Bab 35

Romance Completed 19487

"Ariel!"Alliya membuka matanya seluas -luasnya lantas memandang sekeliling.

"Adik.."

"Kak Liya nak Ariel.."Pinta Alliya sambil memaut kedua-dua belah bahu kakaknya.Ara meletakkan tangan keatas dahi adiknya itu panas lalu Ara membaringkan adiknya kembali seraya mencapai kain basah yang terdapat didalam mangkuk diatas meja diletakan ke dahi adiknya itu.Alliya memejamkan matanya kembali.

"Adik rehat ya.."Bisik Ara lembut air mata ditahan supaya tidak jatuh dihadapan adiknya dia harus menunjukkan dirinya kuat dihadapan wanita ini agar Alliya kembali bersemangat menghadapi hari yang akan datang tanpa suami disisi.

Semalam adalah berita yang paling terkejut disampaikan oleh Trisha rakan kerja adiknya soal talak yang dilafazkan oleh Ariel bekas adik iparnya.Jelas Puan Raudhah mempamerkan reaksi hampa dengan kelakuan bekas menantunya itu namun apakan daya segala sudah tersurat.

"Macam mana kau sekarang?"Soal Rasya mematikan lamunan Ara lantas keluhan dilepaskan.

"Macam kau tengok sekarang aku dengan syurga utama aku Ibu dan adik aku Alliya tak sanggup aku melihat keadaan dia yang sakit macam tu."Ujar Ara sambil melemparkan pandang kearah pagar rumahnya.

Rasya mengetap bibirnya segala kejadian yang menimpa sahabatnya itu cukup terkesan namun siapalah dia untuk terus menghukum seseorang , baginya segala yang terjadi pasti ada hikmah.

"Raf tak call kau ke?"Soal Rasya sambil memandang wajah sahabatnya yang hanya mengeleng lemah jelas kesedihan masih bersisa dihati.
"Nanti kau balik kampung aku tau masa aku nikah boleh kita jalan-jalan."Rasya mengubah topik agar sahabatnya itu tidak bersedih lagi memikirkan masalah yang dihadapi.

Ara ketawa tiba-tiba pantas Rasya mengerutkan dahi."Tak sangka korang akan kahwin kalau tak dulu macam anjing dengan kucing bercakar selalu dekat Universiti."Sakat Ara geli hatinya melihat telatah dua orang sahabatnya ini yang dahulu tidak boleh bertembung pasti perang akan bermula.

"Kau kenakan aku ya.Aku pun tak percaya Faliq boleh jadi suami aku nanti."Rasya sudah tersenyum sendirian melayani perasaan bahagianya.

Ara memejamkan mata apabila teringatkan pengenalannya dengan Rauf lantas senyumannya mati laju ingatan itu di buang jauh.

Tidak pernah membenci namun hati masih mengharapkan semua ketulusan hati yang mampu mengembalikan kenangan yang abadi.

"RAF minta maaf dengan Papa dengan Kak sebab Raf bertindak terlalu mengikut emosi sendiri sampai Raf lulakan hati Papa."Ucap Rauf lembut lalu menyalami tangan Encik Hamid.

"Papa sudah lama maafkan Raf Papa faham perasaan Raf kalau Papa dekat tempat Raf Papa akan buat perkara yang sama tapi bukan buang isteri itu bukan jalan penyelesaian."Jelas Encik Hamid sambil menepuk lembut bahu anaknya itu.
Rauf menghampiri Haira yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi seraya menghulurkan tangan pantas Haira menyambut huluram tangan adiknya itu.

"Akak tak harapkan apa pun Raf tapi Akak cuma ingin kau sedar Ara sanggup berkorban macam-macam dengan kau sampai dia berhenti kerja tumpukan seratus peratus tumpuan untuk kau tapi apa yang dia dapat.

Ara rela melepaskan suami dia dengan wanita lain sedangkan kau sendiri tahu tak semua perempuan dekat luar sana termasuk Aku rela untuk bermadu.Kau beruntung dapat Ara kalau kau siakan dia kau rugi."Nasihat Haira sambil memandang wajah adiknya yang hanya menunduk.
Lufiya memandang dengan senyuman yang manis dibibir melihat kearkaban keluarga tersebut yang tidak pernah terputus walau diuji berbagai masalah.

"Umi.."Sapa Haira lalu memandang kearah adiknya Rauf yang menghampiri Ibu tiri mereka.
"Maafkan Raf Umi."Ucap Rauf sambil tersenyum manis.Lufiya menangis gembira kerana anak kepada suaminya mampu menerima kehadiran dia dalam keluarga itu.Dia bersyukur.

Tiada gambaran yang mampu mengambarkan kemanisan berkeluarga.Dia memilih syurga itu dan dia akan terus berdiri pertahankan ia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience