Bab 33

Romance Completed 19487

Ara Delisha sampai di kediaman Ibunya Puan Raudhah setelah jam menunjukkan pukul 7 pagi.Sepenuh hati dia menatap hiba atas tindakkannya yang tiada niat langsung untuk menentukan kehidupan seseorang.Silapnya tidak berkata jujur.

Kini dia harus redha apabila Suaminya telah membuangnya jauh atas kesalahan yang tidak dipinta malahan dipertahankan tetapi dia dipersalahkan.
"Assalamualaikum Ibu."Ucap Ara setelah keluar daripada perut kenderaan pancuan empat roda itu.Puan Raudhah sedang menyiram bunga segera kearah anaknya lantas Ara memeluk erat tubuh ibunya tanpa sempat wanita itu menjawab salam daripada anak kedua ini.

"Isha kenapa ini?"Soal Puan Raudhah risau dengan kelakuan anaknya yang sampai diawal pagi dengan wajah sembab kerana menangis.

Kesakitan yang dipendam tidak mampu dipertahankan lagi."Raf.."Sebut Ara lemah lantas Puan Raudhah meleraikan pelukan tubuh anaknya ditarik masuk kedalam rumah banglo itu.

"Raf halau Isha Ibu.."Luah Ara keesakan pantas Puan Raudhah mengucap panjang segera tubuh itu dipeluk lama.

"Tapi kenapa?"Soal Puan Raudhah lembut sambil mengusap bahu anaknya yang menangis."Raf cakap Isha cuba mengatur kehidupan keluarganya tapi bukan niat Isha pun Ibu Isha cuma menyatakan dan Mama bersetuju jadi poligami pun wujud.

Raf tak boleh terima Papa bernikah lain Ibu.Isha dipersalahkan.."Ujar Ara dalam tangisan yang masih tersisa.Puan Raudhah memandang wajah anaknya itu jelas terpancar kelukaan dihati.

"Sayang dengar ini Ibu nak cakap semua yang terjadi adalah asam garam kehidupan suami isteri dan Isha sebab isteri haruslah bertolak ansur dan berbincang elok-elok dengan suam.."

"Berbincang apa Ibu kalau setiap perkataan dari bibir Isha ini dia tolak sebaik mungkin.Tiada apa yang nak Isha pertahankan kalau Raf dah tak sayang Isha tak apa Isha undur diri lagipun Isha bukan macam wanita dekat luar sana Isha tak sempurna Isha tak boleh bagi zuriat dekat Raf."Potong Ara seraya memegang erat tangan Ibunya.
"Isha dengar Ibu cakap ini nak..Semua ini sudah tertulis , Isha harus redha kita tak tahu rahsia Allah dalam mengatur kehidupan hambanya.
Ibu harap pernikahan ini mampu dipertahankan jangan berlaku cerai berai nak jika berlaku pasti iblis akan ketawakan anak cucu Adam yang mudah terpengaruh dengan godaan Iblis ini.

Raf mengambil keputusan dalam keadaan beremosi jadi dia tidak menyedari setiap kata-kata yang dilontarkan.Maafkan suami sayang dia hanya pinjaman Allah kepada Isha bukan milik yang kekal hormati pendirian dia tunjukkan rasa cinta sebenar benarnya dalam hati Isha pada Raf.Cuba memujuk kembali hati lelaki itu Ibu doakan yang terbaik untuk Isha."Ujar Puan Raudhah panjang lebar.

Ara terdiam sambil otak memikirkan kata nasihat Ibunya yang ada betulnya.Dia sedar tidak patut untuknya menjauh diri dia harus berusaha mempertahankan rumahtangga seperti mana dahulu Rauf mempertahankan.

"Rehatlah Isha tenangkan fikiran dahulu."Ujar Puan Raudhah lagi lantas mencium pipi anaknya itu.

"Terima kasih Ibu."Ucap Ara Delisha lalu mengesat air mata yang bersisa.

RAUF meletakkan beg berisi makanan di atas meja dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur lantas meraup wajahnya yang kian kusut.Perginya Ara membuatkan dia hilang arah tetapi semua itu kehendak hatinya sendiri.

"Apa masalah kau Raf? "Haira melulu kearah adiknya lantas menolak bahu Rauf.Rauf memandang tajam kearah kakaknya.

"Benda kau ini? Setakat nak datang tolak aku tak payah lah."Rauf berang dengan tindakkan kakaknya itu ingin sahaja wanita itu diamuk sesuka hati menolak orang.
"Kau buat apa dekat Ara?"Soal Haira sinis sambil mata memandang tepat kearah adiknya.Sedari tadi dia tidak dapat menghubungi adik iparnya nasib baik Puan Raudhah menelefon dan menyatakan keadaan Ara.
"Dia yang atur kehidupan keluarga kita dia yang cadang dekat Mama supaya Papa bernikah apa tu kak? Isteri Raf cuba porak perandakan keluarga kita Raf tak boleh teri.."
Pang.
Sebuah penampar hinggap ke muka Rauf lantas Rauf menyentuh pipinya yang sakit.
"Aku tak pernah ajar kau persoalkan manusia lain atas takdir Allah."Dada Encik Hamid turun naik menahan amarah.Haira mencerlung memandang wajah adiknya itu sakit melihat kelakuan adiknya yang mengikut emosi tanpa memikir hati orang sekeliling.

"Kau kenapa Raf? Halau Ara macam tu? Seperti dia tidak bermakna langsung dalam hidup kau kalau dia tak cadangkan pada Mama sekali pun Mama akan tetap suruh Papa bernikah lain.Itu semua urusan Mama dengan Papa kita sebagai anak haruslah memberi kata semangat bukan mencaci maki mereka seolah mereka bukan sesiapa untuk kita hormatkan.

Raf kau kena ingat dahulu kau ambil Ara macam mana jangan sebab hal sekecil ini kau halau dia seperti sampah Raf kau hina dan maki dia seperti kau tiada sekelumit pun dosa.

Jangan ikut kepala angin kau je Raf orang lain semua ada amarah sendiri tapi kalau takdir Allah sebegini kita kenalah redha dulu kau ditimpa ujian kau redha kan kau bagi semangat dekat orang tapi sekarang Allah uji sedikit je Raf sedikit tapi kau maki macam dunia ini tiada adil untuk kau sedangkan dekat luar sana ramai lagi manusia yang menderita teruk di uji Allah.

Bukan niat kami sisihkan kau tapi perkara sebeginilah yang bakal terjadi sekiranya dari awal kau tahu Papa nak bernikah pasti kami kau sisihkan.Tebus balik kesalahan kau pada Ara jangan sebab hal sekecil ini korang bercerai."Nasihat Haira lantas memapah Papanya masuk kedalam Hospital.
Rauf memandang setiap sudut kekesalan dihati tidak terperi sikapnya yang terburu-buru memakan diri sendiri.
"Maafkan Bie Sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience