Bab 27

Romance Completed 19487

Zila pekerja Puan Raudhah meletakkan gelas yang berisi minuman berperisa diatas meja sambil mata memandang Rauf yang segak berpakaian kemeja berwarna merah lengan pendek serta disepadankan dengan seluar berwarna hitam.

Melihatkan pekerjanya terkaku sambil mata memandang menantunya cepat-cepat Puan Raudhah berdehem berkali-kali.Zila yang terpandangkan wajah majikannya terus berlari meninggalkan meja tersebut.

"Jangan hensem sangat bro bukan setakat Zila yang cair aku pun cair."Sakat Faliq lantas ketawa terbahak-bahak.Puan Raudhah mengelengkan kepalanya.
"Zila memang macam tu nampak yang hensem sikit mau sampai pecah kuali didapur buatnya."Ujar Puan Raudhah sambil tergelak sekali dengan anak angkatnya Faliq.
Rauf hanya tersenyum sahaja."Sayang awak ni selalu sakat Raf lah tak baik."Rasya bersuara lalu mencuit sedikit hidung mancung bakal suaminya itu.Rauf yang memandang sudah geli-geliman apabila mereka berbalas cuitan.

"Ehem.. Kita nak berbincangkan bukan nak berkasih sayang."Rauf mula bersuara.Puan Raudhah menyedut sedikit air fresh oren.Rasya memperbetulkan duduknya sambil mata memandang kearah tunangnya.

Faliq berdeham berkali-kali sebelum memulakan ceritanya."Adik Luth Umar tulah yang bunuh Am."Jelas Faliq sambil menyandarkan badan pada kerusi.

"What?Mana kau dapat berita ini Aliq?"Rauf menjerit kecil sambil mata memandang kearah sahabatnya itu tanpa berkelip lantas pandangannya terhala pada Ibu mentuanya yang sudah mengurut dadanya.
"Aku upah seseorang untuk selidik dan pada awalnya tujuan dia tu nak balas dendam sebab Am tolak cinta adik dia sampai adik dia mati."Jelas Faliq lagi.Rauf dan Puan Raudhah memandang sesama sendiri sambil mengerutkan dahinya.
"Adik dia mati bukan sebab Am kan Adik dia mati sebab hukuman gantung.Apa ni Ibu hairan kalau kita yang berdendam masuk akal lah juga sebab adik dia yang bunuh Am ini?Ada apa-apa yang kita tersilap pandang ke?"Soal Puan Raudhah sambil mata memandang kearah mereka silih berganti.Rauf mengurut kepalanya yang berdenyut.
"Luth ini Ibu dia sebenarnya serba salah sebab tindakan adik dia sendiri yang bunuh Am dalam masa yang sama dia terhutang budi dengan Am sebab Am berjaya longgarkan tuduhan pada adik dia."Jelas Faliq lebih lanjut.
"Tapi kenapa Ara Aliq?Kenapa kalau dia serba salah tak terus jumpa Ibu bukan Ibu Ibu Aqram ke?"Soal Puan Raudhah lagi hairan.Mereka memikirkan kata-kata Puan Raudhah ada benarnya.

"Ke Luth tu suka Ara?"Sampuk Rasya pula sambil mata memandang Rauf , Puan Raudhah dan bakal suaminya.Rauf tidak senang duduk apabila isterinya diminati seseorang.
"Merepak lah Sya! Ara kan da kawin mestilah dia dah siasat dulu siapa Ara."Ujar Rauf mencuba menyedapkan hati semua orang walhal hatinya bercelaru.
"Kita tak tahu cerita sebenar semasa kejadian berlaku kan?"Soal Rasya sambil memandang kearah Ibu Ara , Suami Ara dan bakal suaminya silih berganti.

"Pada berita yang disampai oleh orang upahan Aliq semasa waktu kejadian Am dan Inas dalam perjalanan ke kedai kad kawin tetapi adik Luth bertindak menghalakan pistol dekat Inas.

Maksudnya adik Luth tu nak bunuh Inas tapi Am halang so Am yang kena."Terang Faliq selanjutnya namun menampakan rasa risau dihati Puan Raudhah dan Rauf.

"Masalah sekarang apa kena mengena Ara dalam hal ini?"Soal Rauf sambil memandang kearah mereka untuk menginginkan penjelasan soal isterinya.
Faliq ingin mengatakan sesuatu pantas Rauf mulakan bicara."Aku tahu apa kau nak cakap Luth tu suka Ara? tapi kau tahukan Ara isteri aku takkan lah dia tergamak nak lamar isteri orang."Ujar Rauf kesal namun matanya terhala kepada sahabatnya.

"Kemungkinan Luth ini jenis ikut kata hati apa yang dia nak dia akan dapatkan tapi aku yakin Ara takkan terima dia lah Raf.Jangan fikir yang bukan-bukan."Jelas Faliq menyakinkan sahabatnya itu.

"Sayang saya sokong awak."Ujar Rasya lalu melagakan hidung mancung mereka berdua.Puan Raudhah hanya tersenyum melihat gelagat pasangan dihadapannya ini seperti budak kecil.

Rauf menjeling pasangan dihadapannya itu seperti pasangan yang sudah bernikah sahaja tahap berkasih sayang potong kaki dibuatnya.

"Abang Raf kat sini rupanya puas Liya call abang."Sapa Alliya yang tercunggap menahan pernafasannya.Kesemua memandang kearah Alliya yang kelihatan kalut itu.

"Kenapa Liya kena kerja dengan hantu ke?"Sakat Puan Raudhah lantas ketawa kecil.

"Kak Haira call abang tak dapat Liya call abang pun tak dapat."Bebel Alliya lalu melabuhkan punggung di kerusi yang kosong.
"Abang tertinggal telefon dalam kereta.Kenapa Liya?"Soal Rauf bersahaja tanpa sedikit rasa risau apabila telefonnya ditinggalkan didalam kereta.

Rasya dan Faliq bermesra sesama sendiri tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya."Kak Ara abang."Ujar Alliya separuh lantas menyedut air di atas mejannya.
"Kenapa kak Ara?"Soal Puan Raudhah dan Rauf serentak sambil mata tertumpu pada Alliya yang masih menyedut air sehingga habis.
"Kak Ara jumpa Luth."Ujar Alliya pantas Rauf bingkas bangun lalu melangkah pergi tanpa menunggu kata-kata daripada adik iparnnya itu.Dia harus bertemu dengan Ara sekarang jua.

Mereka berempat memandang sesama sendiri apabila melihat tingkah laku Rauf yang pergi tanpa kata."Biar Faliq ikut Raf nanti Faliq beritahu apa-apa berita."Ujar Faliq lalu bingkas berdiri sambil sebelah tangan menari sakanya iaitu Rasya tunangnnya.

"Ibu nak ikut Aliq.Tak tenang hati Ibu selagi tak jumpa Luth Umar tu."Puan Raudha turut berdiri lantas mengekori langkah anak angkatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience