Bab 37

Romance Completed 19487

Suasana sebuah kampung yang tenang tambah pula pemandangan yang amat menarik dan cantik melihat kehijauan padi yang baru di tuai.
Cantik sungguh ciptaan Maha Esa yang tiada tandingannya.Ara Delisha dan Rauf Asyraaf berpegangan tangan berjalan di sekitar kampung sambil bibir tidak berhenti tersenyum.

Pertama kali mereka menjejakkan kaki ke kampung halaman Rasya sahabat baik.
Esok adalah hari bahagia Rasya dan Faliq yang bakal mengakhiri zaman bujangnya setelah lebih lima tahun bercinta.Ara bersyukur sahabatnya itu berjumpa dengan jodoh yang mampu membahagiakannya.

Kehidupan Ara dan Rauf kembali bahagia tanpa sedikit pun mempersoalkan tentang zuriat kini mereka telah mengambil seorang anak angkat bernama Ilaika.Rauf yang mencadangkan agar mengambil anak angkat atas persetujuan kedua-dua belah ahli keluarga.

Puan Latifah sudah sedar daripada koma kini Puan Latifah dijaga sepenuhnya oleh madunya Lufiya.Keluarga Rauf kembali ceria seperti dahulu terutama Haira yang kini semakin serius dengan Umar.

Luth Umar lelaki yang dahulu hadir atas kehendak hati kini telah seratus peratus berubah atas sebab cinta pada Maha Esa namun Ara belum bersedia ingin bertemu dengan lelaki itu bukan membenci tetapi dirinya sendiri yang menolak.
Alliya pula semakin bersemangat meneruskan kehidupan sebagai seorang pengajar kini dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup namun Alliya lebih rela memilih Syurga pertamanya iaitu Puan Raudhah.

"Ara!"Jerit Haira sambil mendukung si kecil Ilaika yang menangis jelas wajah kekalutan kakak ipar Ara.
Ara dan Rauf memandang kearah kakaknya sambil tersenyum sendiri pantas Rauf mengambil anaknya dari pangkuan Haira lalu membawa Ilaika berjalan kehadapan cuba memujuk si kecil itu.

Ara memandang wajah Haira."Lama dah ke kak Ika menangis?"Soal Ara lantas ketawa kecil melihat wajah kalut kakak iparnya itu.

"Baru saja lepas kamu berdua pergi tadi akak dengar bunyi Ika menagis tu yang sempat kejar korang tu nasib tak jauh kalau jauh mahu tercunggap akak kejar."Ujar Haira panjang lebar sambil mata memandang si kecil yang sibuk menunjuk sesuatu.

"Ara."Sapa Luth Umar mematikan senyuman dibibir Ara lantas dahi dikerutkan.Haira hanya tersenyum sebelum mengatur langkah kearah adiknya yang rancak melayan telatah Ilaika.

Sejak Haira mempunyai hubungan dengan lelaki dihadapannya kini tidak pernah sekali pun dia bersemuka dengan lelaki itu.Ara menarik nafas sedalam-dalamnya tanpa memandang kearah Luth Umar.

"Benci lagi Ara pada saya sampai muka saya Ara tak sudi nak pandang?"Ujar Luth Umar bersahaja sesekali dia memandang Rauf yang hanya tersenyum kearahnya.

Luth sudah meminta izin dengan Rauf untuk bersemuka dengan isterinya hanya untuk meminta maaf.

Ara menelan air liur yang terasa pahit."Saya tahu Ara tak selesa dengan kehadiran saya tak apa Saya faham tapi kehadiran saya hanya ingin meminta maaf pada Ara atas segala tindakkan saya dahulu yang masih berbekas di hati Ara."Ujar Luth Umar bersungguh ingin memohon kemaafan dan menjadi sebuah keluarga suatu hari nanti.

"Siapa Ara untuk terus menerus menghukum kesalahan yang pernah awak lakukan.Ara tak pernah simpan dendam dengan awak."Ara akhirnya memandang wajah lelaki yang dahulu hadir hanya dengan kebencian kini berubah dengan sebuah keikhlasan.
Luth Umar tersenyum manis memandang wajah Ara Delisha wanita yang menjadi alat permainannya.Haira dan Rauf yang mendukung Ilaika berjalan menghampiri mereka berdua sambil tersenyum manis.

"Sekarang lupakan perkara yang pernah terjadi antara kita."Sampuk Rauf lalu memeluk erat tubuh isterinya yang pantas mencuit pipi kecil Ilaika yang turut gembira.

Haira memandang wajah Luth Umar lelaki yang mampu menerima segala kekurangan dirinya itu dengan seikhlas hati.

Luth Umar mengeluarkan sebuah kotak cincin daripada poket seluarnya lalu melutukan kaki dihadapan Haira yang sudah terlopong mulutnya.

Ara dan Rauf memandang sesama sendiri sambil mengerutkan dahinya."Will You Marry Me?"Ucap Luth Umar lalu membuka kotak yang berisi cincin pertama itu dihadapan Haira yang sudah mengalirkan air mata.

Haira memandang wajah adiknya yang memberi isyarat mengangguk pantas Haira mengangguk laju seraya mengesat air matanya.

Luth Umar bingkas berdiri lantas memeluk tubuh Rauf yang mengucapkan tahniah begitu juga Ara yang segera memeluk tubuh kakak iparnya.

Rasya segera melulu kearah mereka berempat apabila sedari tadi melihat adegan tersebut.Bibirnya tidak berhenti menguntum senyuman dibibir.
Setiap Insan layak untuk bahagia hanya cepat atau lambat sahaja semua atas kuasa Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience