Bab 13

Romance Completed 19487

JUJUR mengatakan memang bibir mudah melafaz redha.Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah hendak diterima.Mungkin kita mula belajar untuk redha tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Ara masih mendiam diri didalam biliknya seperti hidup didalam alam dia sendiri mencemaskan hati Rauf yang melihat tingkah laku isterinya yang masih membisu tanpa kata semenjak pulang daripada Hospital seminggu yang lalu.

Wajah isterinya kian sembab akibat banyak air mata yang mengalir kepipi kehadiranya disisi tidak mampu menghilangkan kesedihan isterinya tetapi dia harus sentiasa ada disisi isterinya untuk bersama-sama memberi semangat pada diri Ara.

Rauf menyuakan sudu berisi bubur ke mulut isterinya."Sayang makan sikit bubur ini."Pujuk Rauf sambil memandang wajah isterinya yang sudah bertakung dengan air mata.

Wanita itu menangis lagi sambil mata memandang suaminya yang masih setia disisi menjaga wanita yang tidak sempurna ini.

"Bie Sayang dah tak sempurna sayang dah tak ada apa nak bagi untuk Bie."Ujar Ara teresak sambil memaut lengan suaminya.Rauf memegang kepala isterinya.

"Sayang jangan sesekali menindakkan suatu takdir sekiranya ini bahagia kita kita harus redha walau apa pun terjadi Bie tetap disisi sayang jangan sedih lagi bangkit Allah ada bersama kita."Ujar Rauf lalu mengesat air mata dipipi isterinya.
Ara menyandar kembali lalu tersenyum manis untuk suaminya yang telah mengembalikan kekuatan dihatinya kesedihan tetap tidak dapat ditutupi namun redha itu pasti.Semua ini ada hikmah.'Aku harus redha ampunilah hambamu ini Ya Allah yang terlampau menyalahi takdir.'Bisik hati Ara lalu membuka mulut menginginkan sedikit makanan bagi mengalas perut dari kelaparan.

Kita manusia biasa bukan kita tak pernah berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain.

Puan Raudhah masih berdiam diri soal pemergiaan anak sulungnya daripada Ara begitu jua menantu dan anak bongsunya yang masih mendiamkan diri.
"Ibu kenapa sejak Ara di Hospital Abang tak datang tengok Ara ke? Abang sibuk sangat ke Ibu?"Ara memulakan bicara sambil memandang wajah ibunya yang masih mendiamkan diri sedari tadi.Semenjak dia pulang ke sini kelibat abangnya tiada sehinggalah hari ini di Hospital apatah lagi.
Puan Raudhah memandang wajah anak keduanya redup."Abang dah tiada Isha.."Luah Puan Raudhah setitis air mata jatuh.Ara memegang bibirnya sambil kepala digelengkan.
"Takk Abang pergi mana? Abang sibukkan Ibu? Adik.. Biee.. "Ara menolak kata-kata ibunya sambil memandang wajah suaminya dan Alliya silih berganti.
Alliya segera memeluk tubuh akaknya erat."Kak ngah abang dah pergi.."Ujar Alliya bersama tangisan yang ditahan sedari tadi.Ara tidak mampu menyimpan kesedihannya lantas dia meratap sedih dipangkuan adik bongsunya itu.
Puan Raudhah menghampiri Ara lalu memeluk cium pipi anak keduanya itu."Sayang Isha Ibu nak Isha kuat hadapi semua kemungkinan ini.Ibu sangat sayangkan abang begitu jua Isha yang sangat sayangkan zuriat Isha tapi Allah lebih sayangkan mereka.Walau apa pun Isha anak ibu kena kuat.Segala perancangan Allah mungkin ada hikmah.Allah lebih sayangkan abang.Ibu adik Raf boleh kuat kenapa tidak Isha."Pujuk Puan Raudhah sambil memegang pipi anak keduanya yang sudah merah menangis.

Ara mengangguk ia dia harus redha seredhanya bagi menerima segala takdir Allah mungkin dengan ujian ini membuatkan dia dan keluarga lebih kuat setiap yang pergi pasti tak akan kembali.

"Ya Allah ampunilah hambamu yang kerdil ini yang telah menyalahi takdirmu Ya Allah aku pasrah dengan segalanya aku redha Ya Allah kuatkan kami.Damailah engkau abang di sana.Amin ya rabbi alamin."Doa Ara didalam hati sambil memandang wajah suami ibu dan adik bongsunya yang masih setia memberikan semangat walaupun sukar bagi mereka untuk menguatkan diri demi insan yang bernama Ara Delisha di gagahi jua untuk terlihat kuat.

Kita harus meneruskan sisa baki kehidupan mungkin nanti saat kita untuk bertemu ilahi kita tak pasti segala rahsia Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience