Bab 40 (Akhir)

Romance Completed 19487

Setelah mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Ilaika Faqirin si comel yang sekarang telah petah berkata-kata apatah si comel itu sudah pandai berjalan.

Ara Delisha telah meminta izin untuk sambung belajar tetapi Puan Raudhah menasihat supaya tidak melupakan tanggungjawab kepada suami memandangkan Ilaika di jaga baik oleh Puan Raudhah yang telah menyerahkan sepenuhnya perniagaan restoran kepada Alliya setelah Alliya memutuskan untuk berhenti menjadi seorang guru.

Haira dan Umar telah selamat menjadi suami isteri kini mereka menetap di Melaka memandang Umar membuka sebuah perniagaan di sana.Setiap hujung minggu Haira akan pulang kerumah Puan Latifah.

Rauf masih meneruskan pekerjaan sebagai pensyarah memandangkan dia telah dinaikan pangkat sebagai seorang pengarah.Di situlah Ara menyambungkan pelajaran.

"Mama jangan dekat dengan Baba."Ilaika memberi amaran pantas Ara mengerutkan dahi sambil mata memandang kearah suaminya yang sudah mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kenapa pula Mama tak boleh dekat dengan Baba Mama isteri Baba lah."Bantah Ara geram.
"Ini suami Ika juga."Ilaika membangkang kata-kata Ara Delisha.
Ara memandang wajah suaminya lantas tawa dilepaskan."Ambillah Baba tu Mama dah bosan."Ujar Ara selamba.

"Sayang cakap apa bosan?"Rauf mengecilkan matanya memandang wajah Ara yang sudah ketawa melihat gelagat suaminya.

"Baba janganlah sweet sangat!"Jerit Ilaika cemburu pantas Rauf dan Ara memandang sesama sendiri.
"Walau apa pun yang terjadi Sayang tetap pilih syurga ini."Ucap Ara yakin bahawa mereka bakal memiliki sebuah keluarga yang bahagia.

"Bie akan memilih syurga ini Syurga bersama Sayang bukan wanita lain."Balas Rauf lalu memeluk erat tubuh isterinya sambil mata memandang si comel yang rancak bermain.

"Ara Delisha adalah permaisuri dihati jangan biarkan air matanya mengalir lagi mungkin luahan dapat diabadikan dihati hanya dengan seikhlasan dihati."Ucap Rauf sepenuh hati.

"Rauf Asyraaf selalu dihati hanya satu yang dipinta secebis kasih."Balas Ara lalu mencium lembut tangan suaminya.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience