Bab 7

Romance Completed 19487

Puan Latifah meletakan dulang berisi air kopi di atas meja berhadapan taman bunga di luar rumah.Sepinggan kuih turut di angkat lalu dulang diletakkan di atas kerusi kosong berhadapannya.
Encik Hamid tekun memandang skrin telefonnya berkerut dahi cuba meneliti setiap berita yang di bacanya."Pa air."Hulur Puan Latifah pantas Encik Hamid mencapai cawan lalu di teguknya.Iphone 6 di tutup mata memandang kearah isterinya yang setia menanti.
"Macam mana Ma Raf jadi ke balik? "Soal Encik Hamid sambil meletakkan cawan di atas meja."Jadi Raf ada beritahu mereka balik esok.So Pa Mama plan nak buat makan makan boleh lah berkumpul anak beranak."Cadang Puan Latifah sambil menyuapkan kuih karipap kedalam mulutnya namun dia teringatkan sesuatu lantas senyuman terukir.
Haira Asirah memandang wajah mamanya yang masih lagi tersenyum."Ma panjang senyuman tu kenapa? ada berita gembira ke apa Ini?"Soal Haira hairan lantas punggung di labuhkan di bangku bersebelah Encik Hamid.
"Ara mengandung dan tak lama lagi mama bakal dapat cucu."Ujar Puan Latifah teruja tetapi tidak bagi Haira.Hatinya kian membenci apabila ada ahli keluarga yang mampu memberikan cucu kepada Puan Latifah.
Encik Hamid hanya tersenyum manis mendengarkan berita gembira itu hatinya tidak sabar menanti kelahiran cucu sulungnya pelbagai perancangan telah di aturkan.
"Oh baguslah."Ringkas sahaja jawapan kakak kepada Rauf ini mungkin untuk menutup rasa benci dan dengkinya yang semakin bermaharajarela di hati.
"Esok mereka nak balik ke sini.Bolehlah mama masak masak sikit kamu Kak long ajak nanti Kamal tu datang sini dah lama mama tak tengok muka dia."Lamunan Haira terhenti apabila nama suaminya di sebut.Haira teringatkan kembali perbalahan antara dia dan suaminys semalam.
Haira memandang suaminya yang baru sahaja pulang kini telah bersiap-siap untuk keluar kembali.Sejak akhir-akhir ini hubungan mereka kian menjauh bagai ada duri yang cuba memisahkan mereka.
"You baru sahaja balik takkan nak keluar balik? I dekat rumah 24 jam sikit pun you tak pandang."Haira bersuara memecahkan kesunyiaan.
Kamal yang selesai menyisir rambut terus memandang kearah isterinya.Hatinya kian tawar dengan sikap isterinya yang seolah-olah wanita mithali padahal sangat menjaga penampilan sampai sanggup tidak mahu mengandung hanya disebabkan takut badan menaik.
"Ada you dekat rumah pun macam neraka I rasa baik I keluar."Ujar Kamal cuba mewujudkan perbalahan.Haira merasa panas hati lantas dia berdiri.

"You kenapa? kalau sehari tak sakitkan hati I tak sah kan.You ingat sini ye Encik Kamal Affendi I yang terima you sebagai suami I kalau tidak tiada seorang pun perempuan di luar sana sanggup lah nak bersuamikan you lelaki te..."
"You ingat I ini seteruk yang you fikir ke? Teruk teruk I pun I tak sombong dengan adik beradik dan tak berperasaan dengki dengan adik beradik.You jangan ingat You tu ramai sangat ke lelaki dekat luar sana nak You kalau diaorang tahu You tu mandul!."Bentak Kamal lalu melangkah pergi meninggalkan isterinya yang menahan rasa geram di hati.

Puan Latifah memandang wajah anak sulungnya yang masih membisu lantas tangannya menepuk lembut peha anaknya itu."Kak long dengar tak?"
"Hah dengar baik ma."Jawab Haira terkejut namun segala pemikiran itu terhapus yang menjelma hanya Ara dan Ara.Kandungan yang di kandung Ara harus di hapuskan agar tiada seorang pun waris Encik Hamid kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience