya melilau memandang sekeliling namun pandang jatuh pada insan yang amat di cintai.Rauf setia menanti dengan senyuman pahit di bibir.Ara teringat akan sesuatu perutnya di pegang rasa nyilu diperutnya ditahan.
"Bie anak kita macam mana?"Soal Ara lemah.Rauf menahan kesedihannya seraya menarik tangan isterinya."Sayang nak air?"Soal Rauf mengendahkan pertanyaan isterinya namun jauh disudut hatinya ingin sekali tubuh itu dipeluk lama.
"Bie sayang tanya ini.Kandungan sayang macam mana?"Soal Ara lagi sambil mengerutkan dahi memandang wajah suaminya."Sayang.."Rauf mengetap bibirnya sambil wajah isterinya dipandang.

"Sayang gugur."Ujar Rauf lalu mengenggam kemas tangan isterinya. Ara tersentak laju air mata mengalir.Rauf segera memaut tubuh Ara dengan kemas teresak Ara melepaskan tangisnya.
"Bie tipu Bie tipuu!!"Tangis Ara semakin kuat sambil tubuh suaminya ditumbuk kuat.Hatinya kosong tiada kata yang perlu di ungkapkan.
"Sayang mengucap sayang.Ujian untuk kita kita kena redha Allah ada sayang jangan macam ini."Bisik Rauf ke telinga Ara.
Ara melepaskan pelukkan seraya wajah suaminya dipandang redup."Sayang boleh mengandung lagikan? "Soal Ara mengharapkan sebuah zuriat lagi untuk melengkapkan semua keluarga yang sempurna.

Rauf terasa bersalah untuk menjawab pertanyaan isterinya itu.Dia yakin sekiranya jawapan ini yang diberi pasti isterinya bakal berduka. tetapi perkara itu harus diperkatakan.
"Sayang tak boleh mengandung sebab Doktor dah buang rahim sa."
"Takkk!!!! Bie tipuuu Kenapaa Bie? Ara.."Rauf segera memeluk isterinya agar segala rasa mampu diredakan namun hatinya kian lemah melihat kesedihan Ara Delisha seorang yang ceria akhirnya lemah apabila diuji.
Rauf menyandarkan badan disofa sambil mata memandang isterinya yang masih terlena.Satu keluhan dilepaskan sambil meraup wajah yang kusut.Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Rauf memandang skrin telefon yang tentera nama adik iparnya Alliya pantas dijawab."Assalamualaikum Abang Raf Liya nak cakap sesuatu macam mana Liya nak mulakan tapi Liya harap abang tenang."Kedengaran suara Alliya sedikit teresak.
Rauf hanya diam membisu tanpa menjawab atau memberi respon."Abang Am meninggal dunia."Lantas Alliya memutuskan panggilan.Rauf tergamam tanpa kata seraya memandang wajah isterinya.
"Allah.."Rauf memegang kepalanya.Ujian yang dialami begitu menguji segalanya Rauf redha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience