Bab 31

Romance Completed 19487

Doktor Ainnur keluar daripada bilik pembedahan lantas nafas ditarik perlahan-lahan sebelum mengatur langkah kearah Encik Hamid yang menyandar pada kerusi.
"Encik.."Sapa Doktor Ainnur setelah berdiri dihadapan Encik Hamid.
"Macam mana Doktor?"Soal Encik Hamid seraya bingkas berdiri."Puan mengalami hentakkan yang teruk akibat jatuh.Maaf Encik Puan koma."Jelas Doktor Ainnur.

Encik Hamid terduduk lemah hatinya benar-benar meronta.Dia tidak kuat untuk menghadapi ujian berseorangan kalau isterinya tidak mengizinkan dia bernikah lain pasti isterinya tidak sesakit ini.
"Maafkan Papa Papa tiada disisi Mama."Bibir Encik Hamid menutur kata namun segalanya sudah terlambat tetapi apakah reaksi anaknya apabila mengetahui ibunya koma.
Lufiya mengesat air matanya lantas berjalan kearah suaminya tangan suaminya digenggam kemas."Bertahanlah bang demi anak-anak."Encik Hamid memandang isterinya lantas Lufiya mengangguk lemah.
Lufiya bersetuju bernikah dengan Encik Hamid atas persetujuan Puan Latifah sendiri dia juga menerima dengan seikhlas hati bukan atas dasar harta tetapi kerana jodoh yang ditetapkan Allah.
"Macam mana abang nak bertahan sekiranya abang berada dirumah pasti akak tak jatuh dan dia tak koma.Apa reaksi anak-anak mereka sanggup ke terima keputusan macam ini."Jelas terpancar kekecewaan di wajah Encik Hamid.
"Semua itu bukan alasan untuk abang menyerah.Abang mampu mendidik anak-anak sampai mereka berjaya tanpa rungutan kenapa kali ini abang mengalah."Pujuk Lufiya lantas memegang erat bahu suaminya itu.
Setiap kasih yang diberikan lelaki ini tidak melebihi kasih madunya yang sangat mulia hatinya.Air mata Encik Hamid menitiskan pantas Lufiya mengesat lembut air jernih itu.
"Pa! Apa ini?"Soal Rauf setelah melihat kejadian yang sangat mengejutkan hatinya tetapi tidak bagi Ara dan Haira mereka sudah mengetahui akan perkara ini.
"Raf Papa boleh explain."Encik Hamid bingkas berdiri lalu menghampiri anak lelakinya itu sambil mata memandang wajah puteri sulung dan menantunya itu.

"Nak explain apa Pa? Mama tengah bertarung nyawa dekat dalam tapi Papa boleh berasmara dengan perempuan lain apa ni Pa!"Bentak Rauf bergema Hospital dengan suara Rauf yang sudah menyinga.
Haira menarik tangan adiknya itu."Kita bincang dekat tempat lain."Rauf akur lantas mengekori langkah kakaknya yang mendahului di ikuti oleh Encik Hamid dan Ara manakala Lufiya hanya berdiri memandang langkah ahli keluarga suaminya.Hatinya kian runsing lantas dia bingkas berdiri ingin mengekori langkah tersebut.
"Dia Ibu tiri kamu Raf."Ujar Encik Hamid setelah mereka sampai disebuah bangku sekitar kawasan Hospital.Ara hanya mendiamkan diri sambil melabuhkan punggung diatas kerusi.Haira hanya memandang sambil memeluk tubuh.
"Sejak bila Pa?"Soal Rauf tegas mencerlung matanya memandang wajah Encik Hamid."Lima bulan yang lepas."
"Apa!"Rauf memandang wajah kakaknya meminta penjelasan."Kak kau tahu semua ini?Mama mama tahu ke?"Soal Rauf lantas memeluk tubuh ketegasan suaminya menakutkan Ara serta merta kejadian lalu tersingkap kembali.

"Akak dan Mama tahu.Mama yang izinkan Papa bernikah lain."Jawab Haira sambil mata memandang wajah redup Encik Hamid yang menunduk sedari tadi.

Rauf menepuk tangan hati kelakiannya tercabar."Hebatnya! Aku bukan anak dalam keluarga ini ke apa? Sampai semua perkara aku tak tahu!"Jerkah Rauf sambil mata memandang wajah semua ahli keluarga.
"Raf.."
"Kau Kak! Dulu kau bercerai sebab apa? Sebab bekas suami kau bernikah lain kan! Kau cakap kau x sanggup berkongsi kau sendiri cakap dekat aku tapi sekarang kau buat apa kau sanggup tengok ayah kau sendiri bernikah lain dan kita ada seorang Ibu lagi."Tepat jari telunjuk kemuka Haira yang hanya menahan segala kemarahan adiknya itu.

"Mama setu.."

"Mama pun nak jadi macam Ara? paksa suami bernikah lain macam tuu! Dulu Mama sendiri larang sekarang Mama sendiri yang buat!"Rauf tersenyum sinis sambil mata memandang isterinya yang hanya menundukkan wajah.
Bukan niat Rauf ingin berkelakuan seperti ini tetapi segala yang terjadi sangat menikam dihati seakan dia tersisih malahan dia tidak mampu menerima soal poligami yang dahulu menjadi pergaduhan besar antara dia dan Ara.

"Apa alasan papa untuk bernikah lain? sebab mampu? sebab jodoh? sebab cinta? apa sahaja alasan yang Papa beri Raf langsung tak boleh nak terima ! Mana setia Papa mana?"Jerit Rauf sekuat hati sambil memandang tepat kearah Papanya.Ara mengesat air matanya yang jatuh segala sifat suaminya berumah seratus peratus.
"Raf!"Jerit Haira lantas mendekatkan diri dengan adiknya yang membaran itu.Ara bingkas berdiri takut jika berlaku kekasaran nanti.
"Kau jangan biadap lah Raf! Terima takdir Allah.Dulu kau boleh menerima kenapa sekarang kau berubah apabila ditimpa musibah? mana kata kata kau mana ucapan redha kau? jangan munafik Raf! mengucap ingat Allah."Nasihat Haira wajah adiknya direnung tajam lantas air matanya mengalir.
"Kau tak payah ajar aku pasal agama kalau perkara ini korang sendiri tak bangkitkan! Kalau Mama tak jatuh aku rasa sampai kiamat aku tak tahu pun Papa aku sendiri bernikah lain.Papa aku sendiri rela berpoligami kalau pernikahan ini mendapat persetujuan Mama sekali pun Papa boleh membantah pertahankan sebuah kesetiaan."Wajah Encik Hamid dipandang lama sambil kening sebelah terangkat.

"Kenapa kau nak marah sangat Raf bukan kau yang kena bernikah lain Papa yang ke.."

"Sebab korang berdua sisih aku!"Rauf menumbuk kuat tiang besi berdekatannya sebelum menarik tangan isterinya lalu berjalan pergi meninggalkn kakak dan ayahnya yang hanya memandang sepi.

"Haira Umi minta maaf kalau kehadiran Umi membuatkan kamu adik beradik bergaduh"Ujar Lufiya yang sedari tadi berdiri memandang kearah pertelingkahan anak beranal tersebut.

"Umi tak salah Haira kenal adik Haira sendiri dia tengah marah dia tidak mampu berfikir dengan tenang nanti hati dia sendiri yang menerima.Umi jangan sedih Pa jangan sedih ye."Pujuk Haira lembut sambil mata memandang wajah kedua orang tuanya.

"Haira.."Panggil Umar setelah melihat kelibat kekasihnya sambil tangan menanggal kopiah dikepala.Dia baru sahaja pulang daripada majlis tahlil.

Haira, Encik Hamid dan Lufiya berpaling lantas Haira tersenyum manis melihat pujaan hati.Setelah perginya Wanda Hairalah yang memberi kata-kata semangat yang tidak putus-putus sehinggalah Umar mampu berdiri meraih kasih ilahi.
"Macam mana Mama awak Sayang?"Soal Umar seraya menyalami tangan Encik Hamid."Hentakkan dekat kepala Mama membuatkan Mama koma."Jawab Encik Hamid sayu pantas Umar mengosok lembut bahu Encik Hamid.

"Pakcik jangan sedih Inshallah Makcik dalam keadaan baik-baik."Pujuk Umar lembut lantas Encik Hamid mengangguk lemah sebelum dipapah oleh Lufiya masuk kedalam wad yang menempatkan Puan Latifah.

Umar memandang Haira yang hanya menundukkan wajah."Awak kenapa? Mana Rauf? "Soal Umar lantas memandang sekeliling mencari kelibat adik kepada kekasihnya itu.

Haira mengangkat wajahnya seraya memandang lelaki yang telah bertakhta dihatinya itu."Raf mengamuk bila tahu Papa bernikah lain.Raf dah balik dengan Ara."Ujar Haira lantas melabuhkan punggung diatas kerusi yang telah tersedia.

"Esok lusa sejuklah hati Rauf tu Sayang.Jangan risau yang wajin risaukan Mama dekat dalam tu."Pujuk Umar lembut lantas tersenyum manis apabila melihat kekasihnya mengangguk lemah.

Tiada sebab untuk seseorang memarahi soal poligami kerana ia sudah suratan takdir yang telah tertulis seelak manapun hambanya kalau itu takdirnya haruslah akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience