Bab 24

Romance Completed 19487

Luth Umar memperbetulkan cermin mata sambil melangkah kearah Ara Delisha yang tekun memilih coklat."Ara.."Sapa Luth lalu menanggalkan cermin mata.
Ara mengerutkan dahi memandang lelaki yang tiba-tiba menegurnya itu.Bekas berisi coklat diletakkan lalu berjalan kehadapan tanpa menjawab sapaan Luth.
"Teruk sangat ke saya sampai awak tak mampu nak jawab sapaan saya?"Soal Luth resah.Ara menghentikan langkah lalu menoleh kearah lelaki tersebut.
"Maaf saya tak kenal awak dan takkan kenal dengan awak."Jelas Ara sinis.Luth melangkah menghampiri Ara lalu mencapai tangan wanita yang telah bertakhta di hatinya tapi bila? semuanya atas sebab kesalahan besar adiknya kini dia hadir untuk menebus segala kesalahan tersebut.
Ara terkejut laju tangan itu di tepis kasar namun situasi tersebut disaksikan oleh suaminya tajam pandangannya memandang kemesraan isterinya bersama lelaki yang tidak dikenali.
Sakit hatinya melihat tangan isterinya diraih lelaki lain Rauf segera berlalu pergi bersama hati yang membara.
"Nikah dengan saya Ara."Ucap Luth yakin."Apa awak ni? Saya dah bernikah.Awak siapa saya tak kenal tolong jangan ikut saya."Ujar Ara bertegas namun dia masih lagi terkejut dengan lamaran itu.
"Saya lelaki yang selalu mesej awa.."
"Oh! jadi kaulah punca segala-galanya? kau yang cuba musnah rumahtangga aku macam tu ke?"Potong Ara lantas wajah lelaki dihadapannya direnung tajam.
Luth tetap cuba meraih kembali tangan tersebut lantas Ara bertindak menampar lelaki tersebut lalu melangkah pergi.
"Walaupun awak dah bernikah saya tetap nak awak."Bisik hati Luth sambil memandang langkah wanita tersebut.
"Tuan suami Ara dah lihat semuanya."Ujar Fikri lantas gambar yang berjaya ditangkap dilihat Berkali-kali.Luth ketawa senang lantas cermin mata ditanggalkan.
"Tak lama lagi Ara kau akan jadi milik aku."Luth ketawa kuat hatinya kian puas dengan cara sebegini dia mampu meraih kemaafan keluarga tersebut walhal dia bakal menanggung risiko yang teruk kerana tindakannya yang terlalu mengikut kata hati.

Wanda yang menjadi pemerhati sedari tadi mengatur rancangan untuk memusnahkan impian suaminya itu.Hari esok dia harus bertemu dengan Ara Delisha bagi menjelaskan perkara yang belaku dia nekad.

Wanda berpaling melangkah pergi dari pusat membeli belah tersebut lantas dia terlanggar tubuh seseorang."Sorry sorry."Ucap Haira lantas beg plastik yang terjatuh di kutip.

"Sorry I yang tak nampak You."Ujar Wanda lalu menolong wanita tersebut.Haira mengangkat mukanya."Eh Wanda kan?"Soal Haira kepada wanita yang berdiri dihadapannya.

Wanda mengerutkan dahi memandang wajah wanita ini lantas bibirnya menguntumkan senyuman."Haira? You Haira kan?"Soal Wanda lantas memeluk erat tubuh kawannya yang telah bertukar penampilan.
"Haira lainnya You sampai I pun tak kenal You."Ujar Wanda teruja sambil mata tidak berkalih memandang wajah kawan sekolahnya dahulu.
"You pun apa kurangnya I tengok makin cantik sampai I pun tak kenal juga kawan sendiri."Sakat Haira lantas tangan kawannya dipegang.
"So You sekarang macam mana sekarang? Mana Kamal?"Soal Wanda lalu memandang sekeliling pantas Haira menelan air liurnya.
"I dah bercerai setahun yang lepas."Jawab Haira sayu namun bibirnya mengukirkan senyuman.
"Sorry Beb I tak patut tanya hal personal You sorry again."Ucap Wanda lalu mengenggam kemas tangan kawannya itu.
"It's okey lah Wanda I dah biasa.So sekarang I buka butik baju muslimah dekat area ini.Tadi I sahaja berjalan area ini cuci mata tu yang dapatlah dua tiga helai tudung tambah koleksi.So how are You sayang? Makin berisi You pregnant ke beb?"Haira menukar topik bualnya kepada perkembangan kawan baiknya itu.

"Mimpilah I pregnant Haira."Jawab Wanda lantas ketawa menghilangkan rasa dukanya apabila suami sendiri seperti musuh."You ada problem ke Wanda? Kalau You tak keberatan sharelah dengan I."Pinta Haira lalu merapatkan kerusi ke meja makan.

Wanda memandang wajah kawan baiknya lantas fikirannya terfikirkan sesuatu laju tangannya mengeledah sesuatu dari tas tangannya.Sekeping gambar dibawa keluar.

"I tak tahu nak terangkan macam mana dekat You tapi I harap sangat You kenal perempuan ini dan bawa I jumpa dia."Wanda menghulurkan sekeping gambar tersebut kepada Haira.

Haira mencapai gambar tersebut."Ara adik ipar I Wanda.What happened ?"Soal Haira terkejut membuatkan ia menjadi tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience