Bab 5

Romance Completed 19487

SUDAH berulang kali Rauf ulang alik dari tandas segala sisa makanan telah diluahkan.Badan di rebahkan di atas tilam sambil tangan memicit kepala yang berdenyut.
Ara berjalan masuk bersama segelas air garam yang baru di buatnya tadi.Air ini mampu melegakan loya di tekak suaminya.
"Bie minum sikit air ini sekurangnya legakan rasa loya tu.Ara dah pesan dekat Alliya tadi suruh beli asam."Ujar Ara lalu menyuakan gelas air tersebut kemulut suaminya.
Rauf meneguk sedikit air rasa loyanya semakin berkurang."Macam mana dah lega?"Soal Ara seraya meletakkan gelas di sisi katil.
Rauf memandang wajah isterinya lantas tawa di lepaskan.Ara memandang pelik dengan tingkah laku suaminya yang sedang sakit tapi mampu ketawa.
"Sayang yang pregnant Bie yang loya kalah orang pregnant.Kelakar sungguh."Ujar Rauf yang masih ketawa.
"Nasib Bie lah sayang okey steady lagi.Bie tu sekejap je kalau sehari tak muntah tak sah."Ara bermain rambut suaminya yang sudah terbaring di atas ribaan.
"Bie abang jumpa kak Inas.Ara harap sangat mereka teruskan jua perkahwinan itu."Ara membuka cerita namun ceritanya hanya angin lalu apabila dengkuran halus kedengaran suaminya telah tertidur Ara hanya ketawa.


MEMPERTAHANKAN sebuah cinta yang benar ikhlas amatlah sukar tetapi terpaksa melalui segala rintangan yang sememang semakin mencabar apabila ikatan itu di ikat ia adalah makna sebuah pertunangan.

Inas Azraaf memandang tasik yang tenang namun hatinya tidak setenang tasik itu.Putusnya ikatan pertunangan antara dia dan Aqram begitu menghasilkan segala rasa semua kerjanya tidak mampu di fokuskan.Inas masih mengharapkan ikatan itu disambung serta berjanji bakal meninggalkan segala kerjaya demi melangkah ke alam perkahwinan.
Aqram masih berdiri memandang tubuh genid yang berpeluk tubuh memandang kearah tasik.Kehadirannya ke sini atas permintaan Ibunya Puan Raudhah yang menginginkan anaknya berbincang semula soal pertunangannya.Segala kerjanya dalam mengendalikan kes terpaksa ditangguhkan hasrat itu di tunaikan.
Aqram melangkah menghampiri perempuan yang telah bertakhta di hatinya untuk seberapa tahun yang lalu tapi bukan untuk hari ini kerana hatinya sudah tawar.
"Lama dah awak sampai."Sapa Aqram tanpa memandang kearah Inas.Inas terkejut lantas senyuman cuba di ukirkan."Baru sampai."Jawab Inas mencuba untuk berbaik.
"Saya hadir atas permintaan Ibu kalau tak saya takkan berdiri di sebelah awak lagi."Sinis Aqram menuturkan kata seperti wanita ini tidak pernah menghasilkan sebuah kebahagian untuknya dahulu.
Inas menelan segala kata-kata."Inas tahu abang dah benci Inas tapi Inas merayu walau sekelumit perasaan benci itu abang buang ja.."
"Semudah itu awak berkata-kata Inas.Tidak semudah itu saya buang rasa benci di hati saya.Awak tahu benci yang saya rasa ini semua atas sikap awak yang mementingkan soal pekerjaan tanpa memikirkan soal saya.Saya tunang awak! kalau lah saya yang berdiri ini jadi suami awak? Takkan lafaz cerai itu akan terungkap Inas? cuba awak letak diri awak di tempat saya tak banyak Inas sikit pun jadilah untuk awak rasa
Kalau orang yang awak sayang memikirkan soal kehidupan orang lain dan membiarkan orang yang dia cintai terkapai dalam mencari erti bahagia.Kalau awak memikirkan kesibukan awak habis saya tak sibuk dengan kes saya yang bertimbun ada awak ambil kisah!"Luah Aqram puas namun jauh di sudut hati dia masih mencintai wanita yang sangat memahami keadaannya itu malahan sekiranya dia lepaskan wanita ini belum tentu wanita lain di sana akan sama seperti insan ini.
Inas mengesat air mata seraya wajah disisinya di pandang sayu mengharapkan sebuah kemaafan yang tiada tandingannya.
"Jadi awak nak putuskan pertunangan ini?"Soal Inas teresak.Aqram memandang wajah itu sayu tanpa jawapan sememangnya perkara itu tidak diinginkan.
"Inas minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkan segala yang abang pernah bagi pada Inas nanti Inas pulangkan dan "Cincin di jarinya perlahan-lahan di tanggalkan walaupun hatinya berat.
Tangan Aqram di capai lalu cincin diletakkan di tapak tangan Aqram yang masih terkaku.Inas ingin melangkah pergi pantas tangan di raih."Datanglah seribu wanita atau berjuta wanita pun di hadapan abang belum tentu mampu menjadi seperti awak sayang."Inas segera berpaling lantas menatap kedua-dua belah mata itu.
"Dan wanita di hadapan abang kini akan selamanya menjadi milik abang."Luah Aqram yang tetap akan memilih Inas Azraff lantas cincin pertunangan disarungkan kembali.
"Untuk peluang yang terakhir ini Inas sama sekali tidak akan pernah mensiakan."Ucap Inas Azraff serta dihatinya tidak putus-putus berdoa atas segala ketentuan Allah.

Kalau jodoh lari sejauh mana tetap jodoh kalau di namakan cinta benci seteruk mana pun tetap cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience