Bab 30

Romance Completed 19487

Menyulam kembali cinta yang dahulu diperlekehkan semakin mengeratkan kasih sayang begitulah cinta Rauf dan Ara yang sudah semakin mekar dihati sehingga takut untuk kehilangan antara satu sama lain.
Selesai membasuh pinggan dan mengemas meja makan Ara melangkah kearah bilik tidur sempat tangannya menutup suis lampu membuatkan seluruh rumah menjadi gelap gelita sudah menjadi kebiasaannya menutup lampu sebelum masuk kedalam bilik.

Tombol pintu dipulas lantas Ara memandang sekeliling bilik gelap."Bie!!!"Ara memanggil Rauf yang tidak kelihatan sedari tadi katanya ingin menyemak tugasan pelajar tetapi melihat kepada keadaan bilik yang gelap takkan suaminya melakukan perkerjaan dalam kegelapan.

Tangan Ara ligat menekan suis lampu."Arghhh!!!"Jerit Ara apabila seekor patung sebesarnya berdiri tegak memandang kearahnya.Hampir pengsan tubuh Ara dibuatnya pantas Ara menjerit sekuat hati.

Anak patung besar itu terus memeluk Ara lalu dilemparkan ke atas katil.Ara terus memejamkan mata sambil meronta ketakutan.Rauf segera menanggalkan kepala patung yang dipakai lantas mencapai kotak berisi hadiah yang istimewa darinya diatas meja.

"Happy Birthday Sayang!"Ucap Rauf penuh kasih dan sayang.Ara membuka perlahan-lahan matanya memandang wajah suaminya yang hanya memakai pakaian teddybear.

Ara segera memeluk erat tubuh suaminya yang masih tersenyum sambil menghulurkan kotak hadiah."Bie terima kasih."Satu ciuman hingap dipipi suaminya lantas hidung suaminya dicuit kasih.

"Kenapa pakai macam ini?"Soal Ara lalu memeluk kepala teddybear tersebut."Saja sakat Sayang.Bie akan selalu ada dengan Sayang sampai bila-bila.Syurga ini yang Bie inginkan."Ujar Rauf lantas memeluk erat tubuh isterinya dengan penuh kasih sayang.

Seperti biasa Ara membalas pelukan tersebut dengan penuh kasih sayang."Sayang juga janji dengan Bie walau apa pun yang terjadi Sayang tetap disisi Bie tetap pilih syurga ini."Jawab Ara lantas mengeratkan lagi pelukkan namun Ara terpandangkan kotak hadiah yang baru diberikan oleh suaminya.
Lantas kotak tersebut dibuka Ara memandang isi yang terdapat didalam kotak tersebut hanya kunci.Ara segera memandang suaminya meminta penjelasan."Kunci rumah kita yang baru."Jawab Rauf menghilangkan segala tanda tanya dihati Ara tetapi air matanya yang menitis melihat kesungguhan suaminya itu.

"Happy Birthday Araa!!"Jerit Haira dari luar bilik tidurnya mengejutkan Ara dan Rauf yang sudah memandang sesama sendiri lantas Ara mengesatkan air matanya.Ara dan Rauf bingkas bangun lalu melangkah kearah pintu sambil menarik tangan suaminya.

"Suprisee!!"Jerit Haira lagi sambil menghulurkan seekor patung yang besar tetapi tidak bernyawa seperti tadi.Ara segera memeluk anak patung tersebut perasaannya bercampur baur dia sangat bersyukur kerana masih mampu berdiri memandangkan umurnya sudah meningkat.

"Kak Long terima kasih."Ucap Ara lantas memeluk cium kakak iparnya itu."Sama sama dik , sorry akak ganggu malam-malam sebab semua ini idea Raf."Ujar Haira lalu meleraikan pelukkan lantas memandang adiknya yang tercegat berdiri dengan senyuman dibibir.

Ara memandang suami tercintanya dengan mengecilkan mata."It's okey lah kak.Akak boleh datang sini bila-bila akak suka.Rumah ini terbuka untuk akak."Ara memegang lengan kakak iparnya sambil tersenyum memandang suaminya.

Kekalkan hubungan yang telah tersedia kala tanpa sedikit pun wujud rasa sangsi yang mampu menghilangkan walau secebis cinta dihati.

Telefon bimbit Haira berbunyi segera Haira mengangkatnya."Apa!Okey Kakak dengan Raf datang sekarang."Haira mematikan panggilan lantas memandang wajah adiknya Raf.

"Mama jatuh mama dekat wad kecemasan sekarang.Akak gerak dulu nanti kau dengan Ara menyusul ye."Ujar Haira sambil kalut menuruni berjalan kearah pintu.

"Kak kita gerak sekali dah lewat malam ini."Pinta Rauf lalu mencapai kunci yang tergantung di dinding.Ara yang sudah siap mencapai tudung sarung terus menarik tas tangan lalu mengekori langkah suaminya sempat dia mengusap lembut bahu kakak iparnya yang sudah redup matanya.

'Selamatkanlah mama Ya Allah semoga mereka berdua beradik bertabah menempuh ujian Allah' Bisik hati Ara sambil mata memandang suaminya yang tekun memandu sesekali dia menjenguh kakak iparnya yang hanya mendiamkan diri memandang keluar tingkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience