Bab 26

Romance Completed 19487

"Kau memang tak gunakan perempuan!"Jerkah Luth lalu melempar isterinya ke lantai.Wanda hanya menangis sesekali darah dibibirnya dikesat.
"Apa masalah kau ni? Kau ingat kau boleh musnahkan rancangan aku ke? kau ingat aku buta tak tahu siapa yang kau jumpa siang tadi.Berani kau lawan aku Wanda."Ujar Luth sambil mengenggam kuat rambut isterinya tanpa memikirkan kesakitan yang bakal wanita itu tanggung atas kekasarannya.
"Aku takkan berdiam dengan rancangan kau lah Luth! Aku akan bagitahu Ara."Jawab Wanda dalam esakkan pantas Luth menampar wanita tersebut.
"Jangan nak mimpi lah! Aku sama sekali tak izinkan dan kejadian esok takkan pernah terjadi!"Jerit Luth lagi.Wanda merenung tajam wajah suaminya sambil sebelah tangan memegang pipi yang terasa pijar itu.
"Lepaskan aku Luth ceraikan aku!"Jerit Wanda lalu menumbuk-numbuk tubuh suaminya mahu dilepaskan.
"Aku takkan pernah ceraikan kau dan aku takkan lepaskan kau!.Mulai hari ini kau duduk dalam bilik puaka kau ini jangan harap kau dapat keluarlah Wanda!"Luth meninggalkan isterinya yang sudah terjerit-jerit laju langkahnya menutup pintu lantas menguncinya dari luar.
"Luthh! buka Luthhh!!!!!"Jerit Wanda dari dalam bilik sambil tangan memulas tombol pintu biliknya yang berkunci.
Luth Umar tidak menghiraukan panggilan tersebut lantas dia melangkah keluar daripada rumah tersebut."Fik esok I akan berjumpa denga Ara Delisha You pastikan perempuan dekat dalam tu You bagi pengajaran atas tindakan dia."Ujar Luth lalu mengangkat keningnya sebelah.
Fikri hanya menganggu sambil tersenyum manis mendengar perintah Tuan majikannya itu bahawa esok merupakan hari kenduri baginya.
Apabila nafsu menguasai diri tanpa sedar kelakukan yang keji berakhir dengan penyesalan yang abadi.

RAUF berjalan kearah katil dalam cahaya lampu yang samar-samar mampu memperlihatkan tubuh isterinya yang lena sambil sebelah tangannya memeluk bingkai gambar mereka berdua.

Rauf melutut dihadapan isterinya sambil menarik perlahan-lahan bingkai gambar daripada pelukan isterinya.Rauf mengaku tindakan melulunya keluar tadi adalah satu kesilapan kerana tidak memberi ruang kepada isterinya untuk menebus segala kesalahan namun hatinya kian kecewa apabila rumahtangga yang mereka bina bersama tidak dipertahankan oleh isterinya sendiri walaupun tergugat oleh kehadiran lelaki itu.Berat sungguh dugaan Allah yang diterima hambanya sehinggakan tergugat cinta dihati.

"Bie minta maaf atas tindakan dan kata-kata Bie pada Sayang tetapi Bie tak mampu menahan hati dengan perasaan yang sangat kecewa atas sikap Sayang yang tidak mempertahankan Suaminya malahan bertindak menjauhkan Suaminya daripada diri sendiri dengan memilih berkongsi kasih kepada wanita lain.Sedikit tindakan Sayang yang membelakangkan Bie tanpa berbincang terlebih dahulu hanya kerana kata-kata lelaki tersebut.
Bie sangat kecewa sedangkan Sayang yang menginginkan Syurga ini tapi Sayang yang meruntuhkannya."Omel Rauf bersendirian lantas pipi isterinya diusap lembut seraya mengenggam erat jari jemari isterinya.

"Bie rindu Sayang rindu sangat-sangat."Rauf mengucup lembut jari isterinya yang disangka sedang tidur pantas air mata Ara mengalir ke pipi.

Pipi suaminya diusap lembut mengejutkan Rauf yang asyik mengucup jari isterinya lantas meleraikan pegangan.
"Sayang pun rindu Bie sangat-sangat."Balas Ara lalu mencapai tangan suaminya lantas dia mencium.Rauf hanya mendiamkan diri tanpa kata namun jauh di sudut hati yang paling dalam dia merindukan belaian itu.
"Pertahankan sekeping hati yang ada di antara kita Sayang."Ucap Rauf lalu menarik tangan isterinya kedada.
Air mata isterinya dikesat lantas bibirnya mengukir senyuman manis."Tidurlah Sayang Bie ada."Rauf merebahkan tubuh isterinya lalu rambut wanita itu diusap lembut.
Ara melelapkan mata hatinya tidak putus-putus berdoa agar sentiasa membuka pintu hati suaminya.Rauf menyanyikan lagu kegemaran isterinya Hasrat daripada kumpulan Phyne Ballerz.

Kasihku ingin ku menyatakan hasrat ikhlas di hati ini
Mungkinkah luahan dapat di abadi
Bagaimana harus nak ku buktikan
Tak terdaya hendak ku lafazkan
Hanyalah satu keikhlasan diri

Kau permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta... secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu di hatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ku bersyukur pada yang esa
Hilanglah kesepian lama
Betapa sukarnya untuk memahami dirimu
Walaupun hatiku membara
Tiada apa dapat di lakukan
Sekiranya perasaanmu berduka

Kau permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta...secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu di hatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ingin ku belai hatimu
Dan ku pegang erat jemarimu
Apa yang nyatakan... hanyalah ku rindu
Seandainya cinta antara kami tidak berakhir engkau kekalkanlah kasih dan sayang antara kami agar tidak mengoyangkan walau sekeping hati.Doa Rauf didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience